Adakah anda mempunyai rakan rakan mahu pun keluarga yang sangat mementingkan kesempurnaan ataupun perfectionist? Sekiranya ya, artikel ini mungkin akan membantu anda.

perfectionist

stress.lovetoknow.com

Berikut merupakan 10 fakta mengenai hidup sang perfectionist

#1 Hidupnya Tidak Sempurna

Walaupun seorang perfectionist obsess dengan kesempurnaan, dalam kebanyakkan hal, tabiat perfectionist-nya itulah yang membuatkan hidupnya tidak sempurna. Akibatnya dia terperangkap dalam usaha yang tidak sudah untuk memuaskan diri sendiri dan orang lain. Sehinggakan kenikmatan ‘hidup yang tidak sempurna’ tidak dapat dikecapi.

#2 Terbeban Dengan Diri Sendiri

Perfectionist biasanya terbeban dengan citarasa dan kehendak sendiri kerana sukar baginya untuk menyerahkan tugas kepada orang lain atau berkongsi usaha dan kepayahan. Ini kerana bagi seorang perfectionist – kalau aku tidak buat, ia tidak akan sempurna.

#3 Penghargaan Amat Diperlukan

Perfectionist memerlukan pujian, pengesahan dan penghargaan dari orang lain sebagai bahan api untuk dia bergerak. Kritikan, teguran dan komen negatif biasanya akan terasa amat pahit dan sangat peribadi.

#4 Suka Menangguh Kerja

Perfectionist kebiasaannya akan bertangguh. Bukan kerana tidak mampu, tetapi takut tidak dapat buat dengan sempurna. Kerana baginya, kalau tidak sempurna, lebih baik tidak dimulakan.

#5 Susah Untuk Berhenti

Perfectionist sukar untuk berhenti apabila sudah memulai sesuatu yang dia suka. Apatah lagi dia telah dapat buat dengan sempurna.

#6 Takut Dilihat Gagal

Perfectionist ada kalanya mengelak untuk mencuba sesuatu yang sukar kerana takut dilihat gagal dan tidak dilihat sempurna. Maka, perfectionist akan terus duduk dalam kelompok keselesaaan dan takut untuk menerjah keluar dan zon ini.

#7 Perfectionist Adalah Turun Temurun

Ibubapa yang perfectionist akan membesarkan anak-anak dalam suasana perfectionist dan melahirkan personality anak yang perfectionist. Anak anda pula akan meneruskan legasi anda. It will never end!

anak perfectionist

myaspergerschild.com

#8 Mereka Mudah Stress

Perfectionist terdedah kepada tekanan, kemurungan dan anxiety bilamana aturan kehidupan yang tidak sempurna mengenai hidupnya – penceraian, kematian, penyakit berbahaya dan sebagainya – yang diluar kawalannya.

#9 Biarkan Mereka Gagal Untuk Membaiki Keadaan

Selalunya, cara terbaik memperbetulkan keadaan ialah biarkan perfectionist menemui kegagalan. Bila dia tahu sebenarnya – ‘it’s ok’ – untuk gagal. Tiada apa yang tidak normal dengan gagal dan gagal itu jalan yang harus dilalui oleh manusia normal. Barulah dia mengenal dunia diluar kesempurnaan.

#10 Ketidaksempurnaan

Tidak ada masalah mengejar kesempurnaan. Tetapi bila kesempurnaan jadi matlamat dan cita-cita, di situlah kita sebenarnya mencipta ketidaksempurnaan.

Jika anda mempunyai perfectionist di sekeliling anda, bantulah mereka untuk kehidupan yang lebih baik! Diharapkan artikel ini dapat membantu yang lain.

Penulis: Dr Rozanizam Zakaria

Dr Rozanizam Zakaria

Merupakan seorang doktor dalam bidang psikiatri dan motivasi minda. Merupakan penulis buku "Aku Nabi Isa!.." dan banyak berkongsi tentang ilmu psikologi anak-anak. Beliau boleh dihubungi di Facebook.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .