Setiap wanita sukakan kecantikan. Siapa yang taknak cantik, kurus dan langsing? Kita nak cantik bukan untuk ditayang kepada orang lain tetapi untuk kepuasan diri sendiri. Pastinya kita sentiasa mencari tips dan petua untuk cantik dengan cara semulajadi dan tanpa melibatkan kos yang mahal.

Lagi murah lagi kita suka. Setuju? Tahukah anda bahawa yang sebenarnya kita boleh cantik dengan menggunakan kiub ais.

Terkejut? Ramai wanita tak tahu tentang ini. Sangatlah rugi kerana ais kiub tidak memerlukan kita mengeluarkan duit yang banyak. Malah kita boleh buat sendiri di dapur. Apa yang penting kita ada peti ais dengan bahagian sejuk beku yang berfungsi, dan rajin untuk menyediakan kiub ais tersebut. Jom lihat cara menggunakan ais di muka untuk cantik, petua dan kelebihan yang anda wajib tahu.

Ais kiub dari air masak atau air bertapis

Cara pertama untuk menggunakan ais bagi tujuan kecantikan ialah dengan membuat ais kiub dari air masak atau air bertapis. Kami tidak galakkan anda menggunakan air paip kerana kandungan klorin yang tinggi serta ia mengandungi bahan benda asing lain yang tidak semestinya bersih. Cara untuk menyediakan ais kiub adalah seperti berikut:

  • Masukkan air masak atau air bertapis ke dalam tray ais.
  • Biarkan sehingga beku.
  • Ambil seketul ais dan sapukan ke seluruh wajah. Jangan lupakan bahagian bawah mata dan leher.

Ais kiub timun

Anda juga boleh menyediakan ais kiub dengan menggunakan timun. Sememangnya timun telah digunakan untuk tujuan kecantikan sejak dulu lagi. Timun bukan sahaja menyegarkan wajah malah dalam masa yang sama membantu untuk mencantikkan kulit. Untuk menyediakan ais kiub timun, apa yang perlu anda lakukan ialah seperti berikut:

  • Kisar timun sehingga hancur.
  • Masukkan ke dalam tray ais.
  • Biarkan beku.
  • Ambil seketul ais dan sapukan ke seluruh wajah. Jangan lupakan bahagian bawah mata dan leher.

Ais kiub tomato

Anda pernah gunakan masker tomato untuk kecantikan kulit muka? Atau anda pernah jadikan tomato sebagai toner untuk dispray pada kulit muka? Anda mungkin tak tahu bahawa tomato juga boleh dibekukan sebagai ais kiub dan digunakan pada muka untuk tujuan kecantikan. Untuk menyediakan ais kib tomato, apa yang perlu anda lakukan ialah:

"
  • Kisar tomato sehingga halus.
  • Masukkan ke dalam tray ais.
  • Ambil seketul ais dan sapukan ke seluruh wajah. Jangan lupakan bahagian bawah mata dan leher.
ais untuk guna dimuka

Sumber: Youtube

Ais kiub kelopak mawar

Selalu kita tengok kat spa orang ambil pakej berendam dalam air mawar. Malah ada juga toner atau penyegar muka yang berasaskan air mawar. Tahukah anda bahawa air mawar sangat baik untuk kecantikan kulit. Ia bukan sahaja menaikkan seri wajah malah membantu untuk kekal awet muda. Selain itu anda juga boleh menggunakan ais kiub kelopak mawar pada wajah untuk mendapat khasiat dan kebaikannya. Apa yang perlu anda lakukan ialah:

  • Isikan tray ais dengan air masak atau air kosong.
  • Masukkan satu helai kelopak mawar ke dalam setiap lubang ais.
  • Ambil seketul ais dan sapukan ke seluruh wajah. Jangan lupakan bahagian bawah mata dan leher.

Kelebihan menggunakan ais kiub pada wajah

Pastinya anda ingin tahu apakah kelebihan ais kiub unuk kulit sehinggakan ramai yang mengamalkan petua ini. Menurut pengalaman mereka yang mengamalkan ais untuk kecantikan kulit, di antara kesan yang dapat dilihat ialah seperti berikut:

  • Kecutkan jerawat. Jika anda mempunyai masalah jerawat tak kisah jerawat pasir, jerawat batu atau jerawat bernanah, ais kiub yang disapukan pada wajah akan membantu untuk mengecutkan jerawat yang tumbuh di wajah anda. Dengan penggunaan yang konsisten wajah anda akan bebas daripada jerawat.
  • Menghilangkan parut. Jika anda mempunyai parut di wajah sama ada parut jerawat, parut chicken pos, atau parut akibat kecederaan, amalan menyapu ais pada muka mampu untuk mengurangkan dan sekali gus menghilangkan parut yang ada.
  • Menghilangkan jeragat. Jika anda mempunyai masalah jeragat, salah satu cara untuk menghilangkan jeragat dengan kos yang murah tapi berkesan ialah dengan menggunakan ais kiub. Sapu ais kiub ke wajah dua kali sehari pada waktu pagi dan malam untuk mendapat kesan.
  • Mengatasi masalah kulit berminyak. Kulit muka yang berminyak juga boleh diatasi dengan menggunakan kiub ais. Dengan penggunaan yangt konsisten kulit muka anda tidak akan berminyak lagi.
  • Menghilangkan eyebag. Eyebag boleh mencacatkan penampilan anda. Salah satu petua menghilangkan eyebag yang anda boleh cuba ialah dengan menggosok ais kiub pada eye bag setiap pagi.
  • Mencerahkan kulit. Kalau anda nakkan kulit muka yang nampak cerah dan berseri, amalkan menyapu ais kiub pada ajah setiap pagi dan malam. Hasilnya kulit muka anda tidak akan kusam lagi.
  • Menghilangkan sunburn. Anda sunburn akibat terdedah kepada terik matahari? Ais kiub yang disapu pada muka dapat menghilangkan sunburn yang dialami.
  • Solekan tahan lebih lama. Kalau anda nakkan solekan yang tahan lama diwajah dan tidak mudah bercapuk, salah satu langkah yang boleh dilakukan ialah dengan menyapu ais pada wajah sebelum mengenakan solekan.
ais untuk guna dimuka

Sumber: Sevenshadez

Itulah dia info tentang cara menggunakan ais di muka yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat halia, khasiat halba, dan khasiat tomato

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.