Sudah menjadi perkara biasa bagi ibu yang menyusukan bayi untuk mengalami masalah masalah berkaitan susu. Antaranya adalah masalah kekurangan susu ibu.

 

bayi menangis

Imej:tesco-baby

Adakah anda antara yang mengalaminya? Jika ya, baca aritkel ini dengan sepenuhnya mungkin akan membantu untuk menyelesaikan masalah anda!

 

Mendapatkan Nasihat Pakar

Seperti biasa. Perkara pertama yang terlintas di fikiran anda apabila mengalami situasi seperti ini adalah berjumpa dengan pakar. Sudah tentu pakar pakar di sekeliling anda akan bersedia untuk membantu menyelesaikan masalah anda.

Anda boleh berjumpa dengan pakar pakar dalam bidang sakit puan untuk mendapatkan maklumat lanjut.Tetapi, jika anda segan untuk berbuat demikian, anda boleh bertanya secara online kepada beberapa badan badan kesihatan yang terdapat di Malaysia dan mengikuti kursus kursus motivasi mereka seperti Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Program atau mungkin anda boleh sertai Malaysian Breastfeeding Charter Forum yang terdapat di laman sesawang Facebook.

Tidak mustahil untuk anda mendapatkan semua ini. Jadi, usah lengahkan masa lagi.

 

Bekalan Susu Tidak Mencukupi

Ibu mana yang tidak merisaukan keadaan anaknya. Tambahan pula dengan anak yang masih menyusu. Menambahkan kerisauan apabila mendapat tahu bahawa susu dalam badan tidak mencukupi untuk anak yang sedang membesar. Setelah menyusukan si kecil, pasti anda akan mendapati mereka menangis tidak henti henti pada awal kelahiran.

Tapi keadaan ini biasa berlaku kerana bayi yang baru lahir menangis kerana banyak sebab. Mungkiin ketika itu dia mengisyaratkan bahawa dia masih lapar. Namun iibu ibu sering mengagak bahawa mereka telah kenyang atau pun sakit perut.

Terdapat beberapa cara yang mudah untuk mengetahui bayi anda mendapat susu yang cukup atau tidak. Anda hanya perlu perhatikan lampinnya dan ikuti perkembangan berat badannya.

Anda boleh berasa lega kerana bayi anda sihat dan mendapatkan susu yang mencukupi apabila:

  • Kerap menukar lampin 6 ke 7 kali dalam sehari
  • Berat badannya naik secara sihat
  • Membuang air setiap hari

Akan tetapi, anda perlu mengambil langkah serius apabila bayi anda kurang berat badan. Anda mungkin perlu memberikannya lebih lagi susu untuk menggalakkan lagi tumbesaran mereka. Adalah lebih elok jika anda menggunakan susu ibu tetapi semestinya susu formula juga boleh digunakan.

Jika anda masih lagi ragu ragu tentang kesan memberikan botol susu kepada bayi yang baru lahir, gunakanlah cawan untuk menyusukan mereka. Langkah ini boleh diperaktikkan apabila anda memberikan susu ibu secara ekspress atau susu ibu yang telah siap dipam.

Harus diingatkan, janganlah terlalu bergantung kepada susu formula. Ini tidak bermakna anda boleh menyerahkan tugas menyusukan 100% kepada susu formula. Anda boleh cuba untuk meningkatkan susu dalam badan untuk kembali menyusukan si kecil kembali. Semestinya, bukankah susu ibu lebih baik daripada susu formula?

 

Langkah Mudah Untuk Memperbanyakkan Susu Dalam Badan

 

tambah susu ibu

Imej:mama-aliaa

 

Cara pertama yang mudah lagi senang adalah anda cuba untuk menyusukan si kecil anda beberapa kali setiap hari. Apabila anda menyusukan ini bermakna payu dara anda mendapat mesej untuk mengeluarkan lebih banyak kuantiti susu daripada yang diperlukan.

Contoh mudah adalah apabila anda selalunya menyusukan setiap 3 jam, anda boleh berselang seli dalam tempoh menunggu itu. Mungkin memberikan sedikit susu di pertengahan tempoh itu. Dengan kata lain, anda menggalakkan anak anda untuk menyusudengan lebih kerap.

Pada waktu malam, menyusukan anak adalah perkara yang terbaik. Mungkin anda boleh memberikan anak anda susu secara kerap di waktu siang atau memberikan mereka masa untuk menyusu secara lebih pada waktu malam. Terpulang kepada anda.

Tetapi, pada waktu malam kadar prolactin anda iaitu hormon yang menggalakkan susu dalam badan sangat tinggi. Sudah tentu susu dalam badan anda akan banyak pada waktu malam.

Dan apabila bayi anda masih lagi tidak puas untuk menyusu, jangan bimbang. Berikan mereka ‘extra time’ untuk menyusu sehingga 20 ke 30 minit.

Semestinya, kuantiti susu tidak akan berkurang sebaliknya semakin meningkatkan susu dalam badan si ibu. Anda boleh cuba untuk mengulang proses ini sebelum anda mula memberikan susu formula kepada si kecil anda.

Lain pula cerita sekiranya bayi anda tidur berpanjangan. Mungkin kerana anak anda sangat mengantuk dan tidak memerlukan susu yang kerap. Ini selalu terjadi pada bayi di awal kelahiran. Tetapi, itu tidak bermakna anda boleh berdiam diri.

Anda perlu pam susu anda untuk mengelakkan payu dara anda bengkak selain daripada menggalakkan kuantiti susu dalam badan. Anda boleh menyimpan susu anda di dalam peti sejuk beku untuk kegunaan di lain waktu.

Sesetengah bayi boleh disusukan ketika tidur. Jadi, apa salahnya jika anda melakukan perkara yang sama?
Sebagai ibu yang baru melahirkan anak, pasti anda memerlukan rehat yang cukup. Anda boleh menggunakan masa menyusukan anak sebagai tempoh untuk berehat.

Pastikan anda benar benar selesa. Dengar muzik, membaca buku dan off kan telefon bimbit anda. Cara ini mungkin adalah cara yang terbaik untuk melegakan kepenatana setiap hari.

Kesihatan bayi sangat penting. Sama pentingnya dengan kesihatan anda. Janganlah abaikan kesihatan sendiri. Jaga pemakanan seharian anda, banyakkan minum air suam dan mendapatkan rehat yang cukup. Cara yang mudah untuk menenangkan diri , bukan?

Diharapkan dengan anda membaca artikel ini sepenuhnya, anda teah Berjaya mencari konklusi untuk permasalahan anda.

Penulis: Lily Izzuan

Seorang yang simple dan berpegang pada prinsip bahawa sesuatu yang baik itu perlu dikongsi. Merupakan salah seorang penyumbang artikel di Bidadari.my. Mencari artikel yang menarik yang ada.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.