Anak saya lambat bercakap, pelat dan gagap. Persoalan ini andalah antara persoalan yang ditanya bagi kebanyakkan ibubapa. Jawapannya adalah satu.

Bawa dirinya berjumpa doktor atau Terapis Pertuturan Bahasa. Terapis Pertuturan Bahasa atau secara ringkasnya disebut SLT (Speech & Language Therapist).

Siapakah Terapis Pertuturan Bahasa? Apa yang mereka lakukan?

Ramai yang tidak mengetahui terdapatnya profesionals yang dipanggil Terapis Pertuturan bahasa ini, tidak kurang juga yang tidak tahu apakah yang dilakukan oleh SLT ini.

anak gagap

Siapakah dikatakan SLT? [Driverplayer]

Jika dilihat dari nama profession itu sendiri, ia mestilah berkaitan dengan bahasa dan pertuturan tidak kira bagi orang dewasa ataupun kanak-kanak.

Jadi secara ringkasnya peranan yang dimainkan oleh SLP adalah untuk menilai dan merawat masalah yang berkaitan dengan bahasa, pertuturan dan komunikasi. SLP juga terlibat dalam menilai dan merawat masalah-masalah yang melibatkan kesukaran untuk makan dan menelan.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah bahasa & pertuturan. Antaranya adalah:-

  • Bayi dengan kecederaan dan komplikasi semasa dilahirkan, masalah feeding dan penelanan
  • Kecelaruan genetic seperti sumbing lelangit, down syndrome, DiGeorge syndrome
  • Autism
  • Attention deficit hyperactive disorder
  • Kelewatan perkembangan
  • Kecacatan pendengaran
  • Kegagapan
  • Masalah suara
  • Kecederaan otak seperti semasa lahir seperti cerebral palsy dan Traumatic brain injury
  • Kesukaran dalam sebutan bunyi perkataan – dysarthria
  • Kelewatan berbahasa
  • Masalah fungsi oral motor
  • Specific language impairment
  • Verbal dyspraxia
  • Stroke / Angin Ahmar
  • Orang dewasa dengan masalah untuk makan dan menelan

Dalam setiap kes yang dirujuk, SLT akan melakukan penilaian lengkap terlebih dahulu yang mana ianya berbeza mengikut masalah/kecelaruan yang dialami oleh kanak-kanak atau orang dewasa tersebut.

Perlu diingatkan bahawa setiap kes adalah unik. Pada kebiasaannya, penilaian yang dilakukan akan merangkumi kefahaman dan penghasilan bahasa, sebutan bunyi perkataan, kemahiran komunikasi, kebolehan makan dan menelan dan juga fungsi oral motor.

Daripada maklumat penilaian yang diperolehi, SLT akan mereka program yang spesifik bagi setiap masalah yang dihadapi. Rawatan yang diberikan juga akan berbeza-beza mengikut masalah dan keperluan seseorang kanak-kanak atau orang dewasa tersebut.

Terapi pertuturan – bahasa biasanya dilakukan secara perseorangan (one-one) dan boleh juga dilakukan secara berkumpulan. Semoga artikel ini membantu.

Penulis: Aishah Kassim

Aishah Kassim

Mahir dalam memberikan khidmat nasihat bagi meningkatkan kemahiran berkomunikaso bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Merupakan seorang Terapis Pertuturan Bahasa atau secara ringkasnya disebut SLT (Speech & Language Therapist). Beliau boleh dihubungi di Facebook.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.