Jika hujan mula turun, mulalah ibu bapa memanggil anak-anak masuk ke dalam rumah kerana takut sakit demam. Selepas itu, ibu bapa menyuruh anak-anak terus pergi mandi dan bersihkan badan dari air hujan tadi untuk mengelakkan daripada demam.

Tetapi tahukah anda sebagai ibu bapa, ada kebaikannya membiarkan anak bermain hujan? Ini kedengaran agak pelik tetapi ia adalah benar. Mengapa dan apakah manfaat membiarkan anak bermain ketika hujan?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai manfaat membiarkan anak bermain ketika hujan. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca. Tiga buku penulisan beliau yang berjudul “3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna”, “Why So Serious Parents?” dan “Parents, Welcome To My World” sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC.

manfaat bermain ketika hujan
Image via Facebook

Manfaat bermain ketika hujan

Sebelum membiarkan anak-anak bermain ketika hujan, ibu bapa perlu lihat dahulu keadaan hujan tersebut. Pastikan hujan tersebut bukan hujan kilat, guruh dan angin yang kuat. Selepas sudah pastikan tiada jenis-jenis hujan tersebut baru boleh membiarkan anak bermain ketika hujan.

Berikut adalah manfaatnya :

1. Hujan adalah salah satu “platform” untuk anak form a deeper connection with nature. 

2. Hujan let the kids learn and play through their senses. Anak dapat LIHAT dan DENGAR bunyi hujan yang jatuh di atas permukaan yang berbeza (atas atap, atas tanah, atas daun, dan pelbagai lagi), dapat RASA air hujan pada lidah, dapat SENTUH hujan di seluruh badan, dapat HIDU bau alam yang sedang basah.

manfaat bermain ketika hujan
Image via Facebook

3. Hujan stimulates motor skills anak-anak. Sebagai contoh, they move, they dance, they learn to balance their body on slippery surface. 

4. Hujan sangat membantu dalam character development anak. It encourages children to be adventurous, independent and more able to asses risks. Kalau ada isu anak low self esteem, let them have fun in the rain!

5. Hujan adalah peluang untuk ibu bapa fahamkan anak tentang BUKTI kewujudan dan kekuasaan Allah. Tanya anak, dari mana agaknya hujan ni datang? Siapa agaknya yang kawal hujan? Bagaimana hujan boleh jadi rezeki dan rahmat kepada alam. 

6. Hujan meletakkan alam di dalam alpha state iaitu tenang dan mendamaikan. Alpha state adalah salah satu waktu mustajab untuk menadah tangan dan berdoa.

*Dalam kita sibuk marah anak-anak kita bermain ketika hujan, ada kebaikannya. Apa kata ibu bapa bermain sekali bersama mereka, selain dapat mengajar mereka tentang alam semula jadi, kita boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Tetapi pastikan hujan yang turun tidak merbahaya, hanya hujan yang ringan-ringan sahaja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.