Kalau pergi Melaka atau Johor, pasti tercari-cari menu masakan asam pedas. Biasanya asam pedas ini dimasak secara tumis. Menu ini sangat viral di Melaka dan Johor tau. Kami akan kongsikan resepi Asam Pedas Melaka Asli yang sedap dan mudah.

Kebiasaannya asam pedas menggunakan bahan asas iaitu ikan, semua jenis ikan. Sukatan harus mengikuti selera kerana kadang ada yang suka lebihkan pedas ataupun lebihkan asam.

Resepi yang dibuat oleh Nazarina Che Man di laman Facebook ini menggunakan jenis ikan sahaja. Rasanya jadi menarik dan sedap tentunya. Selamat mencuba.

Resepi Asam Pedas Melaka Asli

resepi asam pedas melaka asli

Bahan-bahan:

  • 4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 mangkuk cili kering kisar – boleh letak lebih
  • 3 cm belacan
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu besar lada hitam (bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit dan lada hitam kisar sekali)
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 sudu teh halba
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bendi / terung
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaannya :

  1. Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sikit.
  2. Masukkan bahan-bahan kisar tadi dan serai.
  3. Tumis hingga garing dan pecah minyak.
  4. Dah garing, masukkan gula.
  5. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  6. Masukkan ikan, kacau-kacau sedikit, dan masukkan air asam jawa.
  7. Masukkan bendi atau terung.
  8. Perasakan dengan garam dan biar dia mendidih.
  9. Tutup api.

Tips:

  1. Kalau letak belacan lagi kick.
  2. Biar masak awal 3 @ 4 jam sebelum makan. Lagi lama lagi sedap.
  3. Ikan yang digunakan mesti ikan yang segar.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi asam pedas melaka asli, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.