Secara umumnya ibu bapa akan bekerjasama dalam menjaga dan mendidik anak-anak  mereka. Segelintir daripada mereka membahagi-bagikan tugas itu antara mereka tetapi ada juga yang memang tiada masa untuk anak-anak mereka. Oleh kerana itu, wujudnya pusat-pusat penjagaan dan pengasuhan sebagai saluran bagi menyelesaikan masalah ini.

nurseri

Jadual kerja yang padat dalam seharian, memaksa ibu bapa untuk menghantar anak meraka ke pusat penjagaan seperti nurseri. Dengan penubuhan pusat seperti ini telah memberi kemudahan bagi mereka untuk menghantar anak mereka tetapi alternatif ini juga perlu difikirkan terlebih dahulu kerana mempunyai risiko yang tinggi bagi keselamatan anak mereka dari semua aspek.

Ibu bapa sekarang lebih cenderung untuk menghantar anak mereka kepada nurseri untuk dijaga berbanding menjaga sendiri kerana taraf hidup pada masa kini makin meningkat dan memerlukan juga para ibu untuk bekerja bagi membantu suami meningkatkan pendapatan keluarga.

Walaubagaimanapun, mereka bertanggungjawab untuk memilih nurseri yang sesuai dan selamat untuk menghantar anak mereka agar tidak berlaku perkara yang membahayakan.

Sebelum membuat keputusan menghantar anak, anda perlu selidik terlebih dahulu mengenai tahap keselamatan pusat tersebut jika pernah berlaku perkara yang merbahaya, walaupun tidak pernah berlaku perkara sebegitu, anda masih perlu berhati-hati dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan.

Persekitaran tempat tersebut juga perlu dititikberatkan kerana kanak-kanak senang terpengaruh  dengan keadaan sekeliling mereka kerana antara proses pembelajaran mereka adalah melalui pemerhatian yang dibuat dari keadaan sekeliling.

Lebih baik sekiranya nurseri yang ingin dipilih berada di kawasan yang mampu memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak anda dan dalam waktu yang sama mendapat didikan dari anda sebagai ibu bapanya.

Perlu diitikberat juga mengenai pengasuh yang bakal menjaga anak anda kerana di khuatiri berlakunya kes penderaan yang terjadi sebelum ini dan hal ini perlu ditangani dan disedari oleh ibu bapa agar anak anda tiak menjadi mangsa dera fizikal dan mental di tempat pengasuhan. Anda perlu sentiasa berwaspada dengan perubahan yang berlaku pada anak anda bagi mengesan perkara yang tidak diingini berlaku.

Walaubagaimanapun, penjagaan dan didikan yang lebih baik adalah datangnya daripada ibu bapa sendiri kerana dapat merapatkan lagi hubungan kekelurgaan itu sendiri selain dapat membuat pantauan yang secukupnya daripada anda, buatlah pemilihan yang bijak untuk keselamatan dan kesejahteraan anak anda.

 

Kredit gambar kepada : www.rabiaschool.com

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .