Adakah sesiapa yang sudah cuba makan ayam goreng lada. Bukan ayam goreng berlada ya. Resepi kali ini memperkenalkan kepada anda ayam goreng lada, dimana bahan utama yang digunakan dalam resepi ini ialah lada hitam sebanyak satu sudu besar, puas lah makan.

Ayam goreng lada menghadirkan rasa yang menarik iaitu pedas-pedas lemak. Disini lada hitam digunakan sebagai bahan perapan untuk menggoreng ayam. Namun begitu, pemakaian lada yang banyak semestinya mempengaruhi rasa ayam berbanding perapan biasa. Sesiapa yang tertanya-tanya itu, marilah cuba resepi ini sekarang juga. Resepi dikongsikan oleh ‎Siti Fatimah‎ di laman Facebook.

Lauk ini paling sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas lagi keluar merecik aroma perapan lada tadi. Boleh juga ditambahkan cili padi dan cili besar untuk makin pedas merecik. Selamat mencuba.

Resepi Ayam Goreng Lada

ayam goreng lada

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam sebelah dipotong dadu,
  • Serbuk kunyit,
  • Sedikit garam dan gula,
  • Setengah ketul pati ayam Knorr,
  • Sebiji bawang besar,
  • Cili padi 6 biji,
  • Cili merah sebiji,
  • Sedikit daun bawang,
  • Sedikit air asam jawa.

Bahan Tumbuk :

  • Lada hitam 1 sudu besar,
  • Halia 1 inci,
  • Bawang kecil 3 biji.
    (Tumbuk bahan-bahan di atas).

Cara-cara :

  1. Gaul ayam dengan bahan tumbuk.
  2. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit, garam dan gula.
  3. Masukkan pati ayam Knorr.
  4. Goreng ayam sampai garing (kaut ketepikan).
  5. Masukkan sedikit air asam jawa.
  6. Masak sampai kuah pekat.
  7. Kemudian masukkan ayam masak dalam 5 min kemudian masukkan bawang besar sebiji.
  8. Cili padi, cili merah dan daun bawang.
  9. Siap boleh dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain ayam goreng lada, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.