Ada sesetengah ibu yang lebih suka menyimpan susunya dan membekukannya. Tidak dinafikan, cara ini adalah cara yang terbaik untuk mengelakkan payudara anda membengkak.

Tetapi, tahukah anda, ada beberapa cara yang spesifik untuk menyimpan susu ibu ini. Tambah tambah lagi jika anda bercadang untung menyimpannya sendiri, adalah lebih baik untuk anda ketahui cara yang betul untuk menyimpan.

Dengan membaca artikel ini sepenuhnya, anda boleh mengetahui cara untuk menyimpan susu ibu dengan kaedah yang betul.

Cara Asas Untuk Menyimpan

susu ibu
Imej:Popsugar

Apabila sebut mengenai menyimpan susu, ini bermakna anda mengeluarkan susu untuk disimpan di kemudian hari. Cara ini sangat berkesan bagi ibu ibu yang sibuk tetapi masih mahu menyusukan anak.

Antara sebab untuk menyimpan susu adalah pyudara anda akan membengkak jika susu tidak diminum. Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk memberikan susu kepada anak anda jika berlaku kecemasan.

Sesetengah wanita mungkin berpendapat menyimpan susu adalah perkara mudah. Tetapi, tidak semua orang berasa begitu. Ia bergantung kepada individu itu sendiri, bagi yang baru melahirkan anak, menyimpan susu akan mengambil masa untuk belajar sedikit demi sedikit.

Lain wanita akan mengeluarkan berlainan kuantiti susu. Terdapat banyak factor bergantung tentang permasalahan ini. Ini termasuklah badan anda, kali terakhir bayi menyusu, usia bayi dan berapa kerap anda menyimpan susu.

Jika anda mempunyai masalah untuk menyimpan susu, jangan ragu ragu untuk hubungi pakar bidan anda atau mungkin boleh terus ke hospital untuk mendapatkan konsultasi.

Terdapat tiga cara untuk anda menyimpan susu:

  • Memerah dengan tangan
  • Menggunakan pam tangan
  • Menggunakan Pam Elektrik

#1 Dengan Menggunakan Tangan (Manual)

  • Berikut merupakan beberapa langkah asas untuk memerah susu anda dengan menggunakan tangan:
    Basuh tangan anda dengan bersih dengan menggunakan sabun.
  • Perlahan lahan, anda mengurut payudara anda. Mulakan daripada bahagian atas dan bergerak perlahan lahan ke arah payu dara anda. Jangan lupa untuk urutkan di bahagian bawah payu dara anda juga. Lakukan proses ini beberapa kali dan pastikan seluruh payu dara anda telah diurut. Cara ini membantu untuk melegakan tekanan anda.
  • Letakkan plastik yang bersih atau anda boleh menggunakan mangkuk yang besar untuk menadah susu. Anda boleh letakkan di bawah payudara atau mungkin di antara kaki anda. Pastikan tangan anda bebas daripada memegang apa apa. Untuk mengelakkan susu daripada tumpah, anda boleh letakkan tuala kering di sekeliling mangkuk atau plastic tersebut.
  • Seterusnya, anda perlu boleh menyokong payudara anda dengan sebelah tangan jika anda mempunyai payu dara yang besar.
  • Letakkan ibu jari dan jari anda bertentangan antara satu sama lain.
  • Tekan ke bahagian dalam payudara anda dengan perlahan lahan sehingga ke bahagian tengah payu dara. Jangan risau. Mengeluarkan susu tidak membawa kesakitan.
  • Sekali lagi, tekan ke arah payu dara anda tetapi kal ini dengan cara seperti menguli. Cara ini akan mengeluarkan susu dengan cepat. Proses ini bertujuan untuk mempercepatkan pengeluaran susu daripada payudara anda. Selepas ini, anda boleh lihat susu mula keluar daripada payudara anda. Sekali anda picit, akan mendapat sekaligus mendapat susu yang banyak
  • Apabila aliran susu mulai perlahan, cuba picit bahagian sekitar puting anda dengan beberapa posisi yang berbeza. Ini akan membantu susu untuk dikeluarkan lebih banyak dan juga secara sepenuhnya.
  • Setelah selesai di sebelah bahagian, beralih pula ke sebelah bahagian yang lain. Ulangi proses yang sama untuk beberapa kali. Rehatlah untuk beberapa minit sebelum menyambung proses mengeluarkan susu kerana seperti yang kita tahu, proses ini sangat memenatkan.

#2 Dengan Menggunakan Pam Tangan (Semi-Manual)

Penggunaan pam tangan adalah sangat berkesan. Hal ini kerana anda tidak perlu untuk menadah susu dengan menggunakan bekas, plastic dan sebagainya. Selalunya pam tangan akan didatangkan sekali dengan tempat penyimpan susu.

Sama seperti proses pam dengan menggunakan tangan, anda perlu menenangkan diri anda sebelum memulakan proses. Ibu ibu dinasihatkan untuk cuba menyesuaikan diri dengan keberadaan pam tersebut di payudara anda. Jika anda terfikir untuk mengurut payudara juga tidak ada masalah.

Malahan, adalah sangat digalakkan untuk mengurut kerana ini akan membantu anda untuk menyesuaikan diri

Apabila anda telah bersedia, ikutilah beberapa langkah di bawah:

  • Letakkan pam betul betul di tengah tengah payu dara anda. Pastikan pam berada di tengah dengan puting.
  • Dengan perlahan lahan, tekan pam tersebut kea rah payudara anda. Pada peringkat awal mungkin hanya beberapa titik susu yang akan keluar tetapi lama kelamaan ia akan menjadi banyak.
  • Gunakan pam sehingga anda dapat pastikan tiada susu lagi yang tinggal. Apabila anda benar benar yakin, ulang proses ke sebelah lagi payudara anda.

#3 Dengan Menggunakan Pam Elektrik (Auto)

Pam elektrik ini sangat efisien dan mudah untuk digunakan. Ia sangat membantu bagiibu ibu yang tidak mmempunyai tenaga yang kuat untuk memerah susu. Fungsinya sama seperti pam tangan. Bezanya adalah anda tidak perlu pam dengan sendirinya. Biarkan pam elektrrik melakukan tugasnya!

Letakkan cawan pam di payudara anda seperti menggunakan pam tangan dengan puting berada di tengah tengah pam. Adalah sangat penting untuk anda menenangkan diri dan selesa dengan pam itu

  • Jika anda telah bersedia, anda boleh mulakan dengan langkah langkah di bawah:
  • Letakkan pam di payudara anda
  • Mulakan dengan level yang perlahan untuk anda menyesuaikan diri. Setelah anda berasa selesa, naikkan level sehingga yang termampu dan selesa dengan anda.
  • Pam sehingga anda pasti susu benar benar telah habis dikeluarkan.

Jika anda pam susu dengan menggunakan tangan, kebarangkalian anda untuk mendapat lebih banyak susu setelah susu berhenti adalah sangat tinggi. Jadi, adalah digalakkan untuk anda pam payu dara anda dengan menggunakan tangan setelah selesai pam dengan menggunakan pam elektrik.

Panduan Untuk Menyimpan Susu Yang Telah Diperah

Selepas diperah, susu ibu perlu diletakkan di dalamm peti ais atau peti sejuk beku, ini untuk mengelakkan daripada susu tersebut menjadi rosak dan untuk mengekalkan keaslian khasiat susu itu sendiri. Berikut merupakan cara untuk anda menyimpan susu yang diperah dan berapa lama untuk anda menyimpannya.

Susu Yang Baru Diperah

cara simpanan susu ibu

Letakkan susu tersebut di dalam bekas yang berpenutup atau pun plastik bag yang boleh ditutup. Jangan lupa untuk asingkan setiap susu yang diperah pada berlainan hari.

Berikut adalah langkah untuk menyimpan susu yang baru siapp diperah:
• Bagi tempoh 6 ke 8 jam pertama, anda boleh letakkan susu tersebut di suhu bilik (24C)
• Bagi yang mahukan susu untuk tahan selama 72 jam berikutnya, boleh cuba letakkan di bahagian peti ais dengan memastikan suhu 4C atau lebih rendah.
• Letakkan di bahagian Sejuk Beku (Freezer) yang sama pintu dengan Peti Ais untuk susu tersebut tahan selama 2 minggu.
• Bagi Freezeer yang berlainan pintu dengan peti ais, anda boleh simpan sehingga 3 bulan
• Jika mahu simpan dalam tempoh yang lama iaitu 6 ke 12 bulan, letakkan susu dalam peti sejuk beku yang bersuhu -18ºC atau lebih rendah.

Susu Yang Telah Dibekukan

  • Bagi susu yang telah dibekukan, terdapat beberapa cara untuk memastikan susu tersebut sentiasa dalam keadaan yang baik. Antaranya adalah:
  • Letakkan di suhu bilik 26ºC atau lebih rendah dan ia akan bertahan dalam tempoh 4 jam atau mungkin kurang. Ianya akan bertahan sehingga tempoh menyusukan yang seterusnya.
  • Jika anda telah mengalihkan dari Freezer ke Peti Ais, paling maksimum untuk susu tersebut bertahan adalah sehingga tempoh 24 jam
  • Diingatkan, jangan membekukan semula susu yang telah anda bekukan sebelum ini kerana mungkin ia telah tercemar.

Susu Yang Telah Direndam Dengan Air Suam

Sudah pasti anda telah mengeluarkan susu beberapa jam sebelum anda menyusukan anak anda bukan. Trdapat beberapa cara untuk anda menyimpan susu sebegini.

Antaranya adalah:

  • Letakkan di luar peti sejuk dan ia akan boleh digunakan sehingga 4 jam. Dengan kata lain, sehingga tempoh menyusukan seterusnya. Tetapi anda perlu pastikan suhu adalah lebih rendah dariipada 24C.
  • Anda boleh meletakkan di dalam peti ais da ia akan bertahan sehingga 4 jam!
    Diingatkan sekali lagi, jangan membekukan semula susu yang telah anda keluarkan daripada Freezer.

Susu Yang Diminum Oleh Bayi

Seperti yang anda tahu, membekukan semula susu adalah sangat dilarang. Anda boleh membiarkan susu tersebut di luar peti sejuk sehingga selesai anda menyusukannya. Setelah itu anda boleh membuang susu tersebut.

Langkah Menyediakan Susu Untuk Diminum Bayi

Jangan takut untuk memberikan anak anda minum dengan menggunakan cawan. Ianya sama seperti menggunakan botol susu. Untuk memberikan mereka minum, anda boleh menggunakan cawan, sudu atau pun botol susu.

Rendamkan bekas yang anda gunakan untuk menyimpan susu dengan menggunakan air panas. Tetapi, jika anda masih mempunyai susu di payu dara anda, anda boleh terus memberikannya kepada si kecil anda. Berlainan pula jika anda menggunakan susu yang telah disejuk bekukan, letakkan bekas tersebut di dalam air panas untuk beberapa ketika.

Jangan lupa. Anda perlu menggoncang botol atau bekas yang digunakan secara perlahan lahan. Ini adalah untuk memastikan suhu susu tersebut sekata. Dan diingatkan untuk mencuba dahulu suhu tersebut sebelum diberikan kepada anak anda.

Pastikan anda tidak menggunakan microwave untuk memanaskan susu tersebut kerana microwave akan memusnahkan beberapa nutrient penting yang terdapat dalam susu. Tambahan pula, jika ia terlalu panas, mulut si kecil mungkin akan melecur.

Alat Membersihkan

Untuk memastikan kebersihan, pastikan anda membasuh semua peralaatan yang anda gunakan dengan bersih. Ini termasuklah bekas susu, pam dan sebagainya.

Basuhlah dengan air suam dan keringkan dengan betul untuk memastikan bekas tersebut tidak dicemari. Dengan cara ini boleh lah anda menggunakan bekas yang sama berulang ulang kali. Simpan dengan baik sehingga penggunaan seterusnya.

Anda diwajibkan untuk membasuh bahagian bahagian pam setiap 24 jam jika anda menggunakannya. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman yang tidak diingini pada payudara anda.

Sepanjang tempoh 24 jam tersebut, anda boleh simpan pam di dalam peti sejuk tanpa perlu dibasuh dengan menutup petutupnya. Tetapi adalah lebih elok jika anda membasuh dan letakkan di dalam bilik dengan menutup penutupnya.

Diharapkan informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu ibu yang menyusukan anak. Panduan ini adalah untuk bayi yang dalam keadaan yang sihat. Jika bayi anda mempunyai masalah, jangan ragu ragu untuk hubungi pakar kesihatan anda atau bawakkan bayi anda ke hospital. Semestinya bantuan daripada pakar adalah yang terbaik.

Penulis: Lily Izzuan

Lily Izzuan

Seorang yang simple dan berpegang pada prinsip bahawa sesuatu yang baik itu perlu dikongsi. Merupakan salah seorang penyumbang artikel di Bidadari.my. Mencari artikel yang menarik yang ada.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .