Sudah semestinya sebagai seorang anak, mereka mahukan perhatian daripada ibu bapa mereka. Sebagai ibu bapa kita perlulah sentiasa peka dengan keadaan anak-anak kita. Perangai mereka boleh berubah-ubah mengikut layanan dan perhatian yang kita berikan kepada mereka.

anak nombor 2 diabai
Image via Facebook

Anak nombor 2 sering dirasakan terabai kerana ibu bapa memberikan perhatian yang lebih kepada abang dan adiknya dan ini menjadikan mereka sedikit memberontak. Mereka memberontak bukan kerana tidak cukup kasih sayang tetapi kerana kasih sayang yang diberikan tidak seimbang antara adik-beradiknya yang lain.

Ada kajian yang dipanggil Birth Order and Delinquency: Evidence from Denmark and Florida yang dapat mengesahkan bahawa anak kedua ini bersifat memberontak kerana mereka kurang diberikan perhatian. Mari kita lihat cara-cara untuk berikan perhatian kepada anak kedua ini mengikut perkongsian oleh Dr. Taufiq Razif.

Betul Ke Anak Nombor 2 Selalu Diabaikan?

  1. Banyakkan eye contact dengan anak kedua.
  2. Banyakkan sentuhan seperti pelukan dan ciuman. Paling berkesan, gosok ubun-ubun anak sebelum dia tidur.
  3. Bagitahu anak kita dengan jelas kelimat “I LOVE YOU” ataupun “MAMA SAYANG KAMU”.
  4. Kalau bergurau dengan anak sulung, kena juga berguarau dengan anak kedua dan adik beradiknya.
  5. Ajarkan kesemua ilmu ini kepada suami supaya kedua-dua dapat mempratikkannya.

*Nampak seperti perkara yang kecil sahaja bukan? Tetapi benda yang kecil ini yang selalu ibu bapa terlepas pandang. Dengan perkongsian ini, diharap dapat membantu ibu bapa untuk memberikan perhatian dan kasih sayang yang sama rata kepada anak-anak supaya mereka rasa mendapat perhatian dan kasih sayang yang secukupnya.

Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.