Pernah terfikir bunga apakah yang paling cantik di dunia?

Tiada bunga yang paling indah selain dirimu…

bunga tercantik di dunia
Imej via [blogunik]

Wanita seringkali dikaitkan sebagai bunga tetapi kita terlupa bahawa tidak semua bunga itu indah. Di antara spesis bunga yang terdapat di dunia, pasti ada bunga yang paling cantik dan indah menjadi kesukaan ramai biarpun ia jarang ditemui dan tak pernah dilihat di depan mata.

Bunga tercantik di dunia yang jarang didedahkan ini membuktikan bahawa khazanah alam di bumi ini sangat indah dan cantik. Ciptaan Allah SWT tak ada yang mustahil. Jom kita sejukkan mata dengan melihat koleksi bunga tercantik di dunia.

1. Bunga Iris Biru

bunga tercantik di dunia
Imej via [greatfon]

Nama bunga Iris Biru ini diberikan oleh seorang pelukis iaitu Vincent Van Gogh. Baunya amat wangi dan harum serta ia terdiri daripada jenis bunga bewarna kuning, biru dan juga pink.

2. Bunga Aster Merah

bunga tercantik di dunia
Imej via [Rancupid Farm]

Bunga yang berasal dari Cina ini mempunyai ketinggian 30 – 70 cm. Kelopaknya yang kecil dan lembut membuatkan ramai wanita jatuh cinta untuk menciumnya.

3. Bunga Chocolate Cosmos

bunga tercantik di dunia
Imej via [id.aliexpress]

Bunga yang sesuai dijadikan tanaman hiasan ini sangat-sangat cantik tak terkata! Bunga yang beraroma vanily ini berasal dari negara Mexico. Teringin sangat nak satu pasu bunga chocolate cosmos simpan dalam rumah!

4. Bunga Kadupul

bunga tercantik di dunia
Imej via [Steemit]

Bunga spesis kaktus ini mudah tumbuh di tanah dan juga di pohon. Bunga ini amat unik kerana ia akan berkembang dalam jam 10 malam sehingga 11 malam dalam masa 2 jam. Ketika ia mekar, bunga ini mengeluarkan bau yang sangat sedap. Ketika bunga tidak mekar, ia akan kelihatan layu seperti tidak disiram. Ia adalah bunga termahal di dunia.

5. Bunga Opium

bunga tercantik di dunia
Imej via [flonimal-nesia]

Bunga tercantik di dunia adalah bunga opium yang tumbuh di kawasan pergunungan suptropis. Bunga ini berbentuk jorong dan tepinya bergerigi. Bunga opium mempunyai tangkai panjang dan ditengahnya adalah mahkota kuntuman warna putih.

6. Bunga Viola

bunga tercantik di dunia
Imej via [tokopedia]

Bunga viola ini telah wujud sejak 500 tahun dahulu lagi. Ia juga dikenali dengan nama violet dan boleh didapati di belahan bumi bahagian utara. Warna ungunya juga amat menyerlah!

7. Bunga Ros Pink

bunga tercantik di dunia
Imej via [Pexels]

Bunga ros pink sangat harum dan berkhasiat kerana ia memiliki vitamin yang sesuai untuk cantikkan wajah juga. Terdapat lebih 2830 spesis bunga ros yang berbeza warnanya iaitu warna pink, kuning, putih, oren, hijau dan lain-lain lagi.

8. Bunga Lily Kuning

bunga tercantik di dunia
Imej via [Pixabay]

Bewarna kuning dan mempunyai kelopak yang panjang, bunga tercantik di dunia ini mempunyai 100 jenis spesis. Ia amat popular di Amerika Syarikat sejak abad ke 18 lagi. Selain kuning, ia juga terdiri daripada warna coklat, putih dan merah.

9. Bunga Cherry Blossom (Sakura)

bunga tercantik di dunia
Imej via [tokopedia]

Bunga Sakura atau cherry blossom sangat cantik dan amat popular di asia. Anda boleh bergambar dengan bunga sakura di Jepun memandangkan di mana-mana sahaja di sana pasti anda akan temui bunga tercantik di dunia ini.

10. Bunga Makro

bunga tercantik di dunia
Imej via [Blog Unik]

Bunga Makro juga terdapat di Jepun. Warnanya sangat cantik dengan adanya kontra warna kuning dan ungu. Kelopak bunga ini sangat besar sehingga 2.5 meter.

11. Bunga Anggrek Bulan

bunga tercantik di dunia
Imej via [Bobo – Grid]

Bunga tercantik di dunia ini sering kedengaran namanya. Siapa tak kenal bunga anggerik kan? Rupa-rupanya bunga anggrek bulan adalah salah satu spesis bunga anggrek. Warnanya yang putih amat mempersonakan dan membawa maksud suci dan tulus.

12. Bunga Anggrek Ungu

bunga tercantik di dunia
Imej via [Gellsy]

Salah satu bunga anggrek yang tergolong dalam bunga tercantik di dunia tidak terkecuali adalah bunga anggrek ungu. Anda boleh mendapatkannya di Thailand, Indonesia dan Singapura.

13. Bunga Anggrek Hantu

bunga tercantik di dunia
Imej via [ebay]

Bentuk bunga tercantik di dunia ini sangat unik sekali, sehingga ada yang seram melihatnya. Ia dipanggil bunga anggrek hantu sangat wangi jika anda bau secara dekat.

14. Bunga Mawar

bunga tercantik di dunia
Imej via [Medium]

Bunga yang menjadi pujaan setiap wanita adalah bunga mawar. Apabila diberikan bunga tercantik di dunia ini, pasti si isteri akan gembira dan amat hargai. Biarpun terdiri daripada pelbagai spesis dan warna, harumannya tetap sama dan sangat-sangat sedap dibau.

15. Bunga Anyelir

bunga tercantik di dunia
Imej via [asmaraku]

Rasa nak cari sahaja bunga tercantik di dunia ini! Ia boleh bertahan sehingga 18 – 20 bulan, anda boleh menjaga bunga ini di dalam rumah dengan baik sekali. Bentuknya sangat cantik bukan?

16. Bunga Aster

bunga tercantik di dunia
Imej via [kampoengilmu]

Bunga tercantik di dunia yang berasal dari Tiongkok ini mempunyai pelbagai warna menarik. Ia seiras-iras bunga matahari tetapi nampak lebih lembut dan cantik. Terdapat daun-daun bunga hijau yang turut membentuk kelopak sebelum kelopak bunga sebenar mekar terbuka.

17. Bunga Dahlia

bunga tercantik di dunia
Imej via [agrowindo]

Sering kita mendengar nama Dahlia, tetapi tak tahu pula rupa bunga tercantik di dunia ini. Bunga dahlia dibiakkan oleh seseorang bernama Anders Dah menjadi spesis Dahlia juarezii. Sehingga kini, ia telah berkembang dan menjadi sangat cantik di dunia.

18. Bunga Dandelion

bunga tercantik di dunia
Imej via [unsplash]

Sungguh Dandelion mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ia boleh dijadikan air minuman untuk mendapatkan khasiatnya terutama bagi wanita. Bentuknya berbulu dan ringan, anda boleh lihat di Asia dan Eropah.

19. Bunga Hebras

bunga tercantik di dunia
Imej via [bukalapak]

Bunga tercantik di dunia ini hidup di dalam hutan selama bertahun-tahun lamanya. Ia berbentuk memanjang dan hijau bergerigi. Untuk pengetahuan anda, 40 spesies Bunga Herbras telah tersebar ke Madagaskar, Amerika Selatan, Afrika sehingga daerah tropis Asia.

20. Bunga Bleeding Heart

bunga tercantik di dunia
Imej via [Steemit]

Bunga tercantik di dunia ini menyerupai bentuk hati iaitu ‘Love’. Warnanya adalah putih, pink dan merah serta kelihatan seperti hati yang berderet.

Ada mitos atau kisah disebalik bunga ini berkaitan cinta antara anak petani pemburu dan puteri raja yang bunuh diri kerana tidak dapat bersatu. Bunga ini sebagai tanda keabadian sehingga ia sendiri seakan berbentuk hati yang berdarah.

Itulah dia 20 bunga tercantik di dunia yang legend dan takkan dilupakan. Jom lihat khasiat bunga telang

Rujukan:

  1. Biologi
  2. Salamadian
  3. Elnuha

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.