Sebelum kita membuat keputusan untuk makan di mana, mesti kita akan cuba cari di google kedai makan yang best, bukan? Selalu dengar orang cakap kedai makan sini best, kedai makan sana nasi lemak dia sedap, kita pun pergi ke kedai makan tersebut.

Selalu kedai makan yang dicadangkan dan mendapat banyak komen positif tiada masalah untuk kita pergi makan di situ. Ini kerana tempat makan tersebut semestinya bersih dan dijamin halal bagi orang muslim.

6 perkara yang perlu dibuat sebelum makan di tempat makan
Image via hellosehat

Masalah timbul apabila kita mula cirit birit sakit perut selepas makan di kedai makan malam sebelumnya. Apabila berjumpa doktor, doktor sahkan keracunan makanan. Memang sakit sangat terkena cirit birit ini, Mahu buat kerja pun susah. Bagaimana kita mahu elak dari terkena keracunan makanan apabila makan di luar?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai 6 cara untuk menilai kebersihan kedai makan. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.

6 Cara untuk menilai kebersihan kedai makan

1. Meja Makan

Bila kita ke gerai/restoran, benda pertama kita pasti sentuh adalah kerusi dan meja makan. Jika berminyak, dan ada sisa-sisa makan yang tak dibersihkan dengan betul di atas meja, begitulah juga meja penyediaan makanan di dapur mereka.

2. Pengendali Makanan

Pilih premis makanan yang tukang masaknya memakai apron, penutup kepala, dan sarung tangan ketika mengendalikan makanan. Pelayannya berpakaian bersih, rambut tersisir rapi dan berkuku pendek, bukan macam Hantu Kak Limah.

3. Tandas 

Lihat tandas premis, jika ianya kotor, pili air tersumbat, tiada sabun, tiada tisu, maka kemungkinan dapur premis berkenaan juga begitu. Kalau kawasan sekitar gerai pun dah macam tandas, tak usahlah makan di situ, walaupun orang kata sedap.

4. Penggredan Premis Makanan 

Pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau dan memberi gred kepada premis makanan berdasarkan kebersihannya: gred A (amat baik), B (baik) dan C (memuaskan). Maka pilih premis makan yang bergred tinggi. Gred ni premis kena pamer.

5. Logo BeSS

Ini adalah pengiktirafan KKM yang merangkumi 3 aspek, iaitu bersih, selamat dan sihat. Pengiktirafan ni, saringannya ketat. Kena pergi kursus, dipantau, jika melepasi piawaian, barulah diberi sijil BeSS. Restoran, gerai, warung, caterer, food truck pun boleh mohon BeSS.

6. Ulasan Pelanggan

Zaman sekarang ni, kebanyakan tempat makan ada geo-tagging, dan disitu boleh letak ulasan(review). Bacalah review pelanggan lain tentang tempat makan tu. Namun ingin diingatkan, review pelanggan ni kadang kala subjektif dan tak berapa tepat.

Selain tu, setelah makanan dihidang, pastikan makanan tu masih elok sebelum kita mentekedarah.

3 cara mengenali makanan yang dah basi:

1- Lihat: berbuih, berlendir, berubah warna

2- Hidu: bau kurang yang menyenangkan

3- Rasa: masam dan basi

*Sebelum makan pastikan kita periksa terlebih dahulu agar kita tidak menjadi mangsa keracunan makanan. Kalau kita lihat makanan itu sudah berlendih dan berbau busuk, terus masukkan makanan tersebut ke dalam tong sampah. Tidak perlu asingkan yang mana masih elok atau tidak. Lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.