Malaysia yang terletak sipi dengan garisan katulistiwa sememangnya menjadi perkara yang normal jika cuaca panas terik. Walaupun sudah memasang kipas angin mahupun pendingin hawa, tetap juga berasa panas. Baik di dalam mahupun luar rumah!

Keadaan ini pasti akan menyebabkan badan kita berpeluh, terasa haba di dalam badan, tekak kering dan yang paling teruk lagi boleh menyebabkan demam. Dengan itu, mari kami kongsikan kepada anda 8 cara sejukkan badan yang berkesan dan boleh anda ikuti.

1. Minum Air Kelapa Muda

cara sejukkan badan
Imej via [harapanrakyat]

Air kelapa muda amat berkesan untuk menyejukkan badan. Hal ini kerana air kelapa muda mempunyai elektrolit yang tinggi dan berfungsi untuk menghilang serta menyembuhkan haba panas di dalam badan. 

Selain merupakan cara sejukkan badan yang berkesan, air kelapa muda juga mampu menyegarkan tubuh, mengatasi kekeringan dan meneutralkan suhu badan. Untuk mendapatkan khasiat yang lebih baik, anda boleh minum air kelapa muda dengan mencampurkan sedikit madu ke dalamnya.

2. Memakai Fabrik Cotton

cara sejukkan badan
Imej via [olympics30]

Penggunaan fabrik cotton terbukti berkesan untuk menyejukkan badan ataupun persekitaran anda. Selain menyejukkan badan, fabrik cotton juga mampu dengan mudah sekali untuk menyerap peluh.

Hal ini kerana fabrik cotton dibuat menggunakan serat kapas. Sekaligus ia dapat menjadikan kulit anda bernafas dengan baik.  Perasan tak, pelajar universiti suka pakai baju kurung yang diperbuat dari fabrik cotton! Salah satunya sebab ia tidak panas!

Disamping itu, anda juga boleh menukar langsir, selimut, cadar, sarung bantal dan lain-lain lagi dengan fabrik cotton agar persekitaran anda juga sejuk.

3. Minima Atau Kurangkan Suhu

cara sejukkan badan
Imej via [surveymonkey]

Untuk pengetahuan anda, perkakasan di rumah anda termasuk gadjet juga menjadi penyumbang kepada haba yang memanaskan sekitar tubuh anda. Oleh sebab itu, tutuplah segala peralatan jika tidak digunakan.

Anda dinasihatkan agar menutup lampu yang tidak digunakan pada waktu malam.  Begitu juga dengan plug elektrik yang lain. Jangan caj telefon bimbit ketika waktu malam.

Pastikan anda cabut segala plug dan wayar yang ada agar rumah anda terbebas daripada medan elektro magnetik. Selain dapat sejukkan badan anda, ia juga mampu menjimatkan kos elektrik anda. Cara sejukkan badan ini mempunyai banyak manfaat kepada anda sekeluarga.

4. Kejutan Pada Otot

cara sejukkan badan
Imej via [jakartanotebook]

Cara ini mampu membuatkan badan anda sejuk dengan mendadak sekali. Kaedahnya adalah meletakkan ais pack kepada beberapa anggota badan. Anda boleh meletakkannya di leher, pergelangan tangan, siku, buku lali dan belakang lutut. Bahagian-bahagian ini boleh menyerap haba dengan cepat. 

Disamping itu, cara sejukkan badan juga adalah dengan merendamkan tapak kaki ke dalam air sejuk sebelum tidur. Tahukah anda, sejuk di tapak kaki mampu menjalarkan ke seluruh badan? Ia sememangnya benar!

5. Mandi Malam

cara sejukkan badan
Imej via [republika]

Ramai yang tidak tahu bahawa mandi pada larut malam mampu menyejukkan badan. Tetapi pastikan anda mandi di antara selepas jam 12 hingga sebelum waktu subuh.

Pada waktu ini dikatakan bahawa jantung kita sedang berehat. Banyak kajian menganjurkan mandi pada waktu ini. Selain menyejukkan badan ia juga mampu menyihatkan tubuh serta menghilangkan penyakit.

Diingatkan juga di sini agar jangan mandi selepas maghrib dan sebelum jam 12 malam. Perbuatan ini berisiko untuk memyebabkan tubuh anda dimasuki air dan diserang penyakit. Kadang-kadang itulah yang menjadi punca jantung berlubang dan sebagainya.

6. Minum Air Putih

cara sejukkan badan
Imej via [denyutreformasi]

Tidak ada cara lain yang lebih efektif lagi melainkan dengan pengambilan air putih yang mencukupi. Pengambilan air masak secara kerap adalah salah satu cara sejukkan badan yang berkesan apabila anda berasa badan panas.

Minum air putih mampu menjaga keseimbangan cairan dalam badan sekaligus menurunkan suhu badan. Rata-rata seorang manusia memerlukan 3.7 liter air setiap hari. Pastikan anda minum air putih secukupnya setiap hari.

7. Pack Ais DIY

cara sejukkan badan
Imej via [iluminasi]

Anda boleh membuat pack ais sendiri untuk menyejukkan badan. Caranya mudah, masukkan 3/4 beras ke dalam stokin bersama hirisan daun pandan kemudian sejukkan di dalam peti ais. Keluarkan apabila sejuk dan boleh digunakan. Letakkan di mana-mana bahagian tubuh yang mampu menyerap haba. 

8. Persekitaran Dalam Keadaan Sejuk

cara sejukkan badan
Imej via [diaridunia]

Cara sejukkan badan juga adalah dengan memastikan persekitaran anda dalam keadaan sejuk. Misalnya jika anda tidak mempunyai aircond, anda boleh gunakan pelembab udara (humidifier) ataupun kipas.

Sedikit petua, jika anda gunakan kipas angin, letakkan di tepi tingkap rumah anda kerana ia akan menolak haba di dalam rumah. Anda juga boleh membuat aircond sendiri dengan meletakkan semangkuk ais di depan kipas. Mudah kan?

Berikutlah 8 cara sejukkan badan yang pastinya berkesan dan mudah dilakukan ketika badan anda terasa panas. Ia amat berguna sekali terutama jika musim panas. Pastikan anda mencubanya untuk mengatasi masalah yang sering terjadi ini. Semoga bermanfaat!

Jom baca juga contoh kad ucapan hari ibu, jadual diet , idea penyangkut baju dan cara suami hilangkan penat isteri.

Rujukan:

  1. mingguanwanita
  2. petuaibu
  3. sentiasapanas

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.