Pastinya semua wanita inginkan kehidupan yang sempurna tatkala sedang hamil. Salah satu caranya adalah mendapatkan makanan yang berkhasiat dan bervitamin tinggi demi menjaga kandungan bayi mereka. Buah-buahan adalah vitamin segar yang boleh diamalkan oleh ibu hamil setiap hari.

Awas, hati-hati juga dalam memilih buah kerana ada buah-buahan yang tidak sesuai dimakan oleh ibu hamil. Ia bukan sahaja menyebabkan keradangan, sakit perut dan perut berangin, tetapi risikonya juga boleh menyebabkan keguguran sekiranya tersilap mengambil buah.

Apakah buah-buahan yang sesuai dan baik untuk dimakan oleh ibu hamil? Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C, A, B, K, magnesium, serat dan lain-lain lagi. Setiap buah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam membekalkan zat kepada ibu hamil. Jom lihat buah yang baik untuk ibu hamil.

1. Mangga

buah yang baik untuk ibu hamil
Imej via [beritagar]

Sekiranya anda ingin mengatasi masalah diarre, pernafasan ataupun imunisasi tubuh yang lemah, mangga adalah buah yang baik untuk ibu hamil. Mangga mengandungi vitamin C dan A dalam melindungi tubuh badan anda. 1 cangkir mangga sudah memenuhi 100% keperluan tubuh.

2. Pisang

buah yang baik untuk ibu hamil
Imej via [ramesia]

Seperti yang kita tahu, ibu hamil pasti sering merasa muntah dan mual. Pisang mengandungi vitamin B6 dan C yang boleh mengatasi mual, muntah dan juga penyakit lain. Ia juga dapat mengatasi sembelit, kegelisahan dan banyak lagi.

3. Epal

buah untuk ibu hamil
Imej via [bukan aku]

Menurut kajian Jurnal Thorax, ibu hamil yang selalu makan buah epal akan melahirkan bayi yang kurang penyakit asma atau alergi. Khasiat epal adalah pencegahan masalah ibu dan bayi.

4. Aprikot

buah untuk ibu hamil
Imej via [agrotypos]

Buah aprikot mengandungi kolin, folat, magnesium dan juga kaya dengan pelbagai vitamin. Ia membantu merangsang otak bayi untuk tumbesaran yang lebih baik dan mengelakkan bayi daripada cacat.

5. Berry

Imej via [teamsweetelite]

Buah berry adalah buah yang baik untuk ibu hamil. Ia sangat kaya dengan fitonutrien seperti flavonoid dan antosianin dimana mudah diserap ke dalam tubuh badan. Disamping mencantikkan kulit, pernafasan dan jantung akan terjaga.

6. Lemon

buah untuk ibu hamil
Imej via [rggstores]

Buah lemon bukan sahaja untuk mengurangkan toksid dalam badan, tetapi boleh melegakan perut dan usus dalam keadaan yang selamat dan sihat. Ibu hamil boleh minum jus lemon untuk elakkan sembelit dan lancarkan proses penghadaman.

7. Anggur

buah yang baik untuk ibu hamil
Imej via [Tokopedia]

Buah yang baik untuk ibu hamil adalah anggur. Anggur berfungsi melancarkan penghadaman, pencernaan, kram perut dan kaki serta bagus untuk metabolisme tubuh badan. Ia kaya dengan vitamin, folat dan fruktosa.

8. Pir

buah yang baik untuk ibu hamil
Imej via [Arbamedia]

Buah pir bukan sahaja sedap, khasiatnya juga banyak. Selain mengandungi banyak air yang penuh vitamin dan tenaga, pir juga menghalang jangkitan ke tubuh badan anda.

9. Cherry

buah yang baik untuk ibu hamil
Imej via [express]

Cherry atau ceri adalah buah yang baik untuk ibu hamil yang boleh diambil ketika hamil. Ia memudahkan nutrisi diserap ke plasenta dan bayi, malah berfungsi merangsang pertumbuhan sel tubuh. Sekiranya tidak boleh tidur malam, buah ceri memudahkan anda tidur dengan tenang.

