Tngah cari cara pakai shawl yang menarik?

Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Wanita bukan sahaja menjaga kecantikan kulit dan bersenam untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal malah mereka juga sangat menitik-beratkan penampilan diri terutamanya pakaian. Salah satu daripada perkara yang paling penting bagi seorang wanita ialah hijab. Sudah menjadi kewajipan seorang wanita yang bergama islam untuk bertudung.

Pada zaman ini terdapat pelbagai jenis hijab yang trendy seperti shawal, tudung bawal, tudung sarung, shawl instant dan sebagainya. Shawl adalah salah satu tudung yang paling mendapat tempat dihati wanita di Malaysia dan istimewa untuk anda hari ini kami akan kongsikan 7 cara pakai shawl yang anda boleh cuba.

1. Cara basic pakai shawl

Ini adalah cara paling mudah untuk memakai shawl. Hasilnya juga sangat cantik dan kemas malah membuatkan anda kelihatan lebih manis. Caranya:

  1. Letak shawl sebelah pendek dan sebelah panjang. Pinkan di dagu.
  2. Ambil bahagian yang panjang ke atas kepala.
  3. Pin di atas telinga.
  4. Ambil bahagian yang panjang di bawah.
  5. Tarik shawl ke atas yang telah di pin tadi, pin di kepala.
  6. Kemaskan shawl mengikut keselesaan.
cara pakai shawl

Sumber: Naedacollection

2. Shawl gaya Highstreet

Ini adalah gaya shawl yang paling in trend dan menjadi kegemaran ramai pada masa kini. Perhatikan sekeliling anda, pasti ramai yang menggayakan shawl dengan gaya ini. Kami yakin anda juga teringin untuk belajar cara untuk lilit shawl dengan gaya ini. Yang sebenarnya tak susah pun untuk menggayakan shawl dengan gaya highstreet. Ia nampak agak komplikated namun jika anda berlatih dengan kerap, pastinya anda akan menjadi pakar memakai shawl dengan gaya ini. Cara untuk memakai shawl gaya Highstreet adalah seperti berikut:

  1. Letakkan shawl TudungPeople di kepala, sama panjang di kedua-dua belah.
  2. Tarik satu bahagian, pinkan di atas telinga.
  3. Tarik bahagian yang sama, ke belakang.
  4. Kemaskan bahagian yang sama di belakang leher.
  5. Letakkan bahagian lagi satu ke hadapan.
  6. Pin kan bahagian lagi satu ke bahu dan kemaskan shawl mengikut citarasa anda.
cara pakai shawl

Sumber: Needacollection

3. Shawl gaya Damia

Shawl dengan gaya Damia juga menjadi kegemaran masa kini memandangkan ia adalah gaya yang dikenakan oleh ramai artis tempatan. Pastinya anda teringin untuk kelihatan cantik bergaya seperti artis pujaan. Jika anda menyangka bahawa gaya sebegini susah untuk dibentuk, anda adalah silap. Untuk mendapatkan shawl gaya Damia, cara-caranya adalah seperti berikut:

"
  1. Letakkan shawl di kepala, sebelah panjang dan sebelah pendek.
  2. Pin shawl di belakang leher.
  3. Tarik bahagian yang panjang ke hadapan.
  4. Pin kan bahagian yang panjang di bawah telinga.
  5. Tarik bahagian yang panjang ke hadapan.
  6. Tarik bahagian yang panjang ke atas kepala.
  7. Pin shawl anda di telinga.
  8. Kemaskan shawl mengikut keselesaan anda.
cara pakai shawl

Sumber: Neeedacollection

4. Shawl gaya Solehah Inspire

Kami namakan style ini sebagai Shawl gaya Solehah Inspirepire memandangkan gaya ini kami perolehi daripada inspirasi yang dikongsi oleh Soleheh Inspire. Caranya juga mudah sahaja malah dengan kemasan yang betul anda akan kelihatan awet muda. Cara untuk memakai shawl dengan gaya ini adlaah seperti berikut:

  1. Letak shawl di kepala, sebelah pendek dan sebelah panjang. Pin di dagu.
  2. Tarik bahagian yang pendek, pin di kepala.
  3. Ambil bahagian yang panjang.
  4. Kalih bahagian shawl, letakkan di atas kepala.
  5. Kemaskan di bahagian kepala.
  6. Pin mengikut keselesaan anda.
cara pakai shawl

Sumber: Needacollection

5. Shawl Dua Warna

Seperti namanya, ini adalah gaya yang boleh anda kenakan jika memakai shawl yang mempunyai dua warna atau dwi tone. Pemakaian shawl dengan dua warna juga semakin mendapat tempat di hati wanita di Malaysia memandangkan ia menghasilkan efek yang segar dan manis buat pemakainya. Nak tahu cara untuk pakai shawl dua warna? Jom kami kongsikan:

  1. Letak shawl di kepala, sama panjang di kedua-dua belah. Pin di kiri kanan telinga.
  2. Tarik satu bahagian ke hadapan.
  3. Pin di atas telinga.
  4. Tarik semua shawl ke hadapan.
  5. Kalihkan shawl dan letak di atas kepala.
  6. Pin dan kemaskan mengikut citarasa anda.
cara pakai shawl

Sumber: Needacollection

6. Shawl gaya halfmoon

Ini adalah shawl dengan gaya yang trendy dan dalam masa yang sama menyerlahkan ciri-ciri seorang wanita solehah kerana ia menutup dada dengan sepenuhnya dan shawl kelihatan lebih lebar berbanding gaya yang lain. Untuk mendapatkan shawl dengan gaya ini, apa yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:

  1. Letakkan shawl halfmoon di kepala. Sebelah pendek dan sebelah panjang, pin di dagu.
  2. Ambil bahagian yang panjang.
  3. Letakkan shawl bahagian panjang di kepala, dan kemaskan.
  4. Pin di kepala. Kemaskan mengikut keselesaan.
cara oakai shawl

Sumber: Needacollection

7. Gaya Curlycandy Shawl

Bagi anda yang memakai tudung labuh dan dalam masa yang sama teringin untuk cuba pakai shawl, ini adalah gaya pakai shawl yang sesuai untuk anda memandangkan shawl gaya ini menghasilkan shawl yang labuh bukan sahaja dibelah hadapan malah di bahagian belakang juga. Malah bahu anda juga akan tertutup dengan shawl seperti memakai tudung labuh. Menarik kan? Jom kami kongsikan cara pakai shawl gaya Curlycandy iaitu:

  1. Letakkan shawl di kepala, sebelah pendek dan sebelah panjang. Pin di dagu.
  2. Ambil bahagian yang panjang, lilit di kepala. Pin dengan kemas.
  3. Ambil bahagian yang pendek, silangkan menutupi dada.
  4. Pin di bahu.
  5. Kemaskan shawl mengikut keselesaan anda.
cara pakai shawl

Sumber: Needacollection

Itulah dia info tentang  7 cara pakai shawl yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara pakai tali keledar keselamatan untuk ibu hamil dan cara menyediakan tempat tidur bayi yang betul.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.