Boleh tak bawa baby ke Cameron Highland untuk bercuti? Iyalah, kawasan Cameron Highland tu kan sejuk? Nak bercuti bersama keluarga dengan membawa anak yang masih kecil terutama ke tempat sejuk memang sangat mencabar! Ia perlu dirancang dengan teliti untuk elakkan masalah.

Bercuti dengan membawa anak  bukan satu perkara mudah. Lagi-lagi jika ingin bawa anak ke Cameron Highland yang terletak di Pahang. Tempat ini cukup sesuai untuk family dan anak untuk bercuti, namun kena siapkan pelbagai persediaan.

bawa baby ke cameron highlands
image via : Wazari Wazir

Nak tahu apakah tips untuk bawa baby ke Cameron Highland? Jom baca artikel ini dari awal hingga akhir.

Bercuti Dengan Baby Tidak Salah Asalkan Dirancang Dengan Teliti

Tidak dinafikan ramai ibu bapa yang sudah tidak sabar untuk bercuti bersama anak kesayangan. Lagi-lagi dengan anak yang masih kecil. Nak beri pengalaman katanya. Nak bina kenangan juga untuk dikenang sepanjang masa.

Untuk bercuti bersama baby atau anak kecil ini tidak salah cuma sila pastikan perkara ini dipandang serius dan bukannya sekadar satu perkara yang remeh.

Perancangan yang teliti perlu dilakukan agar segalanya boleh berjalan lancar dan tidak bertukar kepada tragedi. Almaklumlah anak kecil ini ragamnya banyak dan tidak seperti kanak-kanak yang sudah besar. Faktor keadaan sekeliling untuk lokasi percutian juga perlu di beri perhatian lagi-lagi untuk tempat seperti Cameron Highlands.

10 Tips Untuk Persiapan Bawa Baby Bercuti Ke Cameron Highlands

1. Pakaian yang secukupnya

Anak kecil atau baby ini memang kena kerap tukar pakaian jadi pastikan pakaian yang dibawa adalah cukup dan lengkap dengan stokin, sarung tangan, lampin pakai buang serta baju sejuk yang berhud kerana anak kecil tidak akan berasa selesa bila berada didalam kesejukan. 

2. Makanan yang mencukupi

Selain makanan seperti nasi goreng atau nasi berlauk untuk ibu ayah, pastikan juga disediakan makanan untuk anak. Jangan lupa bawa sekali snacks dan biskut khas untuk baby. Makanan begini dapat membantu baby dari meragam dan ia juga dapat menenangkan baby di dalam perjalanan.

Tidak untuk baby saja, anak-anak lain juga boleh di bantu dari rasa jemu berada dalam kenderaan dengan makanan. Perjalanan yang panjang pasti membuatkan mereka berasa lapar dan biskut sebegini boleh mengelak anak-anak dari mula buat perangai.

3. Bawa Sekali Mainan

Kalau banyak berjalan pun anak kecil pasti membuat perangai dek kerana keletihan dan kebosanan jadi adalah lebih baik dibawa bersama mainan yang sederhana saiznya ataupun sebaiknya mainan kegemaran anak. Jika terlupa beli saja mainan baru, tentu anak happy dan kembali bersemangat semula untuk bercuti.

4. Sediakan Juga Botol Air Berisi Minuman

Bawa botol air minuman dengan saiz yang sederhana (500ml) buat setiap orang supaya g mudah untuk dibawa atau dimasukan kedalam beg galas kerana cuaca di Cameron Highlands yang sejuk boleh mengeringkan kulit jadi sebaiknya minum air kosong sekerap yang boleh.

5. Bawa Baby Carrier Berbanding Stroller

Adalah lebih mudah memgendong anak kecil dengan baby carrier dari menggunakan  kereta sorong atau stroller yang pastinya tidak boleh digunakan di kebanyakan lokasi yang akan dilawati malah akan menjadi suatu bebanan pulak nanti. Tapi ada beberapa lokasi di Cameron Highlands yang boleh kita gunakan stroller.

bawa baby ke cameron highlands
image via : JMR23

6. Isikan Semua Barang Baby Dalam Beg Galas

Sewaktu bersiar-siar dan melawat ke tempat menarik, sebaiknya bawa sebuah beg galas yang boleh memuatkan keperluan si anak antaranya baju, lampin pakai buang, tisu basah, ubatan, botol air, biskut atau snacks dan sebuah beg lagi kelengkapan buat ibu seperti telekung, monopod dan kelengkapan yang perlu.

7. Bawa Juga Payung Lipat Atau Baju Hujan

Cuaca di Cameron Highland tidak menentu dan kadangkala hujan turun walau tidak lebat tapi adalah sebaiknya kita sediakan payung ataupun lebih mudah bawa baju hujan untuk dipakaikan kepada anak kecil kita. Payung boleh di beli dari jenis boleh lipat untuk mudah dimasukkan ke dalam beg galas.

8. Ubat-ubatan

Sangat penting untuk kita membawa ubatan seperti ubat demam, koolfever, minyak angin, minyak gamat, Mopiko, Vicks dan Balm kerana bila berubah persekitaran dari cuaca panas ke cuaca sejuk, anak-anak mudah mendapat selesema dan demam malah dikhuatiri anak mungkin terkena gigitan serangga mahupun nyamuk

9. Kerap Berhenti Untuk Mengelakkan Mereka Jemu

Kalau kita sebagai orang dewasa pun boleh berasa letih dan jemu dalam perjalanan, apatah lagi buat anak kecil jadi adalah disarankan kita berhenti untuk meregangkan otot dan menyedut udara luar supaya anak-anak tidak berasa bosan dan jemu.

10. Rancang Waktu Perjalanan Dengan Teliti

Kalau boleh pastikan membawa anak kecil di luar waktu cuti umum dan cuti sekolah kerana ini mengelakan kita terperangkap di dalam kesesakan jalan raya hingga membuatkan kita bosan dan yang pastinya anak-anak menjadi hilang mood dan mula membuat perangai. 

Sebaiknya mulakan perjalanan di waktu malam kalau perjalanan melebihi 6 jam kerana di waktu itu adalah waktu tidur atau keluar di waktu awal pagi atau sebelum subuh dan kita dapat memandu dengan tenang.

Bercuti Ke Cameron Highlands Memang Seronok! Tapi Jangan Lupa Untuk Fikirkan Keseronokkan Si Anak Di Waktu Itu

Jangan sesekali bercuti dalam keadaan tergopoh gapah. Bercuti adalah untuk merehatkan diri dan minda bukannya untuk berasa sakit kepala. Nak dapatkan sebuah percutian yang seronok seharusnya dimulakan dengan menyediakan segala kelengkapan dan keperluan yang disyorkan untuk travel bersama baby.

Cameron Higland! Tipulah kalau tak teruja untuk ke Cameron Highland cuma sedihnya masih ramai ibu ayah yang tidak peka akan perkara ini. Sudahnya bila percutian tidak berjaya hmmm anak pula yang dipersalahkan. Baca juga tips untuk bantu anak jalan sendiri , tips ajar anak baca dan cinta Al Qur’an sejak kecil.

Sumber :

Aku Islam

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Penulis bebas yang berkerjaya dari rumah. Fokus menulis dgn skill SEO dalam gaya santai untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.