10. Jambu Batu

buah yang baik untuk ibu hamil
Imej via [dahtauker]

Jika anda ingin nutrisi yang lebih tinggi iaitu vitamin C, E, karotenoid, flavonoid dan polifenol, buah jambu batu adalah buah yang baik untuk ibu hamil. Tekanan darah ibu mengandung akan menjadi lebih baik dan stabil. Ia juga dapat melancarkan proses pencernaan dan mengurangi konstipasi ibu bersalin.

11. Delima

buah ibu hamil
Imej via [SirapLimau]

Delima penuh dengan sifat antioksidan. Antioksidan membantu meningkatkan tenaga dan menyihatkan dalaman tubuh badan, jantung, usus dan perut anda. Ibu mengandung disarankan mengambil buah delima sentiasa. Ia juga kaya dengan asid folik.

12. Kiwi

buah yang baik untuk ibu hamil
Imej via [manipalkart]

Buah kiwi sangat kaya dengan vitamin C, A, K yang berfungsi melancarkan perjalanan darah anda. Ia juga mengatasi darah beku, sistem pernafasan dan lain-lain lagi. Zat besi buah ini amat diperlukan oleh ibu hamil. Ia tidak begitu manis, tetapi sedikit masam dan sedap.

13. Tembikai

buah yang baik untuk ibu hamil
Imej via [keluarga]

Buah yang baik untuk ibu hamil juga adalah tembikai. Tembikai yang mempunyai banyak air ini mempunyai nutrisi dan zat yang tinggi seperti potassium dan magnesium. Ibu hamil akan lebih selesa dan tidak lenguh atau sengal kaki.

14. Kurma

buah untuk ibu hamil
Imej via [inews.id]

Kurma bukan sahaja mengenyangkan tetapi dapat menguatkan tenaga, mengatasi masalah pendarahan dan menyihatkan tubuh badan. Kurma boleh diamalkan untuk ikhtiar hamil juga, ketika hamil dan selepas hamil.

15. Manggis

buah yang baik untuk ibu hamil
Imej via [merdeka]

Buah manggis adalah buah yang sihat dan tidak mengandungi asid perosak. Buah yang baik untuk ibu hamil tidak terkecuali adalah buah manggis. Sedapnya isi buah manggis ini, bolehlah jadi pemanis mulut bagi si ibu.

16. Buah Naga

Imej via [steemit]

Radikal bebas dapat dijauhkan dari tubuh badan kerana buah naga mengandungi kandungan vitamin C yang kuat. Selain mengelak masalah jantung, kanser, ia juga melindungi janin dari kecacatan.

17. Strawberri

Imej via [zayan]

Buah yang baik untuk ibu hamil dan berfungsi mencantikkan wajah adalah buah strawberri. Buah strawberri yang amat terkenal di Cameron Highland ini dapat mencerahkan wajah dan mencegah kecacatan bayi.

18. Kismis

Kismis adalah buah anggur kering yang mempunyai pelbagai khasiat untuk ibu hamil. Ia kaya dengan vitamin, mineral bolon, riboflavin dan folat. Selain dapat menguatkan ingatan ibu, ia juga turut terkesan kepada bayi di dalam perut. Pasti bijak pandai!

Selain dari buah-buahan segar, buah yang diproses seperti kismis juga sangat bermanfaat. Anda boleh amalkan kismis dalam pemakanan dan secara begitu sahaja. Untuk ibu mengandung amat sesuai dan disyorkan.

Begitulah 18 buah yang baik untuk ibu hamil boleh dimakan. Makanlah sebanyak mana yang anda inginkan, pasti ia amat berkhasiat buat anda. Jemput baca cara senaman ibu hamil, Tanda hamil anak perempuan dan Hadiah hari jadi anak perempuan.

Rujukan:

  1. honestdocs
  2. hmetro
  3. ibusyurga

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.