Anda perasan tidak, yang berdengkur ni lain orang lain iramanya, lain juga paras kekuatan bunyinya. Kadang-kadang, terasa lucu mendengarnya. Tetapi, boleh juga terganggu kan terutamanya apabila hendak tidur waktu malam.

Kita yang sudah dewasa ini bolehlah cuba untuk tidur dengan menutup telinga menggunakan bantal atau selimut. Kalau ada bayi atau kanak-kanak di rumah tu, hmmm boleh terbangun jadinya.

Selagi dapat tahan dengan dengkuran mereka, tahanlah. Tetapi, kami kongsikan juga petua berguna bagi mereka yang ingin melakukan sesuatu mengenainya, dipetik khas untuk anda dari laman Facebook Dr Ezairy M.Sallih. Disertakan juga imej pandangan sisi struktur hidung dan tekak dari facebook beliau bagi pemahaman semua.

Bagaimana Struktur Di Dalam Mulut Anda?

Anda boleh lihat bagaimana struktur di dalam mulut seperti lidah, tonsil dan kawasan sekelilingnya. Apabila ia bersaiz besar, sekatan semasa kita bernafas akan mengakibatkan sekatan dan menghasilkan bunyi seperti berdengkur. Ini lebih kerap dan biasa berlaku ketika kita keletihan dan mereka yang mengalami masalah obesiti.

pandangan sisi
Imej via Facebook Dr Ezairy M.Sallih

Apakah Langkah-Langkah Yang Boleh Dilakukan

Ada 3 langkah penyelesaiannya

1. Cuba turunkan berat badan. Ramai pesakit saya dapat dibantu setelah berjaya menurunkan berat badan. Cuba ya.

2. Jalani aktiviti sihat. Ini bukan sahaja memastikan tubuh dan sistem tubuh sentiasa baik, tetapi pada masa sama memberi kita berat badan yang ideal.

3. Lakukan pemeriksaan doktor. Kita mungkin dah lama alami masalah berdengkur, tetapi tidak pernah lakukan pemeriksaan. Jumpalah doktor, kenal pasti punca. Anda akan dibantu.

*Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tidak susah jika anda dedikasikan diri anda untuk kesihatan yang lebih baik. Jom share info ini!

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Ezairy M. Salih

Dr Ezairy M. Salih

Merupakan Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Rajin berkongsi tips kesihatan di status Facebooknya. Ikuti beliau untuk dapatkan tips-tips kesihatan yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.