Antara kelebihan anak yang agak manja ialah dia mudah menangis teresak-esak sambil memaut kita rapat ketika kita perlu keluar rumah. Air matanya laju, seolah-olah kita akan meninggalkannya selama seminggu.

Man patting son on headcorbisimage.com

Anda biasa dengan situasi itu? Jika ia, jangan risau, sebab saya juga biasa mengalaminya.

Tapi, pagi tadi – keajaiban berlaku. Sebab tu saya nak share, mana tahu ia juga mujarab untuk anak anda.

”Mama, mama nak pergi mana?” katanya bila dia nampak saya dah bersiap dengan tudung dan beg.

Saya tak jawab terus, sebaliknya datang duduk sebelah dia yang masa tu sedang menonton tv.

”Yaya, mama nak pergi belajar” – saya kata.

”Yaya rasa, Allah suka tak kalau mama pergi belajar?” tanya saya.

 ”Suka” jawabnya ringkas. Dengan suara kelat. Muka pun kelat.

”Tapi esok, mama ada kat rumah dengan yaya, ok?”

”Ok”.

”Bye sayang mama. I love you. Assalamualaikum”

 “ I love you. Waalaikummussalam (dengan pelat2 budak dia hehe)” – sambil terus menonton tv.

Saya melangkah keluar, dalam hati – aik?? Biar betul?

Takde menangis?
Takde tarik tangan mama?
Tak ikut pun ke pintu?

MasyaAllah. Alhamdulillah.

Power betul kesannya bila sebut je Allah. 1 minit je. Tak payah nak umpan dengan apa-apa. Tak payah tinggi suara.

Sejak kebelakangan ini, saya selalu bercerita tentang Allah kepada yaya. Dalam apa-apa pun situasi. Sebab saya yakin, kalau anak feel:

betapa hebatnya Allah
betapa baiknya dan sayangnya Tuhan kat dia

Pengaruh Tuhan akan sangat besar pada dia.

Nanti, kita akan senang pujuk dia bila dia takut untuk ke dapur seorang diri. Kita cakap saja ”Adik jangan takut, Allah jaga adik, sebab Allah sayang adik.” Jangan terkejut jika dia menjadi lebih berani.

Bila dia malas belajar, kita cakap saja ”Kakak, Allah suka kita belajar. Nanti bila kakak pandai, kakak boleh tolong orang. Kan Allah suka kita tolong orang.” Dia pasti akan suka belajar.

Tapi semua ini akan mudah berkesan, jika kita sentiasa bercerita kepada anak tentang Allah, kehebatannya, betapa sayang dan baiknya Dia kepada kita. Yang Allah sentiasa terlibat dalam kehidupannya.

Banyak caranya. Tapi contoh-contoh di bawah antara yang saya sering lakukan dan mungkin anda boleh cuba juga:

#1 Bila Anak Menunjukkan Akhlak Yang Baik, Atau Membuat Benda Baik Seperti Tolong Angkat Barang.

Katakan padanya:

“Baiknya adik. Allah sayang adik dan suka sangat bila adik tolong mama ni. Allah baik sangattt, sebab tu Dia suka kalau kita pun baik.

Nanti Allah bagi adik present, bagi adik masuk syurga. Sebab adik good girl, tolong mama. Adik nak tak masuk syurga?”

Bila dia kata nak, kita terus ajar dia untuk doa. Minta dia tadah tangan, dan ajar dia untuk doa dari hati.

”Ya Allah, terima kasih sebab bantu adik jadi good girl. Adik nak jadi orang baik. Please help adik jadi good girl. Sebab adik sayang Allah dan adik nak masuk syurga. Thank you Allah”

#2 Bila Dia Dapat Sesuatu, Contohnya Ais Krim Kegemarannya, Kita Kaitkan Balik Dengan Allah.

 Sentiasa ajarkan yang semua nikmat, semua yang dia suka tu dari Allah. Allah yang bagi. Tanamkan yang Allah baik sangat dengan dia.

Contohnya, sambil makan ais krim, katakan –

”Sedapkan ais krim ni Abang Long? Ais Krim ni Allah yang bagi kat Abang Long. Sebab Abang Long baik, selalu tolong mama jaga adik. Bila Allah bagi kita something, kita kena say thank you to Allah. Bila kita say thank you, nanti Allah bagi lagi banyak ais krim, present”

Kemudian ajak dia tadah tangan dan doa,

”Ya Allah, thank you Allah, bagi Abang Long makan ais krim. Thank you Allah. Abang Long sayang Allah”.

#3 Bila nampak sesuatu yang cantik (apatah lagi kalau anak memang kata cantik).

Katakan padanya –

”Cantikkan bunga ni kakak. Siapa cipta bunga ni? Allah sebab Allah Maha Hebat. Semua Allah cipta. Allah yang cipta kakak, turunkan hujan, cipta burung yang terbang tu. Hebat tak Allah?” Confirm anak jawab ”Hebat”

Tips – kalau anak ada soalan susulan berkenaan Allah, syurga (biasanya memang akan ada), saya fikir kita wajib menjawab dengan cara yang terbaik. Senang cerita, tekankan tiga perkara:

  • Hebatnya Allah
  • Baiknya Allah dan sayangnya Allah pada kita
  • Pengaruh (penglibatan) Allah dalam hidup kita

Saya baru mengamalkan kurang sebulan. Hasilnya, masyaAllah – sangat luar biasa. Senang di ajak solat. Senang di pujuk. Senang di suruh.

2104398483_243e0787bf_oflickr.com

Cuba amalkan dan lihat perubahan pada anak kita.

Penulis: Dr Siti Ujila

Dr Siti Ujila

Merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal danPembinaan, UPM. Minat berkongsi cerita-cerita motivasi dan memberi inspirasi.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .