Pada tahun pertama kelahiran, adalah penting untuk mereka meneroka persekitaran mereka dan belajar. Pada usia 6 – 12 bulan, bayi sudah mula bergerak, mengensot, merangkak dan mula untuk belajar berjalan.

Pergerakan mereka sudah mula aktif dan memerlukan ruang yang lebih luas dan selamat. Berikut adalah beberapa idea mengenai mainan yang sesuai bagi mereka:

  • Bayi Suka Melakukan Perbuatan Secara Berulang-ulang.

Pengulangan akan membantu bayi untuk belajar kemahiran yang baru. Mereka boleh belajar memahamicause and effect. Permainan yang boleh dilakukan berulang-ulang seperti busy box bayi, rattle, alat muzik (drum, xylophone), bola kecil dan bakul, permainan pop-up yang ringkas.

Biarkan bayi meneroka dan cuba untuk mencari cara untuk bermain permainan tersebut. Beri bantuan yang sepatutnya untuk membantu bayi belajar

xylophone

Imej:wisegeek.com

  • Bayi Sudah Boleh Diajar Untuk Menggunakan Pincer (Memegang dengan Menggunakan Ibu Jari Dan Jari Telunjuk)

Cube blocks, puzzle with knob, mainan yag boleh ditarik seperti string toys, board books. Lihat sama ada bayi dapat mengambil objek di atas lantai dengan menggunakan pincer. Baca buku bersama-sama dan latih bayi untuk merasa dan menyelak halaman buku.

  • Bayi Belajar Untuk Menyelesaikan Masalah Dan Mencari Cara Untuk Melakukan Sesuatu Dengan Cara Yang Betul.

Permainan seperti shape sorter (ringkas), ring stack, pop-up toys sangat sesuai pada peringkat umur ini. Tunjukkan kepada bayi bagaimana untuk bermain dengan mainan yang diberi. Kemudian perhatikan bayi melakukan sendiri aktiviti tersebut. Beri bantuan sekiranya perlu.

  • Bayi Sudah Mula Bergerak Aktif Seperti Merangkak Dan Memanjat.

Mereka cuba untuk meneroka sekeliling dengan menggunaka pergerakan fizikal yang aktif. Ibubapa boleh mencuba permainan yang boleh ditolak / ditarik seperti chunky car/truck. Sediakan persekitaran yang selamat untuk bayi bermain dan bergerak bebas.

Letakkan mainan di atas meja yang rendah dan galakkan bayi untuk berdiri dan mengambilnya sendiri. Pergerakan-pergerakan ini boleh meningkatkan keseimbangan badan bayi untuk belajar berjalan

  • Bayi juga suka dan gembira apabila mendengar muzik dan lagu.

Mereka juga sudah mula berinteraksi dengan menggunakan bunyi-bunyi yang pelbagai dengan intonasi yang berbeza.

Finger puppet, nursery rhymes, books . Menyanyi dan gayakan aksi bersama-sama. Berbual dan bercerita mengenai gambar di dalam buku (gunakan gambar/objek yang biasa yang ada disekeliling bayi untuk memudahkan bayi lebih memahami dan mengatkannya secara terus)

Penulis: Aishah Kassim

Aishah Kassim

Mahir dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran berkomunikaso bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Merupakan seorang Terapis Pertuturan Bahasa atau secara ringkasnya disebut SLT (Speech & Language Therapist). Beliau boleh dihubungi di Facebook.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.