merawat ekzema pada bayi
babyrashclinic.com

Ekzema kini semakin menjadi lumrah untuk budak-budak masa kini. Sedikit pelik, ianya tidak kedengaran sewaktu kita masih kecil dan meningkat dewasa. Tetapi, ianya menjadi perkara lumrah penyakit yang menghinggap kanak-kanak.

Disini kami kongsikan 5 cara merawat ekzema pada bayi yang boleh dicuba. Semoga artikel ini bermanfaat dan membantu.

#1 Guna Losyen Yang Sesuai

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

#2  Penggunaan Yang Kerap

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Oleh itu, keraplah memakai sapuan ini. Janganlah mengharap keajaiban untuk berlaku dengan sekadar 4-5 kali sapuan sahaja.

#3 Yang Murah Mungkin Tidak Sesuai Dengan Anda

Kedengaran seperti orang kaya, tetapi ini yang hakikatnya. Kadang-kala ubatan yang murah kurang berkesan kepada badan bayi.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian.

Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

#4 Penggunaan Pil Antihistamin

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

#5 Teknik Balutan Basahan

Mencuba teknik balutan basah . Dalam teknik inidi mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

BACA :10 Rawatan Semulajadi Melegakan Eczema dan Psoriasis

Sebahagian sumber artikel ini datang daripada BabyCenter.com.my

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.