Kadang-kadang kita sebagai mak ayah mengajar anak sesuatu yang berbentuk konsep. Yang tak nampak depan mata.

Contohnya, Allah sentiasa ada.

Disebabkan anak masih kecil, agak sukar untuk mengetahui samada dia faham atau tidak apa yang kita ajarkan. Jadi bagaimana untuk mengetahuinya?

Saya mengamalkan pendekatan yang sangat simple tapi berkesan.

Borak-borak Dengan Anak

Sebab anak kecil sangat susah untuk berkata bohong. Tak pandai berbelit sana sini. Lagi-lagi jika jawapannya cepat. Spontan. Itu memang lahir dari kefahamannya.

Antara yang saya ingin yaya faham ialah apabila dia boleh melakukan sesuatu, ia adalah dengan pertolongan Allah. Bukan sebab dia pandai, bukan sebab dia rajin. Tapi sebab Allah yang tolong dia.

muslim kids praying

top-img.com

Tujuannya supaya, dia membesar sebagai seorang yang tidak arrogant. Merasa diri hebat.

Tapi saya perlu juga check pemahamannya tentang apa yang saya tanamkan itu.

Satu hari, dalam perjalanan pulang ke rumah, yaya menceritakan kepada saya apa yang dia lakukan semasa belajar berenang. Selepas dia membuat aksi cara-cara bernafas ketika dalam air, saya terus bertanya:

”Wahhh pandailah anak mama. Siapa yang ajar yaya berenang?”
”Cikgu” Jawabnya spontan. Saya tanya lagi-
”Siapa yang help yaya pandai berenang?”
”Allah.” Nama Tuhan ini terus keluar dari mulutnya.

Jatuh jantung mama sekejap.
Nampaknya dia sudah boleh bezakan, antara usaha kita sebagai manusia dan pertolongan dari Allah. Betul, memang cikgu dia yang mengajarnya berenang. Tapi dia faham, yang memberi dia kepandaian berenang itu ialah Allah.

Alhamdulillah, syukur.

Borak-borak dengan anak. Banyak yang kita akan dapat tahu tentang apa yang anak kita tahu.

Penulis: Dr Siti Ujila

Merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal danPembinaan, UPM. Minat berkongsi cerita-cerita motivasi dan memberi inspirasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.