Pasti ramai dalam kalangan anda pernah mendengar tentang bekam, bukan? Terapi bekam ini merupakan salah satu rawatan perubatan secara alternatif tertua di dunia yang pernah ada dan dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.

Salah satu buku kedoktoran tertua di dunia iaitu ‘Ebers Papyrus’ menggambarkan bahawa orang Mesir kuno menggunakan terapi ini pada tahun 1550 sebelum Masihi. Mari kita lihat apa itu bekam dan adakah ia berkesan?

Apa Itu Bekam?

Imej via [alhikmah2u]
Imej via [alhikmah2u]

Mesti anda terfikir bahawa terapi bekam ini khas untuk masyarakat biasa serta orang-orang yang tidak mampu untuk membayar kos rawatan perubatan yang tinggi. Anda salah, kebanyakkan artis serta ikon besar antarabangsa turut mengamalkan terapi bekam.

Antaranya adalah Victoria Beckham, Andy Murray, Busy Phillips, Jennifer Anniston, Gwyneth Paltrow, Justin Bieber, Kim Kardashian, Jessica Simpson dan ramai lagi artis serta ikon yang mengamalkan terapi bekam ini.

Bekam merupakan kaedah utama yang digunakan dalam perubatan tradisional di beberapa bahagian dunia, termasuklah China dan kawasan Timur tengah. Rawatan ini sudah ada semenjak ribuan tahun lalu dan dikatakan amat efektif untuk meringankan rasa sakit serta kekejangan otot.

Cara Bekam Dilakukan

Cara rawatan alternatif ini boleh dikatakan seperti vakum. Caranya adalah  sebuah alat khusus yang berbentuk seperti cawan akan menghisap atau menyedut lapisan kulit dan lemak dari otot, dan kadang-kadang juga dapat memindahkan lapisan otot antara satu sama lain.

Cawan yang digunakan untuk terapi bekam diperbuat daripada kaca, plastik, serta silikon dan apa yang menariknya, seribu tahun yang lalu, cawan yang digunakan untuk bekam terbuat daripada tanduk binatang, buluh, serta ada juga diperbuat daripada tanah liat. 

Anda boleh melakukan rawatan alternatif ini di mana-mana bahagian tubuh yang terasa sakit. Namun kebanyakkan rawatan bekam dilakukan dibahagian punggung, leher, dan bahu. Kadang-kadang, terapi ini dilakukan bersama dengan rawatan akupuntur.

Biasanya, pakar bekam ataupun perawat bekam akan meminta para pesakit untuk berpuasa atau hanya makan ringan saja selama dua hingga tiga jam sebelum sesi bekam dilakukan. Hal ini dilakukan untuk mengoptimumkan manfaat daripada terapi bekam itu sendiri.

Imej via [sentiasapanas]
Imej via [sentiasapanas]

Bekam Kering Dan Bekam Basah

Rawatan bekam terbahagi kepada dua iaitu bekam kering dan bekam basah. Cara bekam kering adalah sebelumnya cawan bekam diletakkan di permukaan kulit, cawan akan dipanaskan terlebih dahulu. Proses pemanasan ini dilakukan dengan memasukkan bahan yang mudah terbakar, seperti alkohol, ramuan herba, atau kertas tertentu ke dalam cawan dan kemudian dibakarnya dengan api.

  • Ketika api sudah mula mengecil dan mati, perawat bekam akan menampal cawan secara terbalik di atas permukaan kulit pesakit dan cawan akan dibiarkan di atas permukaan kulit selama dua hingga minit. Kemudiannya, udara di dalam cawan yang makin sejuk akan menciptakan ruang yang menarik kulit dan otot ke atas, ke dalam cawan tersebut.
  • Kulit yang tersedut ini akan memerah kerana pembuluh darah akan memberi respon perubahan tekanan.
  • Untuk memastikan supaya cawan dapat dibuka dengan mudah, perawat bekam biasanya akan menyapu krim atau minyak urut. Selepas itu, perawat bekam akan menampal cawan silikon dan menggeselnya ke seluruh tubuh secara berperingkat untuk menciptakan kesan seperti kena urut.
  • Selama rawatan berlangsung, perawat bekam mungkin akan meletakkan tiga hingga tujuh cawan di atas permukaan kulit anda.
Imej via [astroawani]
Imej via [astroawani]

Bekam basah pula merupakan teknik moden dan digunakan oleh kesemua pusat rawatan di seluruh dunia dan boleh dikatakan teknik ini lebih selesa. Bekam basah dilakukan dengan membuat luka kecil pada bahagian yang ingin dibekam.

  • Cawan akan diletakkan ditempat luka kecil tersebut untuk mengeluarkan darah kotor dan darah yang keluar nanti akan terisi didalam cawan tersebut.
  • Selepas cawan tersebut dibuka, biasanya tempat luka tadi akan disapu krim antibiotik dan luka tersebut akan ditutup dengan kapas untuk mencegah jangkitan kuman.

Jadi tidak kiralah bekam kering ataupun bekam basah, kedua-duanya akan meninggalkan kesan sementara yang berwarna unggu atau merah di bahagian tempat yang dibekam. Biasanya dalam masa 10 hari kesan bekam ini akan hilang sepenuhnya bergantung atas keadaan kulit pesakit.

Imej via [facebook]
Imej via [facebook]

Adakah Bekam Berkesan?

Ada kajian mengatakan bahawa rawatan bekam ini dapat membantu meningkatkan pengaliran darah di dalam badan, menyihatkan otot badan, menghilangkan racun dan toksik yang berbahaya didalam badan serta membantu proses mempercepatkan sistem penyembuhan didalam badan.

Terdapat beberapa manfaat dari terapi bekam jika digabungkan dengan akupuntur, iaitu dapat mengatasi pelbagai penyakit seperti batuk, dispenia, wajah kaku, jerawat serta pelbagai masalah yang berkaitan dengan penyakit wanita. Namun bekam juga dapat mendatangkan kesan sampingan.

Anda nak tahu tak apa kesan sampingannya? Kesannya adalah rasa sakit ditempat atau kawasan bekam, bengkak, kulit merasa sedikit terbakar, parut (bekas luka yang tak hilang sepenuhnya), jangkitan kulit dan sebagainya.

Jika bekam dilakukan di bahagian kulit kepala, ada juga kesan masalah pendarahan didalam kepala, jangkitan kuman, kehilangan darah dan bermacam-macam lagi kesan sampingan akibat jika sering melakukan bekam secara berulang-ulang di bahagian kepala dengan kerap.

Imej via [7dmc]
Imej via [7dmc]

Kesimpulannya, sekiranya anda ingin ke pusat rawatan bekam, pastikan anda periksa betul-betul bahawa pusat tersebut dijamin selamat, para perawat yang profesional dan mahir, alatan yang berkualiti dan bersih serta mendapat kelulusan dari pihak kesihatan.

Pastikan sebelum berbekam, anda bebas daripada masalah jantung, bebas dari kanser, tidak hamil, tidak mengalami masalah kejang otot dan pelbagai lagi penyakit yang memudaratkan. Bekam amat baik untuk kesihatan, disarankan anda lakukannya jika benar-benar dalam keadaan yang baik.

Jom baca juga Cara rawat kelecuran di badan, punca toksin dalam badan, hikmah perkahwinan dan Cara banyakkan susu badan ibu.

Rujukan:

  1. isn
  2. bharian
  3. wikipedia

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.