Semalam, saya tengah sibuk menumbuk bawang di dapur. Tiba-tiba dari dapur saya dengar:

“Subhanallah. Cantiknya Allah cipta kucing ni” kata kakak yaya, separa menjerit. Saya toleh, rupanya dia tengah tengok seekor kucing cute yang lately suka datang ke rumah kami.

‘Allahuakbar. Mudahnya dia memuji Tuhan’ saya mengomel seorang diri di dalam hati. Yelah, kalau saya nampak kucing cute belum tentu cakap ayat yang sama.

Inilah yang selalu ‘mencairkan’ hati seorang mama. Bila nama Tuhan selalu meniti di bibir anak. Nampak bunga cantik, ingat Allah. Dapat coklat, thank you Allah. Nak sesuatu, doa minta kat Allah.

doa

islamiclife.com

"

Anak tahu, yang dia ada Tuhan yang sangat baik dengannya. Yang kalau apa pun terjadi, first skali yang dia ingat ialah Allah, Tuhannya yang boleh settle kan apa pun masalah.

Sebab dalam hidup ni, ramai orang pandai. Keputusan ujian A berderet, tapi bila ada problem tak pandai nak urus emosi. Terbawa-bawa sehingga ponteng kuliah, hilang hala tuju hidup. Sedangkan Tuhan dah bagi ‘formula’ hidup bahagia:

” iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”

( surah Ar-Ra’d; 28 )

Sebab tu tugas seorang mak ayah yang paling penting ialah supaya Allah ada dalam hati anaknya.

Sebenarnya kita tak perlu jadi ustaz ustazah untuk boleh melakukannya. Kuncinya terletak pada selalu kaitkan anak dengan Allah. Contohnya:

  • Nampak bunga cantik, beritahu anak Tuhan yang cipta bunga yang cantik tu.
  • Anak malas solat, katakan yang Tuhan suka kalau anak solat
  • Anak takut gelap, yakinkan kepada anak yang Tuhan ada dan akan jaga dia
  • Anak suka baca buku, puji dengan mengatakan yang Allah sayang orang yang suka membaca.
  • Anak pandai bina lego, katakan kepandaiannya itu kurniaan Tuhan kepadanya.

Semoga bermanfaat

Penulis: Dr Siti Ujila

Dr Siti Ujila

Merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal danPembinaan, UPM. Minat berkongsi cerita-cerita motivasi dan memberi inspirasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.