Nota Editor :Nazali Noor merupakan seorang penulis buku yang telah berjaya mencapai status bestseller beberapa tahun dahulu dengan tajuk buku “Ulu Yam di Liverpool -Aku Bukan Mat Salleh Celup”. Beliau juga merupakan pensyarah Kanan di Liverpool John Moores University. Buku tulisan terbaru beliau adalah “Anak-anak Abah” yang boleh didapati di Facebook. Klik sini

—————————————————————————————————————

11051891_887848674627174_6220267596228119943_nfacebook.com

Najmi tidak sebijak Kakyongnya Najwa. Juga tidak sepopular Najman anak kedua saya.

Jadi apa istimewanya Najmi? Di mana dia mencari identiti dirinya agar dia tahu akan potensi dan kekuatan dirinya yang dia juga anak yang unik dan penuh keistimewaan?

Jujurnya Najmi adalah klon saya. Wajahnya, fizikalnya, cara berjalannya persis saya. Tapi nalurinya, tindakannya, cara dia memahami dan melontar pandangan saling tak tumpah seperti Ain.

Dia tidak banyak bicara tapi seorang pendengar yang sangat baik. Seorang yang sangat patuh dan bertanggungjawab. Dalam banyak keadaan dia yang banyak mengalah dari kakak dan abangnya. Dalam semua keadaan dia mendahulukan adik adiknya Adam dan Awwab.

Dalam kesemua anak anak saya Najmilah yang paling reliable dan paling matang.

Disuruh apa sahaja dia tak pernah berkata ‘Ahh’ atau bertangguh tangguh. Tak kira macamana letih atau penatpun dia akan sentiasa buat apa yang diminta tanpa rungutan.

Dia anak yang paling pandai mengambil hati saya dan Ain. Dalam banyak keadaan acapkali kami rasa Najmilah yang jadi anak sulung dari anak kami berlima kerana sikap prihatin dan tanggungjawabnya.

Dia bukan antara pelajar yang senang dapat dan faham seperti Najwa kerana itu dia selalu kata pada saya,

“Abah, Najmi tak pandai macam Kakyong jadi Najmi kena usaha lebih kan Bah?”

Kerja sekolahnya sentiasa tip top dan sistematik kerana dia tahu dia harus usaha lebih untuk faham sesuatu.

Dia tak betah meminta minta atas apa juga yang dia korbankan untuk abang, kakak mahupun adik adiknya.

Reward pada Najmi sangat mudah. Cukup dengan ucapan terima kasih dan ciuman di pipi dan ubun ubunnya.

Berbanding Najman yang sentiasa suka populariti dan dipuji puji, Najmi lebih senang jika dia dihargai dengan hanya segaris senyuman di bibir kami.

Dia yang paling kerap membantu Ain di homestay milik kami. Ke kedai membeli itu ini dan abang yang paling disayangi Adam dan Awwab.

Pernah dalam sembang saya bersama Najmi saya kata

“Najmi.. Abah nak mintak tolong tau kat Najmi”

“Tolong apa bah?”

“Kalaulah abah dah takda kan nanti, Najmi janji dengan abah Najmi akan jaga mama dan adik adik ya Najmi?”

Tanpa berfikir lama dia balas pertanyaan saya

” I promise abah. Najmi anak lelaki kan? I will look after mama, Adam, Awwab and the family.

But I am sure you going to live longgggg very very longggg time.

Abah jangan risaulah ya?”

Najmi anak saya yang paling suka memeluk saya dan pada usia remajanya kini dia masih senang dipeluk cium oleh saya da. Ain tanpa rasa segan dan malu.

Dia anak remaja yang sentiasa mencari masa untuk menempel dengan kami walau sekadar bergebang kosong.

Seringkali datang menawarkan diri untuk mengurut dan memijak belakang Ain dan saya hampir setiap malam tanpa jemu.

Pernah sekali saya minta dia pijak dan urut belakang dari usai solat isyak kerana keletihan sampai saya tertidur. Bila saya terjaga sudah hampir tengah malam Najmi masih setia mengurut walau dia dah tersangap sangap kepenatan.

“Eh laaa kenapa tak tidur lagi ni? Bila abah dah tertidur Najmi berhenti ajalah urut abah.”

“Takpalah abah penat kan bah? Kesian kat abah letih sakit badan”

Di sekolah Najmi disenangi semua guru gurunya. Dia seorang yang sangat aktif bersukan dan mewakili Liverpool dalam pertandingan bola keranjang.

Baru baru ini dia menerima anugerah di sekolahnya sebagai “most valuable player” di anugerah sukan di sekolah. Kerana dia kapten pasukan bola keranjang dan bermain untuk pasukan sekolah dan daerah untuk year 9 walau dia masih di year 8.

Pencapaian akademiknya juga sangat baik. Dia sebtiasa mendapat pujian dari kesemua guru dan digekar “Mr reliable” oleh guru guru sekolah.

Saat paling emosi pada saya bila Najmi tanyakan saya satu soalan

“Abah can I ask you a question bah?”

Saya pandang wajahnya dengan dahi yang berkerut

“Of course Najmi? Ada yang tak kena ke Najmi?”

” Takdalah bah. I just want to ask you this”

Dia diam seketika menyusun ayat saya kira

” Bah.. You know that I am not as clever as Kakyong nor as glamourous and confident as Najman kan bah?

I just want to know if you are proud of me?

If you are not takpa bah.

Show me the way how to improve bah.

I will work hard to make you and mama proud of me.
I promise”

Tekak saya kering dan mata saya berkaca.

Saya pandang Najmi.

“Can I hug you Najmi?”

Dia hampiri saya dan kami berpelukan.

” I am so proud of you Najmi. You are a perfect son to abah and mama.

A son that any parent will be proud and wishing for.

Always proud of you Najmi.

Always”

Najmi lepaskan pelukan saya

Dia kata

“That is the best gift I ever had from you abah.

Thank you.

I love you so much”

Anak anak adalah talian hayat kitakan teman?

Sayanglah mereka sepenuh hati ya?

Setiap mereka istimewa dengan cara tersendiri.

Jangan beza bezakan kasih sayang antara mereka ya?

“Dear Najmi Afiff Nazali

Bila abah dah takda nanti abah nak Najmi baca semula coretan dari hati abah ni ya nak?

Show this entry to your children that you are an amazing kid

And tell all of them that I am so proud of you.

Always will

And always be

 

Penulis: Dr Nazali Noor

Dr Nazali Noor

Nazali Noor merupakan seorang penulis buku yang telah berjaya mencapai status bestseller beberapa tahun dahulu dengan tajuk buku "Ulu Yam di Liverpool -Aku Bukan Mat Salleh Celup". Beliau juga merupakan pensyarah Kanan di Liverpool John Moores University. Buku tulisan terbaru beliau adalah "Anak-anak Abah" yang boleh didapati di Facebook. Klik sini

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.