Setiap wanita yang hamil perlu menjaga diri mereka dengan lebih berhati-hati kerana ada kandungan yang bernyawa berada di dalam perut mereka. Bagi melahirkan bayi yang sihat dari segi fizikal, wanita hamil perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan elakkan daripada membuat aktiviti berat atau lasak. Baru kandungan yang di kandungnya itu dapat dilahirkan dengan sihat.

Tetapi bukan semua kandungan yang dikandungkan itu sihat dan bernyawa. Bagaimana boleh menjadi sebegitu rupa? Ia dipanggil kandungan anggur.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai ciri dan cara merawat kandungan anggur. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Kehamilan Anggur

kehamilan anggur

Imej via sehatq.com

Kehamilan anggur adalah kehamilan yang tidak menjadi di mana uri dan janin tidak membentuk dengan betul dan bayi tidak berkembang sebaliknya menjadi tisu tisu berupa anggur. Pada peringkat awal wanita yang mengalami kandungan anggur akan menunjukkan tanda tanda kehamilan yang menonjol seperti muntah teruk dan akhirnya akan mengalami pendarahan dan gejala-gejala lain yang menunjukkan sesuatu yang tidak kena .

Kehamilan anggur boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mempunyai implikasi jangkamasa panjang yang serious jika tidak mendapat rawatan segera dan pemantauan berkala.

Sebab-sebab kehamilan anggur

Satu kehamilan molar berlaku apabila terdapat masalah tertentu dengan maklumat genetik ( kromosom ) dalam telur tersenyawa. Dalam kehamilan biasa, telur disenyawakan mengandungi 23 kromosom daripada bapa dan 23 daripada ibu. Dalam kehamilan anggur, terdapat kelainan dimana dua sperma mensenyawakan satu telur (ovum) yang sama.

2 Jenis kehamilan anggur

1️⃣️️. Kehamilan anggur lengkap (complete hydatidiform mole) :

Jika ovum itu kosong i.e tidak mempunyai salinan kromosom, 2 sperma yang membawa 2 salinan kromosom bapa bercantum dan akibatnya ialah kehamilan anggur yang lengkap. dalam kes ini , tidak ada embrio, kantung amnion, atau mana-mana tisu plasenta yang normal. Sebaliknya, plasenta membentuk massa sista yang kelihatan seperti satu kelompok anggur. Jenis ini lebih merbahaya dan berisiko tinggi untuk merebak ke organ badan yang lain seperti barah.

2️⃣. Kehamilan molar paling separa (partial mole) :

Telur disenyawakan mempunyai set biasa kromosom daripada ibu (23) dan dua set daripada bapa (46) , jadi terdapat 69 kromosom dan bukannya 46 biasa. (Ini boleh berlaku apabila kromosom daripada sperma yang disalin atau apabila dua sperma mensenyawakan telur yang sama. Jenis kelainan ini, ada beberapa tisu plasenta biasa dan sebahagian embrio di kalangan kelompok tisu yang tidak normal. Jenis ini kurang merbahaya.

Ciri-ciri kehamilan anggur

Pada peringkat awal kehamilan anggur akan nampak seperti kehamilan yang biasa. Berikut adalah tanda tanda dan gejala kehamilan anggur. Jika anda mengalami gejala atau mempunyai tanda tanda seperti ini anda harus berjumpa doktor dengan segera :

1. Turun darah

Ia mungkin menjadi merah terang atau pelepasan coklat, berterusan atau terputus-putus, ringan atau berat. Pendarahan ini boleh bermula seawal enam minggu kehamilan anda atau selewat 12 minggu.

2. Keluar tisu

Tisu seperti gugusan anggur bersama darah melalui vagina

3. Loya & muntah yang teruk

4. Kekejangan perut

Kerana rahim anda boleh berkembang lebih cepat daripada biasa

5. Preeclampsia

Tekanan darah tinggi yang serius semasa mengandung sebelum kandungan mencapai 20 minggu

6. Pucat

kurang darah

7. Syndrom hyperthyroid

Berpeluh, menggigil, panas badan, berdebar jantung

8. Batuk darah semasa mengandung

9. Imbasan Ultrasound menunjukkan tiada janin dalam kandungan dan rahim lebih besar daripada umur kandungan

10. Tahap hormon hCG jauh lebih tinggi daripada biasa

Cara merawat kehamilan anggur

Sebaik sahaja diagnosa kehamilan anggur dibuat, doktor akan membuat order ujian ujian darah dan imbasan yang lanjut untuk menilai tahap keterukkan dan komplikasi kandungan anggur.

1. Prosedur ‘Suction Evacuation’: Ini adalah satu prosedur untuk mengeluarkan kandungan molar dari rahim. Prosedur ini memerlukan bius penuh untuk dijalankan. Sebilangan doktor akan mengulangi prosedur ‘suction evacuation’ selepas 2 minggu, kerana kadang kandang tisu tisu kandungan anggur itu tidak dapat dikeluarkan secara total tetapi berperingkat.

Komplikasi kehamilan anggur

1️⃣️️️. Perdarahan yang serius

2️⃣. Rahim pecah akibat invasi tisu tisu anggur

3️⃣. Invasive Mole: Tissu anggur menusuk masuk ke dalam dinding rahim

️️4️⃣. Kegagalan sistem pembekuan darah sistemik. (Disseminated Intravascular Coagulation)

5️⃣. Jangkitan yang boleh membawa kepada kejutan

6️⃣. Gestational trophobastic disease: Kehamilan anggur bertukar menjadi satu penyakit yang lebih serius yang boleh merebak ke organ lain terutamanya ke hati dan paru paru melaui sebaran tisu anggur melalui salur darah

7️⃣. Choriocarcinoma: kahamilan anggur bertukar menjadi kanser dan boleh merebak ke hati, paru paru dan otak

*Jika wanita yang baru hamil mendapati ada ciri-ciri kehamilan anggur, cepat-cepat pergi ke klinik atau hospital berjumpa doktor untuk dirawat dengan lebih lanjut. Wanita hamil dan wanita biasa tidak sama cara rawatanya, maka wanita hamil lebih perlu kawalan daripada doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.