Rambut adalah mahkota seorang wanita. Rambut yang lebat, hitam, berkilat, dan beralun adalah idaman setiap wanita. Namun semakin usia meningkat, rambut akan menjadi semakin kurang akibat masalah keguguran.

Wanita yang baru melahirkan dan menyusukan bayi akan mengalami masalah keguguran rambut yang lebih kritikal. Nak tak kalau kami kongsikan cara melebatkan rambut dengan cara semulajadi yang mudah dan dijamin berkesan.

cara melebatkan rambut
Sumber: Novomed

Aloe vera

Aloe vera adalah pokok dengan 1001 kegunaan yang wajib ada di setiap rumah. Tahukah anda bahawa aloe vera juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk melebatkan rambut? Caranya juga sangat mudah. Ambil sebatang aloe vera, keluarkan jel di tengahnya. Hancurkan jel tadi dah sapukan ke kulit kepala. Balut dengan tuala mandi, dan biarkan selama 30 minit sebelum dibasuh dan bersyampu seperti biasa.

Selain menyapukan jel aloe vera ke kulit kepala, anda juga boleh amalkan makan satu sudu jel aloe vera setiap pagi semasa perut kosong. Aloe vera akan menguatkan akar rambut bagi mengurangkan masalah keguguran dan dalam masa yang sama akan menggalakkan pertumbuhan anak rambut yang baru.

Daun inai

Biasanya kita dengar orang gunakan daun inai untuk mewarnakan uban. Namun tahukah anda bahawa selain mewarnakan rambut, daun inai juga membantu untuk melebatkan rambut dengan cara semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan. Apa yang anda perlukan ialah segenggam daun inai dan sedikit air. Caranya:

  • Ambil segenggam daun inai, bersihkan.
  • Masukkan ke dalam blender bersama sedikit air dan kisar sehingga halus dan menjadi pes. Jangan terlalu cair.
  • Sapukan pes inai tadi ke seluruh kepala. Pastikan seluruh kulit kepala dan rambut dilitupi oleh pes inai tadi.
  • Pakai shower cap atau balut kepala dengan tuala lama yang tidak digunakan lagi kerana inai akan membuatkan tuala tadi berwarna merah.
  • Biarkan selama dua jam.
  • Basuh kepala dan syampu seperti biasa.

Santan kelapa

Santan kelapa adalah bahan semulajadi yang sangat berkesan untuk melebatkan rambut. Ianya bukan sahaja murah malah dijamin berkesan. Apa yang anda perlukan ialah setengah cawan santan dan sehelai tuala bersih. Caranya:

  • Biarkan santan sehingga menjadi suhu bilik.
  • Sapukan santan tadi ke seluruh kulit kepala dan keseluruhan rambut.
  • Urut kulit kepala supaya santan meresap ke dalam kulit.
  • Sikat rambut bagi memastikan setiap rambut diliputi santan dari akar sehingga ke hujung.
  • Balut kepala dengan tualah bersih.
  • Biarkan selama 30 minit sehingga 2 jam.
  • Basuh kepala, dan bersyampu seperti biasa.
  • Lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Rambut anda akan menjadi kuat dan susah untuk putus dan anak rambut akan mula tumbuh.
cara melebatkan rambut
Sumber: Panganpedia

Minyak argan

Minyak argan adalah sejenis minyak yang berasal dari pokok argan yang cuma terdapat di Morocco, Afrika Selatan. Ianya tiada di tempat lain. Minyak argan telah digunakan untuk kecantikan rambut sejak 200 tahun yang lalu. Tak hairanlah kalau wanita Morocco rata-rata mempunyai rambut yang lebat, tebal, dan cantik.

Anda boleh jadikan minyak argan sebagai salah satu rutin penjagaan rambut setiap hari. Setiap kali selepas mandi, keringkan rambut. Kemudian sapukan minyak argan ke kulit kepala dan sekeluruhan rambut. Ia akan membantu menguatkan rambut dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut yang baru.

Kulit oren

Biasanya bila makan buah oren, kulitnya terus dibuang ke dalam tong sampah. Selepas ini, anda boleh simpan kulit oren yang harum tersebut kerana kulit oren sememangnya terbukti berkesan untuk mengatasi masalah keguguran rambut. Caranya juga sangat mudah. apa yang perlu anda lakukan ialah:

  • Tumbuk kulit oren sehingga menjadi pes.
  • Campurkan sedikit air.
  • Sapukan pes kulit oren tadi ke kulit kepala.\
  • Urut perlahan.
  • Biarkan selama 15 minit sebelum dibasuh dan bersyampu seperti biasa.
  • Lakukan sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Masalah keguguran rambut anda akan berkurangan.

Minyak kelapa

Biasanya minyak kelapa digunakan di dapur untuk memasak. Namun tahukah anda bahawa minyak kelapa juga boleh digunakan sebagai pelebat rambut semulajadi. Apa yang anda perlukan hanyalah sedikit minyak kelapa dan sehelai tuala yang bersih. Caranya:

  • Panaskan 3 sudu minyak kelapa di atas dapur sehingga menjadi panas apabila disentuh. Jangan terlalu panas kerana akan menyebabkan berlaku lecuran.
  • Ambil minyak panas tadi, sapukan ke kulit kepala dengan hujung jari. Urut perlahan. Pastikan seluruh kepala dipenuhi dengan minyak kelapa tadi.
  • Balut kepala dengan tuala bersih dan biarkan selama 30 minit.
  • Basuh kepala dan syampu seperti biasa.
  • Lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Rambut anda akan semakin lebat dan tebal.
cara melebatkan rambut
Sumber: Tribunnews

Telur

Cara melebatkan rambut yang seterusnya ialah dengan menggunakan telur. Dengar macam pelik kan? Tapi percayalah bahawa ianya berkesan. Apa yang anda perlukan hanyalah sebiji telur. Caranya:

  • Basahkan kulit kepala dan rambut.
  • Pecahkan sebiji telur, masukkan ke dalam mangkuk dan kacau sehingga telur sebati.
  • Sapukan telur tadi ke seluruh kulit kepala dan rambut.
  • Biarkan selama 20 minit.
  • Basuh dengan air suam dan syampu bagi menghilangkan bau hanyir telur.
  • Telur akan menguatkan rambut dan mengelakkan masalah keguguran rambut yang teruk.

Itulah dia cara melebatkan rambut yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang petua menghilangkan toksin dan petua halau cicak

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.