Mana dia yang suka meratah. Kami ada satu resepi yang sedap untuk sesiapa yang suka makan sayur bendi. Kebiasaannya sayur bendi paling popular dan sesuai tekak melayu ialah yang berasas masam asam. Sama ada tumis air asam atau asam pedas.

Kami yakin ramai anda yang sukakan bendi tapi tidak tahu masak apa kerana kalau masak resepi yang tidak kena, bila makan akan rasa geli sendiri sebab licin. Namun kali ini ada resepi bendi goreng telur yang lazat dan gerenti tidak berlendir pun.

Bendi goreng telur ini dapat makan dengan nasi panas-panas letak pula kicap sedikit aduh mau 3 kali tambah nasi. Siapa yang suka bendi sia cubakan resepi yang dikongsikan oleh Nina Syakira di laman Facebook.

Resepi Bendi Goreng Telur

bendi goreng telur

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang merah*,
  • Bawang putih*,
  • Cili besar*,
  • Cili padi*,
  • Ikan bilis*,
  • Telur,
  • Garam,
  • Gula.

Cara-cara :

  1. Tumbuk bahan bertanda *.
  2. Kemudian tumis bahan tumbuk sampai naik bau dan garing sedikit. D
  3. Jika sudah garing masukkan telur.
  4. Telur bagi betul-betul masak untuk hilangkan hanyir.
  5. Masukkan garam dan gula.
  6. Akhir sekali masukkan bendi. Siap.

Nota : Telur itu saya memang sudah buang tali pusat dia, memang takkan hanyir walau sudah sejuk sekali pon.
Bendi kalau tidak mahu ada lendir basuh dulu sebelum potong dan letak dalam penapis siap-siap. Biar sejat air.

Resepi Menarik Lain

Selain bendi goreng telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.