Buasir adalah satu penyakit di mana jika tidak dirawat ia akan menjadi satu masalah yang besar. Bukan semua orang mendapat penyakit buasir ini. Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak.

Buasir selalu terkena pada warga yang berumur 30 tahun dan ke atas dan wanita hamil. Ia boleh terkena pada lelaki dan wanita. Buasir dalam bahasa sains adalah hemoroid. Jika terkena buasir, cepat-cepatlah pergi klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan lebih-lebih lagi pada wanita yang hamil.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai buasir ketika hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

buasir ketika hamil
Image via Facebook

Simpton-sipmton buasir

Anggaran seorang dalam lima orang ibu akan mengalami masalah buasir sehari selepas bersalin. Manakala kira-kira seorang daripada sepuluh ibu hamil akan mengalami buasir pada trimester ketiga.

Apakah SIMPTOM Buasir ?

  • Pendarahan selepas membuang air besar.
  • Kerap mengalami masalah sembelit.
  • Rasa sakit, pedih, panas dan gatal di sekeliling dubur.
  • Terdapat benjolan daging kecil di sekitar tempat membuang najis. (Ada yang sakit bila disentuh dan ada yang tidak.)

5 Cara Atasi Buasir

  • Pastikan tidak mengalami sembelit supaya proses membuang menjadi lancar
  • Pilih makanan yang berserat tinggi dan banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ibu hamil yang kurang zat besi lebih mudah terkena sembelit.
  • Minum 6-8 gelas air sehari supaya tidak terhidrat
  • Lakukan senaman ringkas seperti berjalan atau pilih lakukan senaman regangan yang mudah
  • Segera ke tandas jika ada tanda-tanda hendak membuang. Jangan biasakan diri menahan terlalu lama dikhuatiri najis akan menjadi keras dan kering.

*Ingat! Buasir ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira wanita atau lelaki. Bukan sahaja wanita hamil yang perlu berjaga-jaga, malah orang lain juga perlu berjaga-jaga. Jika terdapat simpton-simpton buasir cepat-cepat pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .