Ramai ibu bapa mendoakan anak syurga mereka di media sosial. Anak syurga yang telah tiada lagi di bumi ini, ya anak-anak ini telah meninggal dunia seawal mereka lahir sehingga mereka belum baligh. Itulah yang sering digelar anak syurga.

Namun begitu, kedengaran anak syurga juga adalah daripada golongan anak-anak yang suci bersih tanpa apa-apa dosa, yang sering beramal dengan Al-Quran dan lain-lain lagi. Sebenarnya, konsep anak syurga adalah pelbagai. Namun, ada kisahnya di sebalik siapa sebenarnya anak syurga.

anak syurga
Imej via [google]

Definisi Anak Syurga

Anak syurga adalah anak yang baru lahir, ketika lahir, keguguran atau yang telah meninggal dunia sebelum usia baligh mereka. Juga dikatakan anak yang cacat atau tidak waras adalah anak syurga kerana mereka tidak dihisab. Anak syurga adalah anak yang meninggalkan dunia secara suci tanpa ada dosa dan sebelum dosa mereka dikira.

Anak Syurga Dari Sabda Nabi SAW

Menurut sumber Mufti Wilayah Persekutuan, Nabi Muhammad SAW telah bersabda bahawa anak yang telah meninggal dunia sebelum baligh akan menarik kedua ibu bapanya untuk masuk syurga.

anak syurga
Imej via [notakaki]

حَدَّثَتْنِي حَبِيبَةُ، أَنَّهَا: كَانَتْ عِنْدَ عَائِشَةَ، فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى دَخَلَ عَلَيْهَا فَقَالَ: «مَا مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَمُوتُ لَهُمَا ثَلَاثَةٌ مِنَ الْوَلَدِ لَمْ يَبْلُغُوا الْحِنْثَ إِلَّا جِيءَ بِهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُوقَفُوا عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ فَيُقَالُ لَهُمُ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ فَيَقُولُونَ حَتَّى يَدْخُلَ آبَاؤُنَا فَيُقَالُ لَهُمِ ادْخُلُوا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمُ الْجَنَّةَ

Maksudnya: “Aku berada bersama Aisyah RA maka telah datang Nabi SAW sehingga baginda SAW masuk lalu bersabda: Tidaklah dua orang muslim meninggal dunia, di antara keduanya ada tiga orang anak (mereka adalah tiga bersaudara) yang belum berusia dewasa (baligh) kecuali Allah akan datangkan mereka pada hari Kiamat sehingga didirikan pada pintu-pintu syurga lalu dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam Syurga. Mereka menjawab: Sehingga dimasukkan ibubapa kami. Maka dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu dan juga ibubapa kamu ke dalam Syurga”.

[Lihat: Mu’jam al-Kabir, no. hadith 571, 24/225] [Imam al-Haithami mengatakan perawi-perawinya thiqah di dalam Majma’ al-Zawaid dan al-Albani menghukum hadith ini sahih sebagaimana di dalam sahih al-Targhib] (Riwayat Habibah RA)

anak syurga
Imej via [aliexpress]

Firman Allah SWT :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannyaa”.

[Al-Thur:21]

Kisah Anak Syurga Sebenar

anak syurga
Imej via [utusan]

Ketika di Padang Masyhar dan berlakunya keadaan yang amat panas di antara semua kalangan manusia, anak yang meninggal sebelum baligh ini semuanya diberikan minum untuk diberikan kepada ibu bapa mereka. Mereka akan menyusup di antara ramai orang untuk mencari ibu bapa mereka sedangkan manusia lain tersangatlah dahaga.

Sepanjang kematian mereka dari kecil, mereka telah dikumpulkan di suatu tempat dan telah diasuh oleh Nabi Ibrahim AS. Apabila berlakunya kiamat, anak-anak ini terus akan dipindahkan ke syurga tanpa melalui hisab, pengadilan Mahkamah Rabbul-Jali, tidak melalui mizan, titian sirat, tidak terkena matahari dan lain-lain lagi.

anak syurga
Imej via [abiummi]

Ketika di syurga, Malaikat akan memberitahu bahawa semua ibu bapa mereka telah berada di depan pintu syurga. Semua anak syurga bergegas berlari mencari ibu bapa masing-masing. Sehinggalah mereka yang tidak berjumpa akan bertanya kepada malaikat, dan jawapan malaikat adalah, “Wahai Wildan, Ayah dan bonda kamu telah terjatuh ke dalam neraka”.

Istilah “al-wildan” dalam Hadis Qudsi yang digelar oleh malaikat kepada anak syurga asalnya kata tunggalnya iaitu “al-walid”, yang bermaksud anak yang baru dilahirkan: bayi atau anak kecil yang belum akil baligh.

Anak syurga ini akan menangis mendengar khabar ibu bapa mereka yang berada di neraka. Justeru, malaikat meminta mereka mengadu kepada Nabi Muhammad SAW. Seraya mengadu kepada Nabi SAW, nabi mengangkat tangannya berdoa dan akhirnya orang mukmin yang masuk neraka dan didoakan itu dikeluarkan dari neraka. Mereka terus masuk ke dalam Syurga dan disambut oleh anak syurga mereka yang telah terpisah di dunia dahulu.

Telah Allah SWT berfirman dalam Al-Quran (Ad-Dahr: 11): Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.

Syafaat Anak Syurga Dicemburui Ramai

anak syurga
Imej via [dahtauker]

Beruntunglah anda yang mempunyai anak syurga di dunia dan di akhirat kelak. Anak syurga yang telah lama meninggalkan kita atau belum pun kenali kita di dunia tetap akan menunggu kita di sana nanti. Mereka adalah penyelamat kita pada jalan terakhirnya untuk kita masuk syurga.

Syafaat anak syurga adalah anak syurga boleh menarik dan meminta kepada Allah SWT untuk memasukkan ibu bapanya ke dalam syurga bersama-samanya. Syafaat adalah keajaiban doa atau hal yang diperkenankan oleh Allah SWT, selalunya adalah para nabi dan orang-orang soleh. Namun siapa sangka, seorang anak syurga akan menunggu untuk masuk syurga bersama ibu bapanya.

Sekiranya kita mempunyai anak syurga, redhalah walau kita hanya menjaganya seketika waktu. Keredhaan dan kesabaran kita akan dinilai oleh Allah SWT dan malaikat. Sudah pasti ada hikmahnya di dunia ini dan ganjaran yang besar menanti anda di akhirat sana.

anak syurga
Imej via [majalahpama]

Itulah dia maksud anak syurga yang sebenarnya dan syafaat anak syurga terhadap kedua ibu bapa. Beruntunglah anda yang mempunyai anak syurga di sana! Jom baca juga Cara ambil anak angkat di hospital, Peranan ibu bapa dan Cara berbuat baik kepada ibu bapa.

Rujukan:

  1. muftiwp
  2. hmetro
  3. facebook

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.