Sah-sah je mengandung oleh doktor, bukan sahaja si ibu hamil, bahkan si bapa pun sudah pasti hendak memastikan bayi di dalam kandungan cukup segala zatnya. Si ibu tidak berselera atau terlebih selera?

Hendak tidak hendak, si ibu kenalah berfikir untuk si kecil di dalam perut, kena hadam juga makanan dan minuman biarpun kuantiti tidak sebanyak biasa. Cuma kan, hadam-hadam juga, tetapi berjaga-jaga dengan BMI ya ibu-ibu hamil. Janganlah sampai berlebihan sangat pula.

Seperti yang diterangkan oleh Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak di laman Facebook peribadinya, tahukah anda bahawa BMI si ibu yang berlebihan boleh mendatangkan masalah atau komplikasi kesihatan yang lain? Menurut pegawai perubatan ini juga (Kesihatan Wanita, Sakit Puan & Kehamilan), bukan sahaja kepada si ibu, BMI si ibu yang berlebihan boleh juga mendatangkan risiko kepada bayi di dalam perut.

Apakah Risiko BMI Berlebihan Ibu Hamil Kepada Diri Sendiri?

Thrombosis

Trombosis adalah darah beku kat kaki atau darah beku ini boleh bergerak dan sekaligus menyumbat salur darah pada peparu dipanggil pulmonary embolism. Kehamilan itu sendiri meningkatkan peluang ibu mengandung untuk dapat thrombosis. Kalau berat badan berlebihan + mengandung = lagi senang nak dapat masalah ini. Risiko untuk dapat thrombosis ini akan dinilai oleh doktor masa memula anda datang jumpa doktor utk buka buku pink. Kalau perlu anda akan dimulakan ubat untuk mencairkan darah yg diberikan secara suntikan.

Kencing manis masa mengandung

Kalau BMI 30 dan ke atas, anda TIGA KALI lebih senang nak kena kencing manis masa mengandung kalau nak bandingkan dengan orang yang BMI mereka bawah 25

Nak tahu ada kencing manis ke tak masa mengandung nanti doktor suruh minum air gula antara minggu 24 ke minggu 28 kehamilan. Kalau ada kencing manis nnti rawatan dan follow up dah lain. Kena pegi jumpa pakar O&G

Darah tinggi dan pre eclampsia

BMI 30 atau lebih risiko dapat pre eclampsia 2-4 kali lebih tinggi berbanding dengan mereka yang BMI 25 dan kebawah

Bertambah-tambah senang la lagi kalau

  • Umur lebih 40 tahun
  • Pernah ada pre eclampsia kehamilan yang sebelumnya
  • Tekanan darah dah memang tinggi sebelum mengandung lagi

Kalau ada faktor ini dan faktor-faktor lain, doktor akan mulakan ubat aspirin seawal 12 minggu. Biasa sebijik dalam 300mg. So nanti korang kena belah 4, makan suku je, sehari sekali.

Masalah mental

Berat badan berlebihan akan meningkatkan masalah mental masa mengandung dan selepas melahirkan.

Apakah Risiko BMI Berlebihan Ibu Hamil Kepada Bayi?

  • Peluang keseluruhan untuk keguguran 1 dalam 5 ( 20% ) – tak kisah kurus atau berat badan berlebihan. Tapi kalau anda berat badan berlebihan BMI 30 dan ke atas peluang untuk gugur 1 dalam 5 ( 25% )
  • Kalau dah berat badan berlebihan sebelum mengandung, boleh menganggu pembentukan bayi dalam rahim. Keseluruhan 1 dalam 1000 bayi lahir dengan masalah neural tube defect, tapi jika BMI anda lebih 30 risiko ini BERGANDA jadi 2 dalam 1000
  • Kalau berat badan berlebihan, peluang untuk dapat baby besar dengan berat 4kg atau lebih tu tinggi. Ape yang tak bagusnya? Komplikasi bersalin seperti koyakkan teruk sampai lubang dubur, bahu sangkut, peluang untuk kena caesar pun meningkat. Kalau BMI anda lebih 30, risiko ini BERGANDA dari 7 dalam 100 jadi 14 dalam 100 jika kita bandingkan dengan mereka yang BMI 20 – 30
  • Kalau BMI berlebihan masa mengandung, anda kena ada scan tambahan untuk periksa tumbesaran bayi, kedudukan. Biasanya misi guna pita pengukur je nak ukur saiz rahim, tapi kalau BMI anda lebih 35 tak boleh dah ukur rahim guna pita pengukur ni, memang kena scan lah jawabnya.
  • Risiko keseluruhan untuk bayi meninggal tetiba 1 dalam 200. Kalau BMI lebih 30, risiko meningkat 1 dalam 100 kelahiran.

So. Nak mengandung? Dapatkan berat badan ideal dulu sebelum mengandung. Kalau dah mengandung dengan BMI berlebihan, tkbleh buat apa dah. Jangan pulak bersenam bagai nak ‘rak’ bila da mengandung – no point, sebaliknya berbahaya kepada anda.

Yg paling bagus adalah pencegahan. KURUSKAN BADAN sebelum bercadang untuk mengandung. Bagaimana? Anda mesti tahu jawapannya. Buang pil kurus jauh-jauh ok?

*Mudahan info ini sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana yang hendak atau tengah hamil, jadi share jangan tidak share ya!

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Muhammad Izzat Abdul Razak

Dr Muhammad Izzat Abdul Razak

Dr Muhammad Izzat Abdul Razak atau mesra dengan panggilan Dr. Izzat adalah pegawai perubatan kesihatan dan wanita & kehamilan yang sangat aktif memberikan info mengenai permasalahan kesihatan wanita, sakitpuan (ginekologi) dan isu berkenaan kehamilan (obstetrik).

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .