Pening kepala kita ketika mahu tidurkan anak. Lebih-lebih lagi bayi yang baru lahir kerana mereka masih baru dengan dunia dan memerlukan masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran. Bayi yang baru lahr memerlukan tidur sekurang-kurangnya 16 jam sehari iaitu melebihi setengah hari.

Bayi akan tidur tidak kira waktu malam atau siang, ini bermakna ibu bapa perlu berjaga pada waktu malam untuk beberapa minggu. Setelah itu, lebih kurang 3 bulan, ibu bapa sudah boleh rasa lega kerana waktu tidur bayi sudah stabil dan boleh mengatur waktu tidur mereka.

Apabila waktu tidur bayi sudah teratur, tidak ada masalah lagi bagi ibu bapa berjaga pada waktu malam. Namun begitu, ada juga bayi yang sememangnya sukar untuk tidur. Kenapa terjadinya begitu?

Hal ini mungkin kerana penyediaan tempat tidur bayi yang tidak betul dan selesa. Bagaimana tempat tidur bayi yang selesa?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai cara menyediakan tempat tidur bayi yang betul. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

tempat tidur bayi

Imej via babycenter

Cara menyediakan tempat tidur bayi yang betul

– Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.

"

– Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.

-Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.

– Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.

– Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.

– Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.

– Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.

– Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.

– Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

*Ramai yang masih tidak tahu cara sebenar untuk tidurkan bayi. Sama seperti kita, bayi juga memerlukan tempat tidur yang selesa dan persekitaran yang senyap untuk tidur. Selepas ini, tiada lagi masalah untuk tidurkan bayi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.