Anda mengalami masalah rambut gugur yang teruk selepas melahirkan anak? Perubahan hormon yang berlaku semasa tempoh mengandung, melahirkan dan menyusukan anak merupakan punca utama anda rambut anda semakin berkurangan.

Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan cara melebatkan rambut yang dijamin berkesan.

cara melebatkan rambut

Sumber: Arynews

1. Aloe vera

Anda ada pokok aloe vera di rumah? Boleh gunakannya untuk melebatkan rambut. Caranya ialah:

  • Ambil sebatang aloe vera, buang kulitnya sehingga nampak isi jeli berwarna putih
  • Sapukan isi jeli aloe vera ke kulit kepala dan seluruh rambut
  • Urut kepala
  • Biarkan seketika
  • Bilas sehingga bersih

2. Santan kelapa

Orang dulu-dulu mempunyai ramput yang lebat, hitam, dan berliau. Rahsianya ialah santan kelapa. Nak tahu cara menggunakan santan kelapa untuk melebatkan rambut? Begini caranya:

  • Ambil setengah cawan santan kelapa pekat
  • Ratakan ke seluruh kulit kepala & rambut
  • Urut kulit kepala
  • Balut rambut dengan shower cap atau tuala
  • Biarkan selama sejam
  • Bilas dengan bersih
  • Amalkan setiap minggu, rambut anda akan lebat semula

3. Minyak kelapa dara

Selain santan kelapa, minyak kelapa dara juga sangat baik untuk melebatkan rambut. ia berfungsi untuk menguatkan akar rambut untuk mengelakkan keguguran rambut yang banyak dan merangsang peetumbuhan anak rambut yang baru. Cara menggunakannya ialah sapukan minyak kelapa dara ke kulit kepala dan seluruh rambut setiap hari.

4. Minyak argan

Minyak argan membantu meningkatkan peredaran darah di kulit kepala dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut. Selain itu, minyak argan juga menguatkan folikel rambut supaya tidak mudah tercabut dan gugur. Sapukan minyak argan ke seluruh kulit kepala dan rambut sebelum tidur setiap malam.

5. Minyak zam-zam

Anda kenal minyak zam-zam? Orang tua zaman dahulu suka pakai minyak ini. Baunya agak kuat dan mungkin memeningkan kepala namun khasiatnya untuk melebatkan rambut tidak dapat disangkal lagi. Kalau anda nak rambut yang lebat, bolehlah amalkan minyak zam-zam. Anda boleh beli minyak ini di kedai runcit.

6. Daun bunga raya

Daun bunga raya bukan sahaja membantu menghilangkan sakit kepala malah ia juga melebatkan rambut. Caranya:

  • Ambil 10 helai daun bunga raya
  • Masukkan ke dalam segayung air
  • Ramas daun bunga raya sehingga keluar lendirnya
  • Gunakan air ramasan daun bunga raya tadi untuk membasuh kepala
  • Urutkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih
cara melebatkan rambut

Sumber: Gosocio

Satu lagi cara yang boleh anda gunakan ialah dengan menampal pes daun bunga raya ke rambut. Caranya ialah:

  • Ambil 10 helai daun bunga raya
  • Kisar sehingga halus
  • Tapiskan air, ambil hampasnya
  • Ratakan pes daun bunga raya ke rambut & kulit kepala
  • Balut rambut dengan shower cap atau tuala
  • Biarkan selama satu jam
  • Bilas sehingga bersih

7. Minyak rosemary

Minyak roermary bukan sahaja mempunyai aroma yang harum malah ia juga merangsang pembuluh darah di kulit kepala supaya peredaran darah berjalan dengan lebih lancar. Apabila peredaran darah di kulit kepala berjalan dengan lancar, masalah keguguran rambut juga akan berkurangan lalu rambut anda akan menjadi lebat. Sebagai tmabahan, rambut anda juga akan berbau harum.

8. Kurangkan stress

Selain perubahan hormon, stress juga merupakan punca utama anda mengalami masalah keguguran rambut yang teruk. Sekiranya anda inginkan rambut yang lebat, tebal, dan cantik, kawal stress anda. Kami faham, di zaman serba mencabar ini, stress merupakan sesuatu yang sukar untuk dielakkan.

Namun anda boleh mengawal stress dengan berusaha untuk menjadi lebih positif dan amalkan sikap take it easy.

9. Makanan kaya dengan zink

Sekiranya anda pergi ke klinik atau salon untuk rawatan keguguran rambut, biasanya anda akan diberikan supplemen zink kerana zink membantu menguatkan folikel rambut dan mengatasi masalah keguguran rambut. Selain menggalakkan pertumbuhan anak rambut. Oleh itu, kalau anda nak rambut yang lebat, bolehlah ambil makanan yang kaya dengan zink seperti kacang kuda, daging, hati, avokado, almond, bayam, dan telur.

10. Makanan kaya dengan zat besi

Selain zink, zat besi juga mampu melebatkan rambut anda dengan cara mengurangkan masalah rambut gugur. Anda boleh mendapat zat besi dari makanan seperti bayam, tiram, kacang merah, tomato, kentang, daging lembu, ikan, hati, kekacang, dan sayuran hijau.

11. Makanan kaya dengan vitamin C

Makanan yang kaya dengan vitamin c membantu menguatkan rambut. Ia juga kaya dengan antioksida dan membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik. Di antara makanan yang tinggi kandungan vitamin c ialah jambu batu, oren, brokoli, betik, kiwi, dan strawberi.

cara melebatkan rambut

Sumber: Naturalfoodseries

12. Makanan kaya dengan vitamin A

Vitamin A bukan sahaja bagus untuk kesadan,.ihatan mata malah dia juga menguatkan rambut sehingga ke akar dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut. Di antara makanan yang kaya dengan vitamin A ialahlobak merah, kobis, labu, bayam, aprikot, mangga, telur, hati, daging lembu, dan susu segar.

13. Makanan kaya dengan biotin

Kekurangan biotin dalam badan akan menyebabkan rambut anda menjadi reput, rapuh, tidak kuat, dan mudah tercabut dari kulit kepala. Ini kerana biotin membantu menguatkan akar rambut.

Oleh itu, mengambil makanan yang tinggi kandungan biotin sememangnya membantu melebatkan rambut anda. Di antara makanan yang tinggi biotin ialah badam, telur, kacang tanah, avokado, lobak merah, tomato, daging merah, ikan salmon, ubi kedek, bawang merah, mangga, dan brokoli.

Itulah dia cara melebatkan rambut yang ingin kami kongsikan kepada anda. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang cara hilangkan kutu rambut, petua rambut gugur , dan petua hilangkan kelumumur .

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.