Cara elak kedut! Haa siapa yang tak suka untuk terus nampak muda. Kalau nak tahu, kita boleh elak wajah berkedut seperti elakkan dari berjemur di bawah matahari kerana ia akan merosakkan sel kulit tetapi dalam masa yang sama kita perlu lakukan juga langkah yang lain untuk atasi masalah kedutan di wajah ini.

cara elak wajah berkedut
image via : Youtube

Semua Wanita Patut Cuba Cara Untuk Elak Wajah Berkedut

Anda juga mahu kulit wajah kekal kelihatan tegang dan berseri walau usia semakin lanjut? Jika ya maka anda bolehlah cuba pelbagai cara yang ada. Tak dinafikan jalan paling cepat dan senang adalah dengan membuat suntikan botox bagi yang punya wang tetapi hakikatnya masih lagi ada tips lain yang lebih bersifat semulajadi. 

Sebelum itu, anda harus tahu yang kulit kering serta peningkatan usia adalah antara penyebab utama masalah kulit kedut. Maka, lakukanlah beberapa rahsia amalan khas untuk kembalikan kelembapan pada wajah untuk elak wajah dari masalah berkedut ini. Antara rahsia tersebut adalah :

1.    Guna Beras

Kandungan kanji asli didalam beras adalah selamat digunakan malah beras bersifat elastic sangat sesuai untuk menegangkan serta membuat kulit muka menjadi anjal.

Caranya: ambil segengam beras, di basuh 1 kali dan kemudian di rendam buat semalaman supaya menjadi lebih lembut dan kembang.  Kemudian toskan beras tersebut dengan penapis hingga kering dan kemudian di tumbuk sehingga benar-benar halus seakan tepung.

Ambil sedikit dan campurkan susu segar, digaul hingga sebati dan sapukan ke seluruh muka seakan memakai masker selama 15 hingga 20 minit.  Bilas muka dengan air suam dan dapat kita rasa kelembutan pada kulit wajah. Disarankan menggunakan mastker beras ini 3 kali seminggu untuk melihat kesan yang menakjubkan.

2. Putih Telur Ayam Kampung

Telur ayam kampong mengandungi khasiat, nutrisi serta vitamin E yang mampu membantu menegangkan kulit muka serta membantu kulit muka lebih putih dan tegang. Selain ianya murah, ianya agak mudah didapati dan tanpa bahan campuran

Caranya: asingkan putih telur dari kuning telur dan kemudian sapukan putih telur pda muka secara menyeluruh.  Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan pastikan ianya betul-betul kering. Bilas muka dengan air suam sehingga bersih.  Sebaiknya gunakan masker putih telur ini selama sebulan dan rasainya kelainan pada kulit muka kita

3. Batang Pokok Lidah Buaya

Khasiat lidah buaya memang cukup dikenali dan sering digunakan didalam produk kecantikan muka.

Caranya: Kerat sebatang daun lidah buaya, asingkan isi yang jernih dan kemudian disapukan ke bahagian muka sehingga menyeluruh.  Biarkan ianya kering dalam 20 minit dan bilas muka dengan air suam. Lakukan sebanyak 3 kali seminggu dan kesannya pasti tidak mengecewakan dan lakukan secara konsisten selama sebulan

4. Makan Ikan

Makankan terutama ikan salmon yang kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang boleh membantu keanjalan kulit sekaligus mengelakkan kedutan pada kulit wajah. 

5. Tukar Minuman Kegemaran Dari Kopi kepada Koko

Kandungan antioksidan dalam koko membantu pengaliran darah di dalam badan dan seterusnya mengatasi masalah kekurangan air serta menajdaikan kulit sentiasa lembap

6. Madu

Punya ciri pelembap dan anti bakteria dengan pelbagai khasiat yang tersembunyi dan enzim yang terkandung didalam madu membantu kulit lebih tegang dan bersinar.

Caranya: Sapukan madu di muka secara menyeluruh dengan beberapa lapisan.  Biarkan selamat 15 hingga 20 minit, kemudian di bilas dengan air suam sehingga bersih. Lakukan sebanyak 3 kali seminggu dan pasti teruja dengan hasil kulit yang menegang dan bersinar.

Pastikan madu yang di ambil merupakan madu asli tanpa bahan campuran atau madu kelulut yang punya fungsi yang sama.

7. Banyakkan Pengambilan Buah-buahan dan Sayuran

Jadikan kebiasaan memakan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A, E dan C kerana ianya mampu menghindarkan kulit dari menjadi kering malahan akan membuatkan kulit kita sihat dan lembap.

8. Guna Krim Pelembap

Gunalah krim pelembap yang mempunyai minimum SPF-30 bagi mengatasi masalah kulit kering kerana selain kekerapan kita berada di persekitaran berhawa dingin mahupun di bawah sinaran matahari akan membuatkan kulit kita mudah kekeringan jadi krim pelembap dengan vitamin C membantu melindungi serta mengekalkan kelembapan kulit wajah.

9. Elak Sabun atau Cecair Mandian Yang Tidak Sesuai

Selain pelembap, pastikan sabun atau cecair mandian yang digunakan mengandungi pH seimbang, sesuai keadaan kulit dan elakkan sabun yang sifatnya terlalu kuat yang boleh mengeringkan kulit

10. Minum Banyak Air Kosong Tiap Hari

Pengambilan air yang secukupnya mampu membuatkan kulit kita lembab tampa malah meminum 8 gelas air sehari dapat menyingkirkan segala kekotoran dan memenuhi keperluan kulit kita.

Cara Elak Wajah Berkedut Elok Dimulakan Sejak Awal

cara elak wajah berkedut
Foto Kredit : istyle.id

Sebaiknya, wajah perlu di beri penjagaan yang baik sejak dari usia muda lagi. Paling afdal semasa dalam peringkat usia 20an dan ke atas. Namun jika dulu tidak biasa dan kini baru ingin bermula pun tidak mengapa. Asalkan anda ada kemahuan dan kerajinan untuk itu maka lakukanlah mengikut kehendak anda sendiri.

Apapun, amalan rahsia untuk cara elak wajah dari berkedut ini boleh dilakukan oleh sesiapa saja. Isteri tu jika sedang buat pada wajah sendiri apa salahnya letak sekali kat wajah suami. Tapi awas ya para suami jangan pula nanti bila dah makin hensem cawangan baru pula yang ingin di buka nanti. Jom baca juga

Sumber :

Eh!

Hijabista

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.