Dulu pernah satu ketika saya sangat tidak menyetujui pengambilan supplemen bahkan sentiasa menidakkan keperluannya. Bukan mudah meyakinkan seorang doktor perubatan untuk meyakini, apatah lagi mengamalkan supplemen.

Perbezaan Preventive Medicine Dan Curative Medicine

Dalam perubatan ada preventive medicine dan curative medicine. Sebahagian besar yang kami pelajari dulu adalah tentang CURATIVE medicine, iaitu bagaimana MERAWAT penyakit yang pelbagai.

Tapi sayangnya, saya berani katakan hanya 5-10% sahaja (mungkin kurang daripada ini) diperuntukkan untuk mendalami ilmu PREVENTIVE medicine, iaitu bagaimana MENCEGAH sesebuah penyakit yang sebenarnya boleh dielakkan…

tips kesihatan

askyourpharmacist.com.au

Kebanyakan doktor sekarang sangat sibuk merawat penyakit yang bermacam jenis tetapi hanya sedikit doktor yang mengambil langkah extra mendidik masyarakat bagaimana cara untuk mencegah penyakit-penyakit tersebut sebelum ia terjadi…

Contoh, seseorang yang tidak menjaga pemakanan akhirnya menjadi obese dan menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis walaupun dia tiada faktor keturunan/genetik.

Bila sudah ada darah tinggi/kencing manis, dia secara automatic sudah masuk jurang CURATIVE medicine dan terpaksa bergantung pada ubat utk mengawal penyakit…

Sayangnya, waktu inilah baru ramai pesakit akan mula mencari dan mengamalkan supplemen untuk membantu mengawal simptom dan mengurangkan komplikasi penyakit…

Sedangkan, jika anda amalkan pemakanan sihat dan seimbang dari awal, amalkan gaya hidup sihat, kekalkan berat badan ideal, konsisten exercise, tidak merokok dan lain-lain, mungkin anda mampu mengelakkan diri dari terkena pelbagai jenis penyakit..

Jika anda tidak mampu dan kurang disiplin dengan amalan gaya hidup dan pemakanan sihat setiap hari, tidak rugi anda konsisten dengan supplemen dalam usaha membantu untuk MENCEGAH penyakit.(*tp harus juga diingat ini semua modifiable factors yang kita boleh kawal, ada juga non-modifiable risk factors seperti keturunan dll yg di luar kawalan kita)…

Bukankah prevention is better (and much cheaper) than cure?

Jangan terhantuk baru terngadah,
Cegah sebelum padah,
Rawat sebelum parah!

Penulis: Dr Hana

Dr Hana

Seorang doktor, isteri & ummi. Bekerja di klinik ibu & anak, sangat meminati dalam bidang kehamilan, penyusuan bayi & kesuburan suami isteri.. Beliau boleh dihubungi di Facebook.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.