Anwar Ibrahim merupakan salah seorang ahli politik di Malaysia yang paling banyak kontroversi, selain Dato Seri Najib tun Razak dan Tun Dr Mahathir sendiri. Perjalanan politik Anwar Ibrahim adalah sangat menarik. Dari parti Umno berhijrah ke parti Keadilan Rakyat. Malah pernah dipernjarakan. Perjalanan politik beliau adalah sangat menarik.

Selain karier politiknya, ahli keluarga Anwar Ibrahim juga menjadi perhatian ramai. Terutamanya isteri beliau Dr Wan Azizah dan anak perempuan mereka Nurul Izzah Anwar. Jom kami kongsikan nama dan sedikit latar belakang anak Anwar Ibrahim. Pastinya banyak info menarik tentang keluarga ini yang anda belum tahu.

anak anwar ibrahim
Sumber: Mstar

Anwar Ibrahim

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947. Beliau adalah satu-satunya ahli politik ikonik di Malaysia yang dikenakan hukuman penjara dengan kesalahan yang berikut:

  • Pada tahun 1999 Anwar Ibrahim telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah atas kesalahan penyalahgunaan kuasa.
  • Pada tahun 2000, Anwar Ibrahim telah dijatuhi hukuman penjara selama sembilan tahun kerana kesalahan meliwat. Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan hukuman tersebut kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku.
  • Pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan beliau telah meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Namun pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah lalu dibebaskan.

Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan isteri kepada Anwar Ibrahim. Beliau bergiat aktif dalam dunia politik selepas penangkapan suaminya pada tahun 1999. Beliau adalah insan yang bertanggung jawab menubuhkan Parti Keadilan Rakyat. Apa yang membanggakan, Dato Seri Dr Wan Azizah adalah Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama di Malaysia.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar dan kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland dan mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi. Di sana beliau menerima anugerah pingat emas ‘MacNoughton-Jones Gold Medal’.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti Universiti Malaya namun meletak jawatan pada tahun 1993 apabila suaminya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

anak anwar ibrahim
Sumber: Krjogja

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah merupakan anak Anwar Ibrahim yang paling terkenal dan menjadi perhatian kerana karier politiknya. Beliau dilahirkan pada 19 November 1980 dan merupakan seorang ahli politik yang berjaya. Nurul Izzah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Sri Bandaraya dan Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh, Perak namun kemudian berpindah ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik dan menerima ijazah pertamanya pada tahun 2004. Kemudian Nurul Izzah menyambung pengajian Ijazah Sarjana (MA) di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa dan menamatkan pengajian pada Mei 2007.

Nurul Izzah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Raja Nur Safiyah & Raja Harith. Apa yang menarik, Anwar Ibrahim masih bergelar banduan di Penjara Sungai Buloh semasa Nurul Izzah bernikah.

Anwar Ibrahim dibenarkan untuk keluar dan mewalikan anaknya. Turut hadir dalam majlis perkahwinan tersebut ialah Tan Sri Azizan Zainul Abidin, Tan Sri Hassan Merican dan Datuk Seri Nazri Aziz. Apa yang lebih hebat, Sultan Terengganu iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin turut hadir dalam majlis berkenaan.

Nurul Nuha Anwar

Nurul Nuha merupakan anak kedua Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau juga bergiat aktif dalam bidang politik namun tidak serancak kakaknya Nurul Izzah. Nuruh Nuha memilih untuk menjalani hidup yang lebih low profile. Semasa Anwar Ibrahim dipenjarakan pada tahun 1999, Nurul Nuha baru berusia 13 tahun. Namun beliaun sangat matang dan memahami apa yang berlaku.

Ehsan Anwar

Ehsan Anwar adalah satu-satunya anak lelaki Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail. Ehsan agak kurang dikenali kerana tidak berminat untuk menyertai arena politik. Beliau memilih untuk menjadi seorang aktivis dan bukannya seorang ahli politik.

anak anwar ibrahim
Sumber: Arahpolitik

Nurul Iman Anwar

Nama Nurul Iman Anwar tidaklah segah kakaknya Nurul Izzah. Ini kerana Nurul Iman masih baru dalam arena politik. Namun kita dapat melihat kesungguhan beliau semasa pilihan raya umum baru-baru ini dimana Nurul Iman banyak memberikan ucapan semasa kempen pilihanraya.

Nurul Ilham Anwar

Seperti Nurul Iman, Nurul Ilham juga tidak semahsyur kakaknya Nurul Izzah. Namun pada hari ini Nurul Ilham bergerak aktif dalam Parti Keadilan Rakyat. Nurul Ilham bernikah dengan Mohd Reza Bin Mohd Rafie pada 24 Disember 2011.

Nurul Hana Anwar

Nurul Hana merupakan anak bongsu dalam keluarga ini dan dilahirkan pada 19 November 1980 . Semasa Anwar Ibrahim ditangkap pada tahun 1999, Nurul Hana baru berumur 6 tahun.

Nurul Hana turut merekodkan peristiwa penangkapan ayahnya di mana rumah mereka diserbu dan ditangkap di hadapan ahli keluarga yang lain. Buku hasil tulisannya yang bertajuk ‘Sayang Buat Papa’ yang dilancarkan pada 2015 menceritakan peristiwa ngeri malam tersebut secara terperinci.

Itulah dia info tentang nama anak Anwar Ibrahim yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Sama-sama kita doakan semoga Malaysia bumi tercinta sentiasa berada dibawah rahmat dan perlindungan dariNya. Aamiin.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.