Bayi yang baru lahir digalakkan untuk minum sus ibu berbanding susu formula. Ini kerana susu ibu lebih khasiat daripada susu formula yang diproses dan dijadikan serbuk susu yang hanya tinggal dibancuh dengan air panas. Jika susu badan telah habis, maka terpaksa lah untuk gunakan susu formula diberi kepada bayi. Tidak semua ibu mempunyai susu badan yang banyak.

Ibu yang suri rumah lebih mudah untuk menyusukan anak berbanding yang bekerja. Ibu yang bekerja akan memerah dahulu susunya kemudian dimasukkan ke dalam botol susu dan di simpan untuk diberikan kepada bayi. Mereka juga perlu membawa alat perahan susu ke tempat kerja untuk memerah susu jika tiba masanya. Jadi ia agak remeh.

Susu badan yang disimpan itu boleh dipanaskan sebelum diberikan kepada si bayi. Tetapi ada cara yang betul untuk memanaskan susu tersebut. Bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai cara memanaskan susu ibu dan perkara yang tidak boleh dibuat. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Cara yang betul untuk memanaskan susu ibu

cara panaskan susu ibu

Imej viaFacebook

Susu yang dipanaskan terlalu lama atau menggunakan suhu yang terlalu tinggi,lebih dikenali ‘Susu Overheat’,boleh mengurangkan Kadar Lemak dalam susu ibu.Disamping boleh mengurang atau memusnahkan zat-zat yang ada dalam susu ibu. Sayanglah kan? Sebab tu penting ya proses suamkan susu ini sebab kita nak kekalkan kebaikan susu ibu ini.

Suhu yang digalakkan untuk suamkan susu adalah 37-40°c.Dipercayai untuk meniru paras suhu tubuh manusia. Susu ibu TIDAK BOLEH dihangatkan di dalam microwave. Sebab-sebabnya :

-Penggunaan microwave semasa menghangatkan susu membuatkan susu tidak disuamkan dengan sekata.Terdapat bahagian yang panas secara berlebihan,’hot spots’,dan sebaliknya..Hot spot ni berisiko mengakibatkan lecur pada mulut bayi.

-Mengawal suhu menggunakan microwave agak sukar dan boleh mengakibatkan Overheat berlaku.

Sebelum suamkan,susu perlulah dicairkan terlebih dahulu.Proses ini digalakkan dibuat secara perlahan bukan secara drastik. Cara-caranya :

-Malam sebelum susu digunakan,susu dari frozen dikeluarkan mengikut sistem FIFO(First In First Out)

-Lalukan dibawah air atau rendamkan susu didalam semangkuk air,kemudian masukkan ke bahagian chiller.

-Jika menggunakan plastic storage,digalakkan untuk transfer susu ke dalam botol susu apabila susu sudah cair.

-Suamkan susu menggunakan nisbah 1:2..1 bahagian air panas didih dicampurkan dengan 2 bahagian air paip.-Nisbah ini sangat bersesuaian dan anda akan dapat sekitar 37°c,nisbah yang disarankan untuk suamkan susu ibu
atau gunakan warmer yang banyak dijual di pasaran.Tapi ingat,jangan letak berlama-lama pula dalam warmer,overheat nanti.

Nak suamkan susu juga tak boleh guna air panas dari mesin air ya,sebab suhu air panas dari mesin air ni biasanya lebih dari 40°c.Memang akan overheatlah susu tu. Sebab ramai ibu kongsikan mereka guna air panas semata dari mesin air. Hasilnya, susu overheat.

Saya pernah cuba guna mesin air yang sedia ada di rumah. HQ bagitahu suhu air panas mereka sekitar 80°c,saya perlu dilute 1:5 bahagian air paip,baru dapat suhu 40°c.. Jadi nak guna juga,anda kena cuba sendiri. Lain jenama dan model, lain ya suhu air panas mereka.

Kalau tak nak suamkan susu, boleh tak? Boleh saja,tiada masalah pun.Bergantung pada penerimaan baby tu sendiri. Boleh keluarkan awal dalam 15-30minit sebelum waktu bayi minum untuk kurangkan sejuk. Susu dah disuamkan bertahan hanya SEJAM saja selepas disuamkan.Kalau baby tak minum,kena buang. Jadi suamkan apabila perlu dan kuantiti yang diperlukan sahaja ya.

Susu dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, ia perlu habiskan dalam tempoh 24 jam apabila dicairkan. Oleh itu, digalakkan simpan susu mengikut perfeed atau 2-3 kali feed ikut keperluan anak.Jadi cairkan,terus bahagi dan habiskan. Susu tidak boleh disuamkan 2 kali.

Perkara yang tidak boleh dibuat

Campurkan susu dengan air panas

Masak susu atas dapur

Meletakkan susu dalam warmer berpanjangan

Rendam susu dalam air panas didih atau

Hangatkan ia dalam microwave dan lain-lain.

*Jadi bagi ibu yang bekerja, jika ingin panaskan susu badan, pastikan cara anda adalah betul dan tidak memudaratkan khasiat susu badan. Jika ingin panaskan susu badan tetapi tidak tahu caranya, boleh cuba ikuti langkah ini. Ia lebih selamat dan tidak memudaratkan khasiat susu. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.