Miss V atau faraj berbau adalah sesuatu yang sangat memalukan. Sebagai seorang wanita, penjagaan kebersihan diri perlu di beri perhatian terutama pada bahagian miss v ini. Cara jaga miss v dan cara wangikan miss v untuk atasi masalah faraj berbau perlu di buat selalu untuk kesihatan dan masa depan sendiri.

Setiap wanita kena sedar yang penjagaan miss v ini bukan suatu perkara yang boleh dipandang remeh. Di sini akan dikongsikan beberapa tips penjagaan miss v dan semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak panduan pada wanita lain di luar sana.

cara jaga miss v
[ image via : Hello Doktor ]

Miss V Boleh Berbau Busuk Akibat 6 Kesalahan Ini

Ini adalah beberapa kesilapan yang dilakukan oleh wanita dalam cara penjagaan miss v.

  1. Memakai pakaian dalam terlalu lama
  2. Memakai pakaian dalam dari jenis fabrik yang tidak menyerap peluh
  3. Pakai pakaian yang tidak kering sepenuhnya (masih basah)
  4. Memakai pakaian yang ketat
  5. Tidak keringkan miss v dengan tuala bersih setiap kali membasuhnya
  6. Malas tukar tuala wanita ketika hari didatangi darah

Cara Jaga Miss V Untuk Kekal Sihat Dan Harum Selalu

#1 – Jangan Basuh Miss V Dengan Sabun Mandi Biasa

Jangan basuh miss V dengan sabun mandi biasa atau shower gel sebaliknya miss V perlu dibersihkan dengan sabun pewangi miss V yang khas untuknya saja. Ini bagi memastikan miss V tidak mengalami kekeringan dan iritasi kulit hingga menjadi gatal. Tak susah pun kerana di pasaran ada banyak jenis sabun pewangi miss V yang boleh di beli.

#2 – Beli Sabun Pewangi Miss V Yang Sesuai Dengan pH Kulit

Antara tips untuk beli sabun pewangi miss V yang betul adalah pada manfaatnya sama ada boleh merapatkan ataupun tidak, pada ramuannya sama ada dari bahan alami seperti sireh dan sebagainya serta wangiannya sama ada kena dengan citarasa sendiri ataupun tidak.

Jika jumpa mana-mana sabun pewangi miss V yang disukai maka bolehlah di beli untuk kegunaan diri sendiri. Pastikan juga pH nya sesuai.

#3 – Cuci Miss V Dengan Air Sireh

Cara menghilangkan bau miss V yang seterusnya adalah dengan membasuhnya dengan air sireh. Sireh memang telah lama digunakan secara turun temurun untuk merapatkan kembali miss V dan juga untuk mengurangkan masalah keputihan.

Caranya ambil beberapa helai daun sireh segar, ramaskan di dalam air dan kemudian bolehlah digunakan untuk basuh kawasan miss v sepenuhnya.

#4 – Tukar Pad Selalu Pada Hari Haid Yang Tenat

Setiap wanita dinasihatkan untuk selalu tukar tuala wanita ketika haid terutama di hari darah banyak keluar. Haid itu sendiri adalah darah kotor dan dengan membiarkan tuala wanita dipakai dalam masa yang lama boleh menyebabkan kuman membiak pada kawasan miss v.

#5 – Pakai Pakaian Dalam Yang Bersih Dan Longgar

Kebersihana itu kunci utama untuk kekal sihat dan wangi. Sebab itu pakaian dalam wajib kena tukar dan tidak boleh di pakai lebih daripada 24jam.

Seluar dalam yang tidak di tukar begini hanya akan mengumpul bakteria yang boleh mendatangkan masalah bau. Ohya, kena pastikan juga pakaian dalam tidak ketat dan dari fabrik yang selesa supaya miss v boleh ‘bernafas’ dengan baik.

cara jaga miss v
[ image via : Healthline ]

#6 – Kurangkan Pengambilan Minuman dan Makanan Yang Manis

Untuk pengetahuan, pengambilan minuman dan makanan yang manis boleh menyebabkan kandungan gula yang tinggi dalam badan. Kandungan gula ini pula boleh meningkatkan lagi penghasilan bakteria dan jangkitan kulat yang boleh menjadi punca kepada masalah faraj berbau.

#7 – Trim Rambut Halus Pada Permukaan Miss V

Rambut halus yang ada pada bahagian miss v jangan dibiarkan. Kena trim dan potong pendek selalu. Rambut ini jika dibirkan boleh menjadi kawasan merangkap peluh yang boleh menyebabkan pembiakan bakteria. Pastikan cukur atau gunting rambut halus pada kawasan tersebut secara kerap untuk mendapatkan miss v yang lebih bersih.

#8 – Mandi Sehingga Betul Bersih Dari Hujung Kaki Ke Hujung Rambut

Mandi, ya mandi. Mandi untuk bersihkan diri ini kenalah betul-betul bersih dan gunakan sekali sabun mandi yang wangi dan ada fungsi bersihkan bakteria sekali. Gosok sekali bahagian tubuh tu dan jangan lupa gunakan juga pembersih wangi khas untuk miss v dengan shampoo rambut yang sesuai untuk bau yang wangi dan segar pada keseluruhan tubuh.

Makanan Yang Perlu Dihindari Agar Miss V Tidak Berbau

Cara untuk menghilangkan bau miss V ini ada banyak sebenarnya dan kalau nak tahu, makanan juga boleh menjadi penyebab kepada bau kurang enak pada bahagian miss v. Di sini akan dikongsikan beberapa makanan yang perlu dihindari agar miss v tidak berbau.

Antara makanan yang perlu di elak itu adalah :

  • Petai – boleh menyebabkan bau busuk
  • Bawang – memberikan bau yang kurang enak
  • Kopi – kafein yang ada pada kopi boleh menyebabkan pH tidak seimbang
  • Alkohol – akan menyebabkan vagina menjadi kering

Miss V Ini Mahkota Wanita, Jagalah Ia Dengan Rapi Dan Betul Demi Diri Sendiri Dan Suami

Dear ladies, baik yang dah kahwin atau masih gadis, baik dara mahupun janda, ingatlah yang miss v itu adalah aset penting untuk wanita. Sebagai perempuan kena jaga miss v selalu sama macam jaga wajah. Praktik cara jaga miss v yang dikongsikan.

Jangan sesekali malas dan pandang remeh kerana miss v merupakan antara aset berharga yang Allah SWT kurniakan untuk para perempuan. Baca juga cara untuk lembutkan rambut tanpa perlu ke salon, cara elak wajah berkedut, dan cara kira waktu subur untuk elakkan kehamilan.

Sumber :

Wanista

Nona

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.