Lumrah kanak-kanak suka bermain. Kebanyakkannya suka menonton tv. Apatah lagi jika ada Mickey Mouse dan terbaru Frozen. Dia boleh duduk mengadap dengan mata tak berkelip, tak gerak ke mana. Macam dah digam kat sofa tu.

Bila disuruh buka buku dan baca, tetiba jadi cacing kepanasan. Serba tak kena. Secara tiba-tiba katanya dia mengantuk, lapar, sakit perut.

Anda pernah alami situasi macam ni? Saya selalu juga. Buat saya terfikir – macamana nak buat supaya anak suka belajar, suka ngadap buku, mengaji? Kalau asyik nak umpan dengan hadiah, bankrap la saya.

Sehinggalah saya menjumpai rahsia yang sangat mudah.

5446999831_1c266299c9_z

flickr.com

Ia bermula apabila saya perasan yang anak saya, yaya, suka saya bercerita sebelum tidur. Dia sangat-sangat suka, sampai ke tahap kalau dia penat atau mengantuk sangat pun, dia akan merayu saya supaya saya bercerita. Kadang dengan buku. Kadang tanpa buku.

Yang terbaru, bercerita di dinding – tutup lampu, buka lampu torchlight di telefon, halakan ke dinding, dan gunakan tangan dan suara untuk bercerita. Tentang dinasour nak makan kucing dan diselamatkan oleh seekor burung. Hehe.

Jadi saya buat ’deal’ dengan yaya. Kalau nak story sebelum tidur, yaya mesti sembahyang maghrib, mengaji, belajar. Dan memang berkesan – sebab dia yang nak sangat saya jadi penglipur lara hehe.

Saya cadangkan, kita sebagai mak ayah jadikan favorite anak sebagai umpan untuk dia rela hati belajar, mengaji, baca buku dan sebagainya. Perkara pertama yang perlu dibuat ialah mengecam apakah favorite anak kita itu. Kita tentu tahu, dah namanya mak dan ayah. Dan saya percaya, setiap anak ada kesukaannya masing-masing.

Tips:

  • Pilih favorite yang tidak memerlukan wang ringgit. Guna apa yang ada di rumah. Jimat.
  • Aktiviti yang dapat menambahkan bonding, hubungan erat, kita dengan anak.
  • Yang boleh dilakukan di rumah saja tanpa perlu keluar, jadi boleh dilakukan setiap hari.

Mungkin kesukaan anak ialah makanan tertentu yang kita masak untuknya? Atau bermain kejar-kejar keliling rumah? Atau melukis dan mewarna bersama-sama? Atau borak-borak dan bergurau sebelum tidur?

Bedah siasat kesukaan anak kita, dan jadikan ia umpan paling mudah dan berkesan untuk mengajak anak belajar, mengaji, tolong kemas, tolong masak dan sebagainya. Tanpa malas, tanpa mengelat. Tanpa banyak songeh.

Mungkin juga boleh kongsikan apa ’umpan’ yang anda pakai, supaya saya dan pembaca-pembaca dapat idea baru/lain untuk dicuba? Terima kasih daun keladi ya

Penulis: Dr Siti Ujila

Dr Siti Ujila

Merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal danPembinaan, UPM. Minat berkongsi cerita-cerita motivasi dan memberi inspirasi.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .