Anda pernah dengar tentang daun semambu? Mungkin anda biasa dengar orang kata daun semambu boleh digunakan untuk mengatasi gatal-gatal akibat chicken pox. Namun kenalkah anda bagaimana rupanya? Dan tahukah anda bahawa yang sebenarnya daun semambu mempunyai 1001 khasiat selain digunakan untuk mengatasi demam cacar dan demam campak. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tentang kelebihan khasiat daun semambu.

daun semambu

Sumber: Impiana

Jom kenali daun semambu

Pokok Semambu atau juga dikenali sebagai daun mambu adalah sejenis tumbuhan dari keluarga mahogani iaitu Meliaceae. Nama saintifik bagi daun semambu ialah Azadirachta indica. Daun semambu dikatakan berasal dari India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Terdapat pelbabagi nama lain bagi daun semambu seperti:

  • Neem
  • Arya Veppu
  • Azad Dirakht
  • Nimba
  • DogonYaro
  • Margosa
  • Neeb
  • Nimtree
  • Vepu
  • Vempu
  • Vepa
  • Kohomba
  • Vempu
  • Tamar
  • Indian Lilac

Apakah keistimewaan daun semambu?

Daun semambu adalah sejenis pokok perubatan yang digunakan dalam kaedah perubatan alternatif di seluruh dunia kerana terdapat kandungan anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus pada tumbuhan tersebut. Sifat anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus adalah kelebihan yang tidak dapat dijumpai dalam tumbuhan lain menjadikan pokok semambu begitu istimewa. Tak hairanlah kenapa ia telah digunakan sejak ratusan tahun yang lalu.

Apakah kegunaan daun semambu?

Daun semambu adalah pokok 1001 kegunaan yang selalunya didanam di halaman rumah. Jika anda mempunyai pokok semambu, jangan terkejut kalau rumah anda sering dikunjungi oleh orang yang tidak dikenali untuk meminta sedikit daun semambu yang anda tanam. Di antara kegunaan daun semambu ialah:

daun semambu

Sumber: Bidadari

1.Mengurangkan kegatalan akibat demam campak dan demam cacar

Ini adalah kegunaan daun semambu yang paling diketahui ramai. Bila ada ahli keluarga yang terkena dua penyakit ini, pasti ada yang akan mencadangkan anda untuk mencari daun semambu untuk mengurangkan kegatalan yang dialami. Bagaimana cara untuk menggunakan daun semambu bagi dua penyakit ini? Anda boleh gunakan daun semambu dengan cara:

  • Jadikan sebagai air mandian. Ramas daun semambu sehingga hancur dan campurkan dalam air mandian pesakit.
  • Gunakan untuk melibas bahagian badan yang kegatalan.
  • Mengalas tempat tidur pesakit.

2. Menghilangkan penyakit kulit

Daun semambu juga boleh digunakan untuk menghilangkan penyakit kulit dengan berkesan. Di antara penyakit kulit yang boleh diatasi dengan daun semambu ialah:

  • Ekzema
  • Aahan kulit
  • Ruam
  • Gatal-gatal
  • Kurap
  • Kulat air
  • Panau

Caranya ialah dengan cara menumbuk daun semambu sehingga lumat dan ditampal pada bahagian kulit yang bermasalah. Anda juga boleh amalkan mandi dengan air daun semambu yang telah diramas. Amalkan selalu dan anda akan melihat kesannya kepada kulit anda.

3. Rawatan untuk kulit terbakar

Mungkin anda tidak tahu bahawa daun semambu boleh digunakan untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran. Ia boleh digunakan sebagai rawatan kecemasan sebaik sahaja terbakar dan boleh juga digunakan untuk luka terbakar yang lama dengan tujuan untuk mengurangkan kesakitan dan mengurangkan parut. Caranya ialah:

  • Ambil segenggam daun semambu
  • Rebus sehingga mendidih
  • Tumbuh sehingga daun lumat dan menjadi pes
  • Tampal pada bahagian kulit yang terbakar
  • Biarkan sehingga pes tadi kering dan ganti dengan pes yang baru

4. Rawatan kulit kepala

Kegunaan daun semambu yang seterusnya ialah sebagai rawatan kulit kepala bagi mencegah dan mengurangkan masalah keguguran rambut, mengurangkan uban , mengtasi kegatalan kulit kepala dan merawat kelemumur. Caranya:

  • Ambil sedikit daun semambu
  • Ramas sehingga hancur
  • Masukkan ke dalam sedikit air
  • Setiap kali mandi, selepas anda sudah siap bersyampu dan bersabun, ambil air rendaman daun semambu tadi dan basahkan seluruh kepala. Urut bagi memastikan air tadi sampai ke kulit kepala. Biarkan seketika dan bilas dengan air biasa.
daun semambu

Sumber: Hellodoktor

5. Menjaga kesihatan sistem penghadaman

Daun semambu juga sangat berkhasiat untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman. Ianya membantu mengatasi masalah penghadaman dan pencernaan, mengatasi sembelit dan memulihkan fungsi usus. Caranya ialah dengan meminum air rebusan daun semambu apabila berasa perut tidak selesa.

6. Menghilangkan toksin dari darah

Anda pasti terkejut jika kami katakan bahawa daun semambu juga boleh digunakan untuk menghilangkan toksin dari darah. Toksin yang terkumpul dalam tubuh badan akan menjadi racun lalu menyebabkan tubuh badan berasa lemah dan tidak bertenaga, malah lama-kelamaan toksin akan bertukar menjadi penyakit. Itulah sebabnya kenapa toksin perlua dikeluarkan dari tubuh badan. Untuk menghilangkan toksin dari badan, amalkan meminum air rebusa daun semambu dan amalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

7. Mengawal paras gula dalam darah

Khasiat daun semambu yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah untuk mengawal paras gula dalam darah. Adalah sangat penting untuk kita memastikan bahawa paras gula dalam darah berada dalam bacaan yang normal. Ini kerana bacaan gula yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menjejaskan kesihatan. Cara untuk mengawal paras gula dalam darah ialah dengan cara minum air rebusan daun semambu setiap hari pada waktu pagi dan petang sehingga bacaan gula anda menjadi normal.

Itulah dia perkongsian tentang daun semambu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang pokok dukung anak dan idea pokok hiasan dalam rumah

Sumber: Facebook

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.