Nota Editor : Mengajar anak bukannya mudah. Lebih-lebih mengajar tentang sikap bertimbang rasa pada anak. Ianya mungkin menjadi sukar untuk diterangkan. Lebih-lebih lagi untuk anak kecil.

Jadi, bilakah waktu untuk mengajar tentang sifat bertimbang rasa pada anak ini? Artikel ini mungkin ada jawapannya.
—————————————————————————
Adakalanya anak pada usia 7-10 tahun menunjuk sombong kepada emak ayahnya. Tidak mahu mendengar cakap. Asyik dia sahaja yang patut diikut. Kata-katanya juga adalah pedih.
anak bertimbang rasa
Mengapa ini berlaku? Mengapa dia tidak bertimbang rasa padahal pada usia ini dia sepatutnya telah lebih memahami dan bertimbang-rasa.

Banyak jawapan kepada perkara ini, diantaranya:-

#1 Kerana EQnya masih berlum berkembang kerana sesuatu yang membantutkannya. Diantara perkara yang boleh membantutkannya ialah anak itu tidak pernah diajar untuk memahami orang lain dan bila dia mementingkan diri, dia dibiarkan sahaja.

#2 Ada orang dewasa yang tidak bertimbang-rasa kepadanya semasa dia membesar dan ini menjadi ikutannya.

#3 Semasa dia ditahap self-centric (1.5 -3 tahun) dia tidak difahami. Instead of being compassionate to her, she was scolded and was punished severely.

"

#4 Sesuatu yang kejadiaan trauma berlaku yang menyebabkan anak itu terbantut dari segi perkembangan EQnya.

#5 Anak itu berdendam dan ada kemarahan yang tidak dikendalikan dengan baik.

#6 Emak atau bapa itu sendiri tidak menunjukkan sifat bertimbang rasa kepada orang lain terutama ibu bapa mereka sendiri. Mereka sering bercakap kasar atau memburukkan ibu bapa sendiri di depan anak itu.

#7 Telah berlaku perpisahan yang menyedihkan di dalam hidupnya yang menimbulkan marah di dalam dirinya yang menyebabkan dia merasakan dia tidak penting dan dia adalah ‘worthless’.

Banyak lagi, namun untuk sekarang cukuplah ini dahulu.

Bagaimana hendak membetulkannya?

Jawapan pendeknya, dekatkan diri anak kepada anda. Banyakkan memberi anak itu merasakan kasih anda sehingga dia akan tersedar anda menyayanginya.

Jika anda tahu ada seuatu yang telah mejadikan dia demikian, jika bersesuaian anda boleh meminta-maaf diatas kesilapan anda kepadanya sebagai seorang manusia kepada manusia yang lain.

Tidak perlulah merayu-merayu….cukup sekadar memohon maaf dengan penuh ikhlas.

Serta bina sifa bertimbang-rasa di dalam diri anda supaya anda menjadi contoh teladan yang baik kepada anak itu. Bukan kepadanya saja tetapi setiap manusia.

You become her source of inspiration.

Ibu mendoakan agar ini membantu dan anda yang menghadapi masalah ini dapat menyelesaikannya dengan baik sekali.

Penulis: Dr Rozieta Shaary

Dr Rozieta Shaary

Prof. Dr. Rozieta Shaary atau juga dikenali sebagai Ibu Rose adalah Family & Love Guru yang telah berkecimpung dalam bidang Pembangunan Modan Insan dan pendidikan melebihi 25 tahun. Beliau boleh dihubungi di Facebooknya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.