Pernahkah ibu-ibu diluar sana yang ada pengalaman anak tidak dapat melekap dengan betul pada puting? Perkara ini memang selalu akan terjadi kepada sesetengah ibu yang menyusukan anak. Anak tidak dapat minum susu badan dengan puas. Jika ini yang berlaku, ibu terpaksa memerah susu badan dan masukkan ke dalam botol susu untuk diberi kepada anak untuk minum.

Namun, ibu-ibu di luar sana usah bimbang kerana ada jalan penyelesaian untuk masalah ini. Pernah dengar Nipple Shield atau bahasa melayunya pelapik puting? Ia berfungsi untuk untuk memberikan keselesaan kepada si ibu dan anak semasa proses penyusuan. Ia diperbuat daripada silikon, getah atau lateks, maka ibu tidak akan berasa sakit ketika melakukan proses penyusuan.

Bagaimanakan cara yang betul menggunakan pelapik puting?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai cara-cara menyusukan bayi menggunakan pelapik puting. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Cara-cara menggunakan pelapik puting dengan betul

cara guna pelapik puting

Imej via cikgususu.com

1. Walaupun ibu menggunakan pelapik puting,pastikan bayi mengikut proses lekapan dengan betul

2. Biarkan mulut bayi terbuka luas sebelum melekap di payudara ibu.

3. Sebahagian besar kawasan areola sepatutnya berada di dalam mut bayi dan ‘puting’ perlu berada di belakang mulut bayi (diantara lelangit keras dan lembut)

4. Apabila lekapan berlaku dengan betul, ibu tidak dapat melihat bahagian ‘puting’ pelapik yang biasanya lebih keras daripada bahagian tepi.

5. Sekiranya bayi tidak dapat melekap dengan betul, lepaskan dia daripada payudara dan ulang sekali lagi.

6. Namun, jangan paksa sekiranya bayi berasa tidak selesa.

7. Titiskan sedikiy susu ibu diatas pelapik bagi menggalakkan bayi melekap dan menghisap payudara ibu.

8. Perah sedikit susu ibu bagi memenuhi pelapik puting dan bagi memberi aliran susu yang mudah semasa bayi mula menghisap. Ini memberinya dorongan supaya terus menghisap.

*Jadi untuk menyediakan persediaan menyambut kelahiran bayi, pastikan pelapik puting ada dalam senarai. Jika anak tidak selesa ketika menyusu atau puting terasa sakit, boleh gunakan pelapik puting ini. Selain memberi keselesaan kepada ibu dan anak, ia juga membantu untuk melancarkan susu untuk keluar. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.