Semua orang mempunyai tabiat membuang air besar yang berlainan. Ada yang membuang air besar sehari sekali, dua kali sehari atau lebih dari tiga kali sehari. Bagi orang yang normal, tabiat membuang air besarnya juga normal. Jadi, ia tidak menjadi satu masalah besar bagi orang yang normal.

Bagi orang yang tidak mempunyai tabiat membuang air besar yang normal, ia menjadi masalah besar baginya. Kadang-kadang, lebih dari dua hari tidak membuang air besar. Bukan sahaja orang dewasa yang mengalaminya malah kanak-kanak juga mengalami sembelit.

Semestinya, ibu bapa rasa bimbang apabila anak-anak mereka mengalami sembelit. Bagaimanakah cara untuk mengatasi sembelit anak-anak?

Mari kami kongsikan info sebenar 10 cara selamat atasi sembelit anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.

10 Cara atasi sembelit anak.

1. Atasi sembelit dengan minum air kelapa

Air kelapa perlulah yang segar dari buahnya. Bukan yang dibeli dikedai yang ada tambahan gula. Seeloknya bagi anak setengah cawan – 1 cawan sebelum mula makan makanan berat yang lain.

cara atasi sembelit
Image via ibudoakan.com

2. Atasi sembelit dengan buah betik

Untuk anak atas 6 bulan yang belum ada gigi, boleh lenyek betik masak dan jadikan puri. Beri anak makan puri betik dulu sebelum beri bubur nasi atau susu botol.

cara atasi sembelit
Image via ibudoakan.com

3. Atasi sembelit dengan minum banyak air putih

Walaupun anak minum susu tepung, anak haruslah diberi air putih juga. Anak usia 1- 3 tahun memerlukan antara 1 liter air putih setiap hari. Orang dewasa pula memerlukan paling minimum 3 liter sehari.

4. Balm/ Minyak Ubat

Selain makanan ada juga balm atau minyak ubat yang boleh melegakan sembelit dengan segera. bahan dalam balm atau minyak ubat ini perlulah mempunyai bahan yang bagus untuk perut seperti tangerine, serai dan bergamot.

5. Minum jus nanas

Sediakan buah nanas yang sudah masak, untuk atasi sembelit hanya perlu meminum jusnya sahaja, seratnya perlu ditapis dan dibuang. jadikan amalan 2 kali sehari untuk pembuangan air besar yang lancar. Untuk anak pula hati- hati beri jus nanas dibimbangi anak akan sakit perut dan cirit birit pula.

6. Amalkan minyak zaitun

Setiap malam sebelum tidur boleh minum 1 sudu minyak zaitun. Untuk anak kecil boleh juga beri minyak zaitun sesudu kecil setiap malam. Minyak zaitun akan rasa tidak sedap, tapi sangat membantu melancarkan penghadaman dalam tubuh. Najis jadi lembut dan mudah untuk kita membuang.

7. Kunyit

Kunyit boleh buat jus atau makan begitu sahaja. Antioksidan yang ada di dalam kunyit mampu menjaga dan melindungi usus. Selain itu jika rasa sakit kerana sembelit vitamin daripada kunyit boleh meredakan rasa sakit itu.

8. Jauhi makanan segera

Jangan amalkan makanan segera selalu walaupun hanya kentang goreng. Bahan pengawet dalam makanan segera memang boleh menyebabkan sembelit kerap berlaku.

9. Makan makanan yang banyak mengandungi prebiotik dan probiotik

Makanan yang mempunyai kandungan prebiotik yang tinggu ialah arabic gum, pisang, bawang dan bijirin. Manakala probiotik ialah yogurt, budu, dan makanan yang diperap seperti kimchi dan jeruk.

cara atasi sembelit
Image via ibudoakan.com

10. Bersenam

Senaman yang mudah ialah kayuh basikal. Untuk anak kecil boleh buat senaman gerakkan kaki anak seperti sedang mengayuh basikal. Selain itu boleh mulakan aktiviti berjalan kaki selama 20 minit setiap hari.

*Mudahkan tips yang dikongsikan oleh Puan Aminah. Tips ini bukan sahaja boleh digunakan untuk atasi sembelit anak, malah sesuai juga untuk orang dewasa. Tips ini sesuai digunakan oleh semua lapisan umur dan masyarakat. Insyaallah, tips ini dapat membantu anak anda yang mengalami sembelit. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.