Sepanjang tempoh kehamilan, adalah sangat penting untuk ibu-ibu menjaga kesihatan dari setiap aspek. Anda perlu menjaga pemakanan, menjaga pola tidur, menjaga emosi, dan sebagainya.

Salah satu daripada perkara yang akan diperiksa semasa anda mendapatkan rawatan di klinik kesihatan setiap bulan ialah kadar tekanan darah dan tahap hemoglobin dalam darah (hb).

Imej via Bidadari

Mengapa tahapa tekanan darah dan tahap hemoglobin (hb) anda sentiasa dipantau? Ini kerana tekanan dan hb darah yang rendah boleh menjejaskan kandungan anda. Ianya perlu berada pada tahap yang normal. Jika anda mempunyai masalah hb rendah, anda boleh amalkan cara menaikkan hb pada ibu hamil yang akan kami kongsikan sebentar lagi.

Apakah yang dimaksudkan dengan hb rendah semasa mengandung?

Hb rendah semasa mengandung adalah keadaan di mana paras hemoglobin atau sel darah merah anda tidak mencukupi dalam tubuh badan untuk memenuhi keperluan anda dan bayi dalam kandung. Semasa mengandung, tubuh badan memerlukan sel darah merah yang lebih banyak daripada biasa memandangkan kini ada seorang bayi yang menumpang dalam rahim anda.

Hb rendah juga dikenali sebagai anemia, dan juga selalu disebut sebagai darah rendah. Di antara fungsi hemoglobin ialah untuk mengangkung oksigen ke seluruh tubuh badan. Jika anda tidak mempunyai hemoglobin yang secukupnya, tubuh badan anda akan mengalami masalah kekurangan oksigen lalu menyebabkan organ tidak mampu untuk berfungsi dengan sebaiknya. Selain itu hemoglobin juga berfungsi untuk menghantar zat makanan ke seluruh tubuh badan termasuk bayi anda.

Apakah punca hb rendah semasa mengandung?

Di antara punca hb rendah semasa mengandung yang biasanya berlaku ialah:

  • Kekurangan zat besi akibat diet pemakan yang tidak seimbang atau tidak makan vitamin zat besi yang dibekalkan oleh klinik.
  • Kelemahan penyerapan zat besi oleh tubuh badan lalu menyebabkan badan anda tidak mendapat zat besi yang mencukupi.
  • Kesan sampingan akibat rawatan atau ubatan yang tertentu.
  • Faktor bawaan genetik seperti penyakit talasemia.
  • Kehilangan banyak darah seperti pendarahan semasa mengandung.
  • Masalah hemoglobinopathy  iaitu keganjilan hemoglobin dalam darah.
  • Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir semasa mengandung.

Apakah simptom atau tanda hb rendah semasa mengandung?

Di antara tanda yang akan anda alami jika mengalami masalah hb rendah semasa mengandung ialah:

  • Berasa penat yang melampau.
  • Selalu berasa pening atau pitam.
  • Selalu berdebar-debar tanpa punca.
  • Selasa terasa sesak nafas.
  • Kulit, muka, bibir atau tangan anda kelihatan pucat.

Bagaimana cara menaikkan hb pada ibu hamil?

Jika anda mengalami masalah hb rendah semasa mengandung, anda boleh mengatasi masalah tersebut dengan mengamalkan tips yang berikut:

1. Masukkan makanan tinggi zat besi ke dalam diet harian anda

Zat besi membantu tubh badan anda menghasilkan hemoglobin yang baru sekali gus mengatasi masalah hb rendah semasa mengandung. Di antara sumber makanan tinggi  kandungan zat besi yang boleh anda makan ialah:

  • Buah jambu batu
  • Ikan bilis
  • Kurma
  • Tembikai
  • Daging
  • Hati
  • Ayam
  • Bayam
  • Limpa
  • Kerang
  • Ikan
  • Sotong
  • Ikan bilis
  • Pegaga
  • Pucuk paku
  • Kangkung
  • Kailan

2. Mengambil pil hematinik yang dibekalkan oleh klinik kesihatan

Jika anda disahkan mengalami masalah hb rendah semasa mengandung,  biasanya doktor akan mempreskripsikan ubatan khas kepada anda untuk mengatasi masalah ini. Di klinik kesihatan kerajaan, biasanya anda akan diberikan pil hematinik yang terdiri daripada zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks untuk dimakan setiap hari.

Selain 4 jenis pil ini, anda juga mungkin dibekalkan dengan vitamin lain seperti Zincofer atau Iberet. Pastikan anda makan semuaa vitamin yang dibrikan setiap hari mengikut dos yang disarankan oleh doktor agar hb anda kembali normal.

3. Elakkan makanan yang menghalang penyerapan zat besi

Untuk memastikan tubuh badan anda menyerap zat besi dengan lebih efisyen, anda perlu elakkan minuman atau makanan yang boleh menghalang penyerapan zet besi seperti:

  • Kopi
  • Teh
  • Minuman berkola
  • Minuman bercoklat
  • Susu

Pastikan anda tidak ambil minuman berkenaan sekurang-kurangnya dua jam selepas makan pil zat besi dan vitamin yang lain.

4. Makan makanan yang membantu penyerapan zat besi

Cara menaikkan hb semasa hamil yang seterusnya ialah dengan cara mengambil makanan yang membantu meningkatkan tahap penyerapan zat besi oleh tubuh badan iaitu makanan yang kaya dengan vitamin C. Di antara buah-buahan dan sayur yang kaya dengan vitamin C ialah seperti:

  • Jambu batu
  • Limau
  • Oren
  • Betik
  • Tomato
cara menaikkan hb pada ibu hamil
Sumber: Berkeleywellness

5. Berjumpa doktor setiap bulan

Selain itu, adalah sangat penting untuk anda pastikan anda datang ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan ante natal setiap bulan bagi memeriksa tahap hb anda. Adalah sangat penting bagi anda memastikan hb anda berada dalam keadaan normal bagi mengelakkan komplikasi kehamilan seperti keguguran, bayi lahir pra matang, dan pendarahan yang berpanjangan sepanjang tempoh mengandung.

6. Amalkan gaya hidup aktif dan sihat

Cara menaikkan hb bagi ibu hamil yang terakhir ialah dengan cara mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat. Rajinkan diri untuk melakukan senaman ringan. Banyakkan berjalan dan naik tangga. Pada hujung minggu ajak suami anda keluar untuk wondow shopping. Amalan gaya hidup yang aktif dan sihat membantu menaikkan hb anda.

Itulah dia info tentang cara menaikkan hb pada ibu hamil yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, munkin anda juga berminat untuk membaca perkongsian kami tentang asid folik dan makanan dilarang ketika hamil

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.