Keguguran rambut bukan lagi perkara asing bagi wanita. Wanita yang bertudung atau pun tidak bertudung semestinya akan mengalami masalah rambut gugur samada banyak atau sikit. Maka, penjagaan rambut wanita lebih terperinci daripada lelaki.

Tetapi lain pula bagi wanita yang baru lepas bersalin. Mereka akan mengalami keguguran rambut yang lebih banyak berbanding sebelum bersalin. Jangan risau kerana ia adalah perkara yang normal akan berlaku kepada setiap wanita selepas bersalin. Mengapakah perkara tersebut berlaku?

Adakah ada jalan penyelesaiannya?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 cara untuk elakkan keguguran rambut yang banyak selepas bersalin. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

elak keguguran rambut lepas bersalin

Imej via mstar.com

Perkara yang ibu-ibu perlu tahu

Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh kehilangan antara 50-100 urat rambut setiap hari. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut. Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik sahaja bayi mencecah umur setahun.

Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih sedar akan masalah ini.

Cara untuk elakkan keguguran rambut

👉Teruskan mengambil makanan yang berkhasiat serta kaya dengan protein dan zat besi.

👉 Elakkan membuat rawatan rambut seperti melurus dan mengerintingkan rambut.

👉 Elakkan menggunakan bahan kimia seperti mewarna rambut sehingga lah rambut kembali normal.

👉 Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

👉 Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

*Berikut adalah cara-cara untuk elakkan keguguran rambut yang banyak. Rambut gugur adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Maka, selepas bersalin perlu mengambil makanan yang sihat dan kurangkan pengambilan garam dan gula yang berlebihan. Oleh kerana itu, selepas bersalin wanita perlu berpantang untuk mendapatkan semula tubuh badan yang asal. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.