Ayam merupakan pilihan makanan yang sangat popular dalam kalangan kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Ayam merupakan pilihan utama kerana ianya merupakan salah satu sumber protein yang mudah untuk di dapati.

Pada masa yang sama, ianya merupakan pilihan protein yang sihat dan berkhasiat kerana ayam adalah salah satu sumber protein yang mempunyai rendah kadar lemaknya sekiranya lemak dan kulitnya sudah di buang. Sekiranya lemak dan kulit tidak di buang kadar lemak tinggi juga.

bahaya ayam mentah

image via : Semuanya JDT

Mengapa Makan Ayam Yang Tidak Masak Dengan Betul Ini Bahaya?

Kita perlu memastikan penyediaan dan cara memasak ayam menggunakan suhu memasak yang selamat. Hal ini bagi mengelakkan sesetengah mikroorganisma yang berpotensi membuatkan seseorang itu mempunyai masalah penghadaman (cirit-birit) sekiranya cara penyediaan atau memasaknya tidak betul. 

Untuk pengetahuan, ayam perlu dimasak sehingga suhu dalaman 74°C kerana dengan suhu inilah ianya dapat membunuh mikroorganisma yang menganggu penghadaman.

Antara jenis-jenis bakteria tersebut mengikut pembacaan adalah :

1) Bakteria Salmonella 

Bakteria ini pada kebiasaanya hidup dalam usus haiwan ternakan, terutamanya ayam, lembu, khinzir. Ia boleh menyebabkan jangkitan saluran usus pada manusia. Sekiranya ia menjangkiti saluran usus manusia ini boleh menyebabkan keracunan makanan.

Terdapat pelbagai tanda-tanda keracunan makanan. Antara tanda-tandanya adalah:-

  • – Kejang perut
  • – Cirit-birit
  • – Loya
  • – Muntah
  • – Demam
  • – Sakit kepala
  • – Sakit otot

Tempoh jangkitan keracunan makanan antara 6 jam ke 72 jam, tetapi kebiasaannya kesan keracunan makanan adalah 12 – 36 jam selepas makan.

 

2) Campylobacter 

Campylobacter adalah 1 daripada 4 penyebab utama penyakit cirit-birit (diarrhea). Ia dianggap sebagai bakteria manusia yang paling biasa. Jangkitan Campylobacter biasanya ringan dan tidak membahayakan manusia, TETAPI ia boleh membawa maut di kalangan kanak-kanak dan orang tua. Hal ini disebabkan sistem imun tubuh mereka lemah.

Campylobacter bakteria boleh dibunuh dengan cara penyediaan makanan yang betul (gunakan suhu memasak yang betul) dan teliti. Gejala campylobacter biasanya hilang selepas empat hari.

Walaubagaimana sekali pun, dalam kes-kes yang teruk menerusi jangkitan Campylobacter, antibiotik mungkin diperlukan kerana imun tubuh tidak dapat melawan bakteria yang menyerang tubuh.

 

3) Escherichia Coli (E-coli)

Bakteria E-coli ini biasanya di jumpai pada air yang tercemar. Tetapi bukan pengetahuan umum, E-coli juga boleh terdapat di dalam makanan yang tidak di masak dengan sempurna terutamanya di dalam daging atau disebabkan pencemaran silang. 

Antara tanda-tanda seseorang itu telah di jangkiti bakteria e-coli adalah:- 

  • – Cirit-birit berdarah
  • – Sakit perut yang teruk
  • – Loya

Kesan bakteria e-coli yang teruk boleh membawa maut. Justeru itu, jangan pernah mengambil mudah dalam penyediaan makanan ini

 

Cara Pencegahan Bagi Mengelakkan Keracunan Makanan

  • Masak daging, ayam dan telur dengan sempurna (masak menggunakan suhu >74°C)
  • Elakkan memakan daging atau stik yang mentah atau separa masak
  • ​Gunakan peralatan yang berbeza (pisau & papan pemotong) ketika penyediaan daging mentah dan yang telah dimasak bagi mengelakkan pencemaran silang
  • ​Simpan makanan mentah dan yang telah dimasak dalam bekas yang berasingan
  • ​Cuci tangan selepas menyentuh haiwan bagi mengelakkan bakteria daripada melekat di tangan. Bakteria biasanya mudah melekat pada bahagian tangan. 
  • ​Cuci tangan sebelum, semasa dan selepas mengendalikan makanan kerana bakteria barada di mana-mana “mencegah lebih baik daripada merawat“.
  • Stik separa masak boleh di makan sekiranya cara penyediaan makanan yang disediakan adalah betul dan mampu mengelakkan daripada berlakunya pencemaran silang
  • Balut ayam mentah yang dibungkus dalam beg plastik tambahan sebelum sejuk beku. Ianya bagi menghalang cecair yang keluar daripada ayam  mencemari barangan makanan lain.

Tips Dan Langkah Mudah Untuk Masak Ayam Dengan Sempurna

1. Potong ayam kepada ketulan yang bersaiz kecil atau sederhana

2. Sebelum goreng ayam, cucukkan dengan garfu supaya isi ayam lebih mudah masak ketika digoreng.

3. Bila minyak dah betul-betul panas, baru masukkan ayam.

4. Pastikan ayam di masak dengan api yang kecil atau sederhana supaya isi dalamnya masak sempurna

bahaya ayam mentah

image via : Rasa.my

 

Ohya selain daripada ayam, ada juga makan lain yang tidak disarankan untuk di makan mentah. Antaranya :

  • susu mentah segar yang baru atau sudah lama diperah
  • telur
  • tepung
  • kentang
  • buah zaitun

Suka Makan Ayam? Tak Salah! Asalkan Tidak Mentah Dan Masak Dengan Sempurna

Itulah dia serba sedikit info mengenai bahaya makan ayam mentah. Pastikan ayam di masak dengan sempurna dan ingatlah, jangan sesekali makan daging ayam yang masih mentah dan ada kesan darah kerana ianya sangat berbahaya. Lagi-lagi untuk anak.

Tak dinafikan mungkin ada sesetengah orang yang sengaja mengambil ringan akan perkara ini. Tak rasa risau dan terus memakan makanan tersebut dengan mengetepikan bahagian mentah yang kurang masak. Tolonglah jangan berbuat sebegitu kerana keselamatan diri tetap perlu diberi keutamaan.

Baca juga khasiat tomato mengikut kajian , keistimewaan dan khasiat bunga raya.

Sumber

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.