Perlukan info mengenai kelebihan buah delima untuk ibu hamil?

Teruskan pembacaan anda terutamanya ibu yang sedang hamil atau para suami yang mithali bagi mengetahui kelebihan mengamalkan buah delima ketika hamil.

7 kelebihan buah delima baik untuk ibu hamil.

Imej via cara tanam uri

Tahukah anda buah delima sangat bagus  untuk para ibu hamil?Buah delima merupakan antara makanan sunnah yang disebutkkan di dalam al-Quran.

Menerusi surah Al-An’am ayat 99 ada menyatakan bahawa kejadian dan fungsi buah delima merupakan tanda-tanda kebesaran Allah swt bagi orang-orang yang beriman.

Manakala menerusi sabda Nabi Muhammad saw ; “ Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Antara bukti-bukti yang menyokong bahawa buah delima adalah makanan yang terbaik dan seharusnya diamalkan setiap masa bukan hanya ketika mengandung.Ibu yang hamil memerlukan nutrisi dan zat makanan yang baik bukan sahaja untuk kesihatan ibu malah sebagai sumber nutrisi terbaik buat janin.

Sepanjang tempoh kehamilan para ibu digalakkan untuk mengambil buah delima dalam rutin diet harian kerana khasiat buah delima yang memang tidak dapat disangkal lagi.

Buah delima bukan sahaja cantik kejadianya malah ia mempunyai khasiat yang terbaik untuk ibu hamil dan juga bayi yang di dalam perut.

Setiap ibu hamil mesti mengimpikan anak yang dikandung mendapat zat yang secukupnya terutama ketika berada di dalam perut. Jom kita bincangkan mengenai kebaikan buah delima buat semua bakal ibu dan si comel.

Kaya dengan asid folik

Asid folik sangat penting dalam membantu proses kehamilan.  Asid folik penting untuk memastikan perkembangan minda dan fizikal kandungan.

Sekaligus dapat mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf pada tulang belakang bayi di dalam kandungan. Asid folik penting dalam perkembangan otak bayi dalam kandungan.

Satu cawan jus delima yang diperah sendiri tanpa campuran gula putih telah membekalkan satu perempat daripada jumlah asid folik yang diperlukan oleh ibu hamil.

Mengatasi masalah kekejangan (‘cramp’) dan lenguh badan

Buah delima kaya dengan kalium .Kalium merupakan nutrisi yang sangat penting untuk memastikan sistem saraf dan otot dalam keadaan sihat.

Pengambilan buah delima dapat membantu mengurangkan masalah lenguh dan kejang badan. Selain itu kalium di dalam buah delima juga dapat mengimbangkan elektroliisis dalam badan.

Kaya dengan zat besi

Zat besi diperlukan untuk penghasilan sel darah merah yang mencukupi. Ibu mengandung mudah diserang anemia iaitu kekurangan sel darah merah.

Kekurangan sel darah merah boleh menyebabkan bayi lahir tidak cukup bulan dan merencatkan perkembangan bayi di dalam kandungan.

Buah delima sangat kaya dengan zat besi dan mampu mengelakkan masalah kekurangan sel darah merah. Zat besi di dalam buah delima juga mampu untuk mengurangkan risiko pendarahan semasa proses kelahiran atau dikenali sebagai tumpah darah.

Tumpah darah yang sangat teruk boleh menyebabkan kematian.

Sumber serat terbaik

Seperti kita sedia maklum, ibu hamil selalu mengalami masalah sukar membuang air besar.

Menurut kajian, pengambilan setengah cawan isi buah delima dapat memenuhi hampir 1/3 daripada pengambilan serat harian.

Setengah cawan isi buah delima  mengandungi 5 gram serat.

Kurangkan risiko PRE-EKLAMPSIA

Pre-eklampsia merupakan satu kondisi kesihatan yang hanya berlaku ketika mengandung untuk anak yang pertama.Ibu hamil mengalami tekanan darah tinggi dan kandungan protein di dalam air kencing.

Pre-eklampsia akan menyebabkan kesihatan ibu hamil terjejas dan situasi yang buruk akan berlaku seperti sakit perut di bahagian kanan , sesak nafas dan mudah lebam. Buah delima kaya dengan nutrisi yang mampu membantu untuk mengurangkan risiko untuk mengalami pre-eklampsia.

Amalan pengambilan buah delima untuk ibu mengandung pada 20 minggu dan ke atas dapat membantu mengurangkan risiko pre-eklampsia.

Sumber terbaik vitamin C

Buah delima kaya dengan vitamin C dan kajian menunjukkan vitamin C membantu dalam proses penyerapan zat besi dalam sistem tubuh badan manusia. Vitamin C membantu dalam memastikan kesihatan tulang dan perkembangan tumbesaran bayi ketika di dalam kandungan.

Kaya anti-oksida

Buah delima mengandungi kandungan antioksida lebih tinggi jika dibandingkan dengan teh hijau dan kranberi. Antioksida sangat penting untuk menstabilkan radikal bebas dan radikal bebas berupaya untuk menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.

Antioksida yang tinggi di dalam buah delima dapat mencegah keradangan dan berupaya berfungsi sebagai anti-inflamasi. Polifenol dalam buah delima berupaya melindungi otak bayi daripada kekurangan oksigen ketika proses kelahiran.

Kandungan antioksida dalam buah delima mampu membantu menguatkan sistem pertahanan badan ibu sepanjang proses kelahiran.

Buah delima mempunyai 1001 khasiat namun ia perlulah diambil dalam kuantiti yang sederhana kerana pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan beberapa kesan yang negatif.

Keburukkan jika berlebihan

Antara kesan negatif adalah;

Menyebabkan kelahiran bayi pra-matang

Ini terjadi apabila ibu hamil mengambil ekstrak atau jus delima yang telah dicampur dengan kulit delima.  Pengambilan secara berlebihan menyebabkan kontraksi dan kelahiran bayi sebelum masanya.

Kenaikan berat badan

Buah delima manis dan mengandungi jumlah kalori tertentu. Sekiranya diambil dalam jumlah yang tidak dikawal akan menyebabkan penambahan berat badan bagi ibu.

Kenaikan berat badan yang tidak dikawal akan menyebabkan risiko ketika melahirkan.Disarankan kepada ibu yang mengandung untuk mengambil buah delima segar berbanding delima yang sudah diproses.

Dan bersederhanalah dalam kuantiti yang diambil supaya tidak memudaratkan kesihatan diri dan bayi yang dikandung.

Diharapkan artikel ini mampu untuk membantu lebih ramai ibu hamil untuk merancang makanan yang diambil bagi memperolehi nutrisi yang cukup dan seimbang.

Jemput juga membaca artikel tulisan kami seperti cara tanam uri dan doa untuk anak

Rujukan

Penulis: Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Berkhidmat sebagai seorang guru tuisyen Bahasa Melayu mendatangkan minat dalam bidang penulisan.Suka berkongsi idea dan info dengan rakan-rakan tak kira di alam maya atau realiti . Mengharapkan setiap yang membaca mendapat manfaat yang sebaiknya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.