Wanita mana yang tak inginkan kulit yang putih, cerah, mulus dan berseri. Namun tak semua mampu membeli produk kecantikan atau kosmetik yang mahal. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan cara memutihkan kulit secara semulajadi.

cara memutihkan kulit secara semulajadi

Sumber: Linisehat

1. Tomato

Jika anda membeli tomato untuk dimasak di dapur, jangan lupa untuk beli lebih. Tomato boleh dijadikan sebagai masker untuk memutihkan kulit. Ada 3 cara menggunakan tomato untuk memutihkan kulit iaitu:

  • Belah tomato kepada dua, gunakan satu bahagian. Sapukan ke seluruh kulit muka dan biarkan selama 30 minit sebelum dibasuh.
  • Kisar tomato sehingga halus, jadikan sebagai masker. Tampalkan dimuka selama 30 minit dan cuci sehingga bersih.
  • Kisar tomato sehingga halus, masukkan ke dalam tray ais dan bekukan sehingga menjadi kiub ais. Setiap kali lepas mandi, ambil satu kiub dan sapukan ke seluruh wajah. Ia bukan sahaja akan memutihkan kulit malah membantu menutup pori-pori yang terbuka.

2. Aloe vera

Apabila berbicara tentang dunia kecantikan, semestinya aloe vera akan memunculkan diri. Aloe vera adalah tumbuhan semulajadi yang membantu anda mencerahkan kulit. Jel aloe vera dari pokok adalah jauh lebih berkesan berbanding jel aloe vera yang dibeli di kedai.

Jom kami kongsikan 3 cara menggunakan aloe vera untuk mencerahkan kulit secara semulajadi:

  • Belah aloe vera sehingga isinya yang putih jernih kelihatan. Sapukan aloe vera ke seluruh kulit muka dan biarkan selama 30 minit sebelum dibasuh.
  • Buang kulit aloe vera, ambil isinya. Kisar sehinngg halus, tampalkan dimuka selama 30 minit dan cuci sehingga bersih.
  • Kisar isi aloe vera sehingga halus, masukkan ke dalam tray ais dan bekukan sehingga menjadi kiub ais. Setiap kali sampai di rumah selepas berjemur sepanjang hari, ambil satu kiub dan sapukan ke seluruh wajah. Ia akan membantu mengelakkan anda terkena sunburn dan mengekalkan kulit muka yang cerah.
cara memutihkan kulit secara semulajadi

Sumber: Organicfacts

3. Timun

Timun bersifat sejuk dan sangat membantu untuk memutihkan kulit muka. Anda boleh jadikan timun sebagai masker untuk dipakai sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Caranya ialah ambil 3 inci timun, lenyekkan sehingga hancur. Sejukkan didalam peti ais selama 5 minit, kemudian tampalkan ke muka. Biarka selama 30 minit sebelum dicuci sehingga bersih.

4. Baking soda

Baking soda telah lama digunakan dalam bidang kecantikan. Ia bukan sahaja membantu menghilangkan noda pada kulit, malah sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Namun hati-hati, jangan gunakan baking soda dengan terlalu kerap kerana dikhuatiri akan menghakis kulit muka.

Caranya ialah ambil satu sudu kecil baking soda, bancuh dengan sedikit air dan dijadikan sebagai pencuci muka. Gosokkan ke kulit muka selama 3 minit dan bilas sehingga bersih.

5. Kunyit, yogurt, & madu

Orang india menggunakan kunyit untuk mencerahkan kulit muka. Biasa jumpa orang india yang berkulit gelap tapi kulit wajahnya nampak cerah dan berseri? Kunyit adalah rahsianya. Anda boleh gunakan kunyit sebagai masker. Caranya:

  • Sagat setengah inci kunyit
  • Campurkan kunyit yang telah disagat dengan satu sudu kecil madu dan satu sudu kecl yogurt
  • Kacau sebati
  • Jadikan masker, biarkan selama 30 minit
  • Cuci sehingga bersih

6. Kaolin Clay

Tanah liat digunakan secara meluas untuk tujuan kecantikan. Kaolin clay adalah antara yang terbaik untuk memberikan kesan pencerahan kepada kulit muka. Cara menggunakan kaolin clay sangat mudah. Ambil sedikit kaolin clay, tambahkan air dan sapukan ke wajah sebagai masker. Biarkan selama 30 minit. Cuci sehingga bersih.

cara memutihkan kulit secara semulajadi

Sumber: Youtube

7. Air basuhan beras

Biasa tengok orang simpan air basuhan beras untuk digunakan mencuci muka? Tahukah anda, petua tradisional sejak zaman nenek moyang kita ini sebenarnya sangat berkesan untuk memutihkan muka dan mengecutkan jerawat. Setiap kali membasuh beras, simpan air basuhan yang terakhir. Jangan dibuang tau, rugi.

8. Yogurt & susu segar

Masker yogurt dan susu juga boleh digunakan untuk memutihkan kulit muka. Caranya:

  • Ambil satu sudu besar yogurt asli, campurkan dengan sedikit susu segar
  • Jangan terlalu cair, pastikan kepekatannya sesuai dijadikan sebagai masker
  • Gaul sebati, simpan dalam peti sejuk semalam 5 minit
  • Pakai di wajah sebagai masker selama 30 minit
  • Cuci sehingga bersih
  • Kulit wajah anda akan kelihatan putih, cantik dan berseri

9. Susu segar & susu tepung

Selain yogurt asli, susu segar juga boleh dijadikan masker bersama susu tepung. Masker ini dikatakan sangat berkesan untuk mencerahkan kulit wajah. Caranya:

  • Campurkan satu sudu besar susu tepung bersama sedikit susu segar
  • Jangan terlalu cair, pastikan kepekatannya sesuai dijadikan sebagai masker
  • Gaul sebati, simpan dalam peti sejuk semalam 5 minit
  • Pakai di wajah sebagai masker selama 30 minit
  • Cuci sehingga bersih

10. Betik

Buah betuk bukan sahaja sedap dimakan terutamanya semasa cuaca panas, malah ia juga berkhasiat untuk memutihkan kulit muka, terutamanya bagi mereka yang selalu berjemur bawah cahaya matahari. Caranya:

  • Ambil 3 inci betik
  • Lenyekkan
  • Jadikan sebagai masker
  • Pakaikan di muka selama 30 minit
  • Cuci sehingga bersih

11. Sengkuang

Biasa nampak produk penjagaan kulit berasaskan sengkuang di pasaran? Sengkuang sudah lama digunakan sebagai bahan untuk memutihkan kulit muka. Ia boleh dijadikan sebagai masker. Caranya:

  • Ambil sebelah sengkuang bersaiz kecil
  • Kisar sehingga halus
  • Jadikan sebagai masker
  • Pakaikan di muka selama 30 minit
  • Cuci sehingga bersih
  • Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, lebihkan kalau anda kerap berjemur di tengah panas matahari
cara memutihkan kulit secara semulajadi

Sumber: Vanwhole

12. Limau Nipis

Limau nipis boleh membantu memutihkan kulit muka. Ye ke ni? Betul. Ambil sebiji limau nipis, belah dua dan sapukan ke seluruh kulit muka. Kemudian cuci sehingga bersih. Kulit muka anda akan kelihatan cerah dan berseri.

Itulah dia cara memutihkan kulit cara ssemulajadi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan menyukai perkongsian kami tentang petua hilangkan kelumumur, tips penjagaan muka, dan hilangkan parut jerawat.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.