Biasa dengar perkataan cagu tapi tak pasti apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan cagu? Selalu orang kata cagu ni sakit dan susah nak hilang betul ke? Apa puncanya? Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang cagu.

Apa yang dimaksudkan dengan cagu?

cagu

Imej via :TheDiagnosa

Cagu atau cengkam kuku adalah keadaan di mana kuku dibahagian tepi tumbuh dan masuk ke dalam daging lalu memakan isi kaki lalu menyebabkan bahagian tersebut menjadi luka dan menyebabkan kesakitan. Ia bukan sahaja akan menyebabkan kesakitan malah akan menyebabkan kuku anda berubah.

Ia akan kelihatan memburuk, hitam, atau patah. Malah cagu juga boleh menyebabkan kuku anda berbau seperti mereput. Cagu boleh berlaku pada kuku kaki dan juga kuku tangan, namun kebiasaannya ia akan berlaku pada kuku kaki.

Apakah punca cagu terjadi?

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan anda mengalami cagu dan kebanyakan puncanya adalah biasa kita lakukan tanpa kita sedari. Tak percaya? Di antara punca cagu ialah:

  1. Memotong kuku terlalu pendek. Apabila anda memotong kuku dengan terlalu pendek ayau terlalu dalam, ia akan menyebabkan isi kuku anda terdedah lalu terjadilah cagu.
  2. Memotong kuku dalam bentuk membulat. Cara memotong kuku yang betul ialah dengan cara memotong dalam garisan lurus dan bukannya dalam keadaan membulat. Ini kerana jika anda memotong kuku dalam keadaan membulat, kuku di bahagian tepi akan mencengkam isi lalu menyebabkan cagu.
  3. Jangkitan kuman, kulat atau bakteria pada kuku juga boleh menyebabkan kuku mengalami cagu.
  4. Selain itu, jangkitan kuman, kulat atau bakteria pada isi di sekeliling kuku juga adalah punca cagu.
  5. Aktiviti sukan seperti bola sepak di mana kuku kerap diasak dengan bola yang keras juga boleh menyebabkan cagu.
  6. Suka menggigit kuku. Apabila anda gemar menggigit kuku, secara tidak sedar anda akan menggigit dan menarik kuku lalu menyebabkan berlakunya koyakan pada kuku. Koyakan pada sisi atau tepi kuku akan menyebabkan pertumbuhan kuku yang tajam dan memakan isi lalu menyebabkan anda mengalami cagu.
  7. Memakai kasut yang terlalu kecil akan menyebabkan kuku anda tertekan lalu terjadinya darah beku. Darah beku tadi akan bertukar menjadi cagu. Anda akan mengalami kesakitan yang teramat sehingga tidak mampu untuk memakai kasut yang tertutup kerana ia akan menekan kuku yang cedera tadi.

Apakah tanda cagu?

Apabila kuku seseorang telah terkena cagu, berikut adalah tanda-tanda yang biasanya akan ditunjukkan oleh tubuh badan iaitu:

  1. Sakit pada isi. Bahagian tepi kuku yang bercagu akan terasa sangat sakit malahan tidak boleh disentuh langsung. Apatah lagi jika memakai kasut bertutup.
  2. Isi menjadi bengkak.
  3. Isi menjadi merah.
  4. Isi terasa panas apabila disentuh.
  5. Kuku menjadi reput dan mudah patah.
  6. Kuku menjadi hitam. Ia adalah petanda bahawa jangkitan kuman sudah berlaku.
  7. Kuku berbau busuk.
  8. Kuku bernanah atau mengeluarkan air yang berbau busuk.

Apakah rawatan untuk menghilangkan cagu?

Jika anda mengalami cagu, berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan cagu yang menyakitkan dan memalukan.

  1. Antibiotik. Jika cagu berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman atau bakteria, doktor akan memberikan anda antibiotic untuk disapu pada bahagian yang bercagu. Sapu antibiotic secara konsisten agar cagu anda hilang.
  2. Antifungal. Jika cagu berlaku disebabkan oleh jangkitan kulat, doktor akan memberika  antifungal untuk disapu pada bahagian yang bercagu.
  3. Ubat anti radang. Menyapu atau makan ubat anti radang akan menghilangkan sakit berdenyut yang dirasai pada cagu.
  4. Ubat anti bengkak akan membantu menghilangkan bengkak pada isi yang bercagu, Apabila bengkak kurang, rasa sakit juga akan berkurangan.
  5. Rendaman air suam. Sambil menonton televisyen atau berehat, anda boleh rendam kaki dalam air suam. Biarkan kuku yang bercagu terendam sehingga air menjadi sejuk.
  6. Rendaman air suam dan garam bukit. Anda juga boleh mencampurkan sedikit garamm bukit ke dalam air suam sebagai air rendaman untuk merendam kaki anda. Lakukan 3 kali sehari untuk kesan yang lebih cepat.
  7. Selain garam bukit, anda juga boleh memasukkan beberapa titis cuka epal ke dalam air suam lalu merendam kuku yang bercagu. Cuka epal membantu membunuh kuman dan bakteria yang menjadi punca jangkitan.
  8. Daun Inai. Ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus. Kemudian balut jari yang terkena cagu. Balut dengan plastik. Biarkan sehingga inai tadi kering.
  9. Daun Keembung Putih . Ambil 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus. Balutkan kuku bercagu dan balut dengan  plastic. Biarkan sehingga kering seperti inai tadi.
  10. Santan pekat juga membantu menghilangkan cagu. Caranya perah santan pekat ke atas cagu dan biarkan sehingga kering. Ia akan membantu menghilangkan cagu yang anda alami.

Bagaimana untuk mencegah cagu dan mengelakkan daripada berulang?

Bagi memastikan cagu tidak berulang lagi, pastikan anda tidak:

  1. Memotong kuku dengan terlalu pendek
  2. Memotong kuku dalam bentuk membulat.
  3. Memakai kasut yang terlalu ketat.
  4. Menggigit jari.
  5. Jangan abaikan kebersihan kuku, terutamanya kuku kaki.

Itulah dia info tentang cagu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda telah terkena cagu, menjaga kebersihan kuku terbabit adalah sangat penting agar proses penyembuhan dapat berlaku dengan kadar yang segera. Anda sukakan perkongsian kami tentang cagu? Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel kami tentang penyakit pneumonia, punca penyakit asma, dan bahaya rotavirus.

Sumber:

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.