Kita ada penyakit buah pinggang tetapi kenapa rasa lemah, tidak bermaya dan muka pucat lesu. Adakah kita mengalami Anemia? Mari kita ketahui info sebenar mengenai hubungan di antara penyakit buah pinggang dan Anemia.

Anemia selalu berlaku kepada pesakit buah pinggang kronik. Pesakit akan selalu kelihatan letih, pucat dan tidak bermaya. Adakah anda tahu puncanya?

Penyakit buah pinggang
Image via Bidadari

Mari kita dengarkan dari doktor pakar iaitu Dr. Suhazeli abdullah mengenai info ini.

Apa tu Anemia?

Anemia adalah satu keadaan di mana hemoglobin (Hb) sel darah merah berkurangan. Tugas utama Hb adalah membawa oksigen ke seluruh badan. Jadi jika Hb kurang, oksigen yang mengalir juga kurang. Oleh yang demikian pesakit akan senantiasa letih, pucat, sesak nafas, pening dan beberapa tanda lagi.

Apa pula kaitan kurang Hb ini dengan buah pinggang?

Hormon yang penting dalam proses pembentukan sel darah merah adalah eritropoitin (EPO). Hormon EPO ini dikeluarkan oleh buah pinggang. Apabila buah pinggang rosak, pengeluaran EPO akan terbantut. Justeru itu, pengeluaran sel darah merah juga akan berkurangan.

Image via Facebook

Jagalah buah pinggang anda supaya tidak rosak. Punca utama kerosakan buah pinggang di Malaysia adalah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Sebagaimana kajian yang telah dijalankan 58% dari kes yang baru menjalani rawatan haemodialisis adalah terdiri dari pesakit kencing manis. Ubat kencing manis yang didakwa mengandungi bahan kimia itu bukan penyebab kerosakan buah pinggang.

Inilah kenapa doktor terlalu bersungguh beri nasihat dan ‘marah’ apabila terdapat pesakit yang degil. Doktor lagi melenting apabila pesakit mengambil produk kesihatan yang entah dari mana kesahihannya sehinggakan kencing manis tidak terkawal.

Doktor akan Tepuk Dahi Berjemaah (TDB) apabila terdapat pesakit terus tegakkan benang basah pertahankan produk yang dia beli. Sebenarnya mereka terpaksa pertahankan sebab sudah ribu riban berhabis duit beli produk.

Sedangkan masuk wad charge seringgit sahaja!

*Maka, sebelum kita melakukan apa-apa tindakan hendaklah kita pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Nasihat doktor itu lebih bagus berbanding daripada nasihat orang yang jual ubat di pasar malam. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diterbitkan oleh kebenaran penulis. Baca artikel penuh di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.