Wanita hamil mempunyai senaman yang khusus untuk mereka. Cara senaman wanita hamil adalah berbeza dengan wanita yang tidak hamil. Senaman wanita hamil adalah penting. Melakukan senaman akan memastikan kesihatan ibu dan anak dalam kandungan sentiasa sihat.

Waktu yang sesuai untuk wanita hamil melakukan senaman adalah kandungan bermula daripada tiga minggu kehamilan. Namun, adalah lebih jika wanita hamil yang ingin melakukan senaman ketika hamil menyertai program senaman tersebut kerana terdapat pakar yang akan membantu wanita hamil melakukan senaman dengan betul.

Senaman Ibu Hamil

Tambahan lagi, melalui jurulatih ia akan mengurangkan risiko untuk wanita hamil menghadapi kecederaan ketika melakukan senaman. Berikut merupakan panduan dan langkah melakukan senaman ketika hamil:

  1. Lebihkan tempoh masa untuk berehat supaya suhu badan berada dalam keadaan normal serta kadar denyutann berada di bawah paras 140.
  2. Anda tidak perlu membuat senaman yang memerlukan anda berbaring kerana ia menyebabkan aliran darah berkurang menuju ke uterus.
  3. Jauhi daripada kegagalan otot semasa membuat latihan.
  4. Melakukan senaman isolasi seperti leg curl dan leg extension.
  5. Anda tidak perlu membuat senaman yang memerlukan anda baring menghadap bawah.
  6. Senaman dengan ulangan tidak digalakkan untuk wanita hamil kerana ia akan mengetatkan bahagian sendi.
  7. Tidak melakukan senaman perut seperti Crunches.
  8. Senaman abdominal contraction merupakan senaman perut yang sesuai dilakukan oleh wanita hamil.
  9. Dapatkan khidmat nasihat daripada jurulatih atau pakar yang dipercayai untuk membantu anda.
  10.  Anda tidak perlu menahan nafas ketika melakukan senaman hamil

Oleh yang demikian, senaman ketika hamil adalah baik untuk kesihatan tetapi adalah lebih jika mempunyai jutulatih. Elakkan daripada melakukan senaman bersendirian dan anda juga boleh bersenam bersama suami serta keluarga.

Senaman ketika hamil mempunyai pelbagai kelebihan iaitu wanita hamil akan pulih dengan segera selepas melahirkan anak, mengurangkan risiko berat badan dan melahirkan anak dengan mudah. Semoga 10 tips cara senaman wanita hamil ini membantu anda.

Gambar

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